Mengapakah transaksi saya tidak dimasukkan dalam pengiraan
Jika anda telah menambahkan transaksi tetapi ia tidak ditunjukkan dalam pengiraan portfolio anda, ini mungkin terjadi kerana beberapa sebab. Di bawah adalah kes yang selalu berlaku:
1. Transaksi ditambahkan pada tarikh semasa sebelum pasaran dibuka
Jika anda telah menambahkan dagangan untuk tarikh hari ini dan sesi dagangan biasa untuk instrumen masih belum dimulakan, transaksi tidak akan dimasukkan dalam pengiraan. Ia akan hanya muncul dalam tab Transaksi hanya selepas sesi dibuka.
Contoh:
Anda telah menambahkan satu dagangan untuk NASDAQ:AAPL pada tarikh hari ini sebelum jam 09:30 AM (ET). Ia hanya akan dimasukkan dalam pengiraan selepas pasaraan dibuka — pada jam 09:30 AM (ET). Nota: Jika anda sedang menjejak portfolio sebenar (bukan model) dalam perkhidmatan, keadaan ini tidak akan terjadi.
2. Portfolio dikunci kerana melebihi had portfolio
Jika anda telah melebihi bilangan portfolio yang dibenarkan di bawah langganan anda, portfolio terkini akan dikunci. Dalam kes ini:
- Anda boleh terus menambahkan transaksi mengikut had;
- Tetapi mereka tidak akan dimasukkan dalam pengiraan sehinggalah portfolio dibuka.
3. Metrik masih sedang dikira semula
Selepas menambahkan transaksi, portfolio akan melakukan pengiraan semula. Semasa proses ini, anda akan melihat status: “Sedang mengemas kini data anda…” Transaksi hanya akan dimasukkan selepas pengiraan selesai dan anda akan dapat melihat mesej: “Data anda sudah berjaya dikemas kini.”
Apakah yang saya perlu lakukan jika semua yang di atas tidak berkesan?
Jika anda sudah melakukan semua di atas dan transaksi anda masih tidak kelihatan, sila hubungi Pasukan Sokongan — kami akan membantu anda menyiasat isu ini.