Mengapakah portfolio saya disekat atau tidak dikemas kini?
Jika anda melihat data dalam portfolio tidak dikemas kini dan pengiraan tidak dilakukan, berkemungkinan besar ia sudah disekat disebabkan ia telah melebihi had yang dibenarkan untuk tingkatan langganan anda.
Sebab yang mungkin untuk sekatan:
- Had bilangan portfolio telah dilepasi
- Had instrumen unik dalam portfolio telah dilepasi
- Had kiraan transaksi dalam the portfolio telah dilepasi
Nota: Instrumen yang sudah dijual akan dikira dalam kedua-dua jumlah bilangan instrumen unik dan jumlah bilangan transaksi.
Anda boleh melihat had langganan semasa di sini.
Bilakah satu sekatan boleh berlaku?
Sekatan boleh terjadi jika tingkatan langganan anda sudah diturun taraf (sebagai contoh, anda telah membatalkan langganan anda atau ia sudah tamat tempoh), dan satu daripada elemen yang dijelaskan di atas telah melebihi had langganan yang sudah diturun taraf.
Disebabkan itu:
- Data dalam portfolio tidak dikemas kini;
- Data ditunjukkan bersamaan dengan pengiraan yang dilakukan sebelum ini;
- Notifikasi sekatan portfolio dipaparkan.
Apa perlu dilakukan?
Untuk membuang sekatan, anda perlu:
- Naik taraf langganan anda kepada pelan lebih tinggi atau
- Padam item yang melepasi had, supaya bilangannya akan kembali kepada had pelan diturun taraf.
Sebaik sahaja sekatan dibuka, data portfolio akan melakukan kemas kini secara automatik.
Bagaimana jika tiada yang berjaya dilakukan?
Jika anda sudah memeriksa semua sebab-sebab di atas dan portfolio masih disekat / tidak dikemas kini disebabkan perkara lain, sila hubungi pasukan sokongan.