Apakah pesanan had
Pesanan had dalam pesanan beli atau jual yang dilaksanakan hanya apabila harga mencecah tahap ditentukan atau lebih baik. Ia memberikan anda lebih kawalan pada transaksi dan merupakan pilihan terbaik apabila mendapatkan harga tertentu adalah lebih penting daripada kelajuan.
KANDUNGAN:
Cerapan pesanan had
Pesanan had membenarkan anda untuk membeli atau menjual aset pada harga ditentukan terdahulu. Ia dilaksanakan hanya apabila pasaran mencecah harga tersebut atau yang lebih baik. Sebaik sahaja diletakkan, ia akan kekal di dalam buku pesanan dan akan dilaksanakan berdasarkan arahnya:
- Had beli: Harga maksimum yang anda sanggup bayar
- Had jual: Harga minimum yang anda terima
Jenis pesanan ini melindungi anda daripada perubahan harga mendadak dalam pasaran. Akan tetapi tiada jaminan pesanan had akan diisikan, kerana harga pasaran mungkin tidak akan pernah mencapai harga tersebut.
Pelaksanaan pesanan had juga bergantung kepada pesanan yang diletakkan dalam aturan. Jika pasaran mencapai harga ditentukan terlebih dahulu, pesanan diisikan atau tidak diisikan, bergantung kepada jumlah kecairan yang tersedia pada tingkatan itu. Pesanan terawal yang diletakkan akan dilaksanakan terlebih dahulu.
Pesanan had vs pasaran
Tidak seperti pesanan pasaran, pesanan had adalah lebih sesuai untuk merancang dagangan terlebih dahulu dan membantu dalam mengelakkan kegelinciran.
Had
- Membenarkan kawalan harga untuk mengelakkan terlebih bayar atau menjual terlalu rendah
- Lebih baik untuk dagangan dirancang dengan masukan dan keluaran yang jelas
- Berfungsi dalam jam biasa dan dilanjutkan
Pasaran
- Kurang kawalan harga
- Tidak tersedia untuk pasaran rendah kecairan
- Berisiko semasa jam bukan biasa atau ketidakstabilan tinggi
Tempoh masa pesanan had
Tempoh masa pesanan had kekal aktif bergantung kepada tetapan anda atau polisi broker. Secara lalain, pesanan had ditetapkan sebagai pesanan harian, bermaksud mereka hanya sah semasa jam pasaran biasa dan akan dibatalkan secara automatik pada akhir hari dagangan jika tidak diisikan.
Beberapa broker menawarkan pesanan had good-till-cancelled (GTC) yang kekal dibuka sehingga dagangan dilaksanakan atau pesanan dibatalkan secara manual. Akan tetapi, untuk mengelakkan daripada kesilapan melaksanakan dagangan yang sudah luput selepas ia sudah lama diletakkan, kebanyakan broker meletakkan had masa. Had ini selalunya dikhususkan kepada selang masa tetap 30 hari.
Bagaimana meletakkan pesanan had
Untuk meletakkan pesana had di TradingView, klik butang "Dagang" pada bucu atas kanan pada Carta Super dan pilih broker anda atau Dagangan Kertas.
Selepas broker disambungkan, anda boleh meletakkan pesanan mengikut cara berikut.
Melalui tiket pesanan
Klik butang "Dagang" sekali lagi dan pilih "Pasaran."
- Pilih sama ada ia pesanan beli atau jual
- Masukkan kuantiti, iaitu bilangan unit yang anda mahu dagangkan
- Untuk menguruskan risiko dan ganjaran, anda boleh mengaktifkan ambil untung dan henti rugi
- Sebaik sahaja semua butiran ditetapkan, klik butang "Beli" atau "Jual" untuk meletakkan pesanan

Menggunakan pintasan
- Aktifkan dagangan satu klik dalam tetapan carta
- Cipta pratetapan pesanan dengan pesanan had
- Klik Shift + B untuk pesanan beli dan Shift + S pesanan jual
Kesimpulan pesanan had
Pesanan had mengarahkan broker membeli atau menjual aset pada harga tertentu atau lebih baik. Daripada anda berterusan memantau pasaran, anda boleh meletakkan mereka pada tingkatan harga yang anda mahukan dan menguruskan risiko dengan menjelaskan harga masukan atau keluar yang diterima terlebih dahulu.
Juga baca: