Bagaimana untuk berdagang di TradingView

TradingView memberikan anda pelbagai jenis alatan dan ciri-ciri untuk analisis dan dagangan. Anda boleh menghubungkan berbilang broker dan bursa kripto terkemuka terus dari Carta Super dan menggunakan semua keupayaan platform. Anda juga dapat memastikan semua maklumat peribadi anda dengan broker kekal selamat — TradingView tidak memproses dagangan anda dan hanya bertindak sebagai antara muka sahaja.

Pelajar perkara asas

Sebelum anda terus melompat ke dalam dagangan, biasakan diri anda dahulu dengan asas analisis teknikal dan baca mengenai analisis asas. Kedua-duanya digunakan oleh pedagang dan pelabur dan boleh membantu anda mencari jawapan kepada soalan-soalan berbeza — dari tingkatan harga sasaran dan potensi arah kepada masukan dan keluaran lebih tepat.

Kemudian, pilih aset dan simbol untuk didagangkan dan uji kemahiran anda dengan pensimulasi dagangan tanpa risiko kami .

Pilih broker

Semasa berada pada Carta Super, klik pada butang "Dagang" pada bar alat atas. Anda boleh melihat senarai broker berlesen dan disahkan, tetapi kami cadangkan anda memilih Dagangan Kertas, yang direka untuk membantu anda membangunkan strategi dagangan anda sebelum beralih kepada dagangan wang sebenar.

Jika anda sudah bersedia untuk melakukan lompatan, baca bagaimana memilih broker untuk melakukan keputusan yang tepat.

Tetapkan carta

Buka carian simbol dan pilih simbol yang anda perlukan untuk analisis anda. Anda boleh menambahkan mereka ke dalam senarai amatan anda untuk menjejak mereka secara berkala.

Baca berita pasaran terkini dan ikuti Kalendar Ekonomi untuk memahami pasaran. Gunakan penunjuk and alatan lukisan untuk menstrukturkan pemikiran anda dan memvisualkan kebarangkalian.

Anda boleh meletakkan dagangan menggunakan kaedah berbeza: melalui tiket pesanan, memanfaatkan dagangan carta dan menggunakan lebih banyak kaedah, bergantung kepada kaedah yang anda gemari.

Dan perkara terakhir...

Setiap ahli TradingView boleh mengambil bahagian dalam pertandingan dagangan tanpa risiko kami untuk menguji strategi mereka dan memenangi hadiah wang sebenar. Lawati hab pertandingan, pilih pertandingan dan buktikan keupayaan anda.

Juga baca: