Apakah amalan terbaik untuk penstriman Langsung TradingView?

Sama ada anda mahu melakukan satu persembahan kewangan, satu webinar atau pembentangan, di sini kami sertakan 5 amalan terbaik untuk mendapat lebih sambutan kepada penstriman langsung anda beserta mendapat pengalaman yang menyenangkan. Nota: Penstrim berpengalaman semestinya sudah mengetahui petua ini, jadi rencana ini adalah ditujukan khas kepada pengguna yang baru bermula.

Yang pertama, sila patuhi Peraturan Rumah sepanjang masa. Strim yang tidak sopan dan melanggar peraturan akan dibuang terus oleh moderator kami.

Pastikan anda mempunyai alatan yang cukup (kamera, mikrofon, sambungan luaran) dan uji mereka terlebih dahulu di dalam satu strim peribadi, untuk mengurangkan risiko terjadinya isu-isu teknikal semasa melakukan penstriman awam. Kami tidak memberikan cadangan yang khusus, tetapi ingat: semakin bagus alatan anda, semakin baik kualiti strim. Jadi kami sangat mencadangkan anda mengikuti panduan kami untuk tetapan video dan audio.

Berhubung dengan khalayak anda dan jangan lupa berinteraksi dengan mereka. Anda boleh meminta mereka menggalakkan strim anda atau menderma syiling jika mereka mahu. Cuba untuk mengikuti aliran mesej sembang dan berinteraksi dengan mereka semasa penstriman. Satu cara yang bagus untuk menamatkan satu strim ialah dengan memasukkan sesi soal jawab.

Rancang dan promosikan strim anda terlebih dahulu. Mempunyai jadual yang tetap membantu untuk membina bilangan peserta dari masa ke semasa dan semakin kerap anda melakukan penstriman, semakin cerah peluang anda untuk berjaya. Paparan strim kami membenarkan anda menjadualkan strim pada masa akan datang. Berikan penonton satu sebab untuk melihat strim anda dan kongsi mengenainya di media sosial sebelum bermula.

Jangan lakukan sesuatu tanpa latihan. Pilih satu topik yang akan menarik minat pengikut anda, adakan satu pelan tentang apa yang anda mahu lakukan dan kekal melakukannya. Ini sangat penting terutamanya kepada yang baru bermula.


Anda boleh rujuk Soalan Lazim Strim Langsung kami.