Kadar pembiayaan: panduan untuk sentimen pasaran
Kadar pembiayaan adalah pembayaran berkala antara pedagang yang memegang posisi niaga hadapan perpetual. Jika kadar adalah positif, pedagang dengan posisi panjang akan membayar pedagang dengan posisi singkat. Jika ia negatif, posisi singkat membayar posisi panjang. Mekanisma ini digunakan di dalam niaga hadapan perpetual kripto untuk membantu mengekalkan harga kontrak sejajar dengan harga semerta aset asas.
KANDUNGAN:
- Bagaimana membaca kadar pembiayaan
- Bagaimana kadar pembiayaan dikira
- Bagaimana untuk mencari kadar pembiayaan di TradingView
- Bursa-bursa yang dirangkumi metrik
Bagaimana membaca kadar pembiayaan
Kadar pembiayaan boleh membantu anda dengan aspek dagangan berbeza:
- Pengurusan risiko: Kadar pembiayaan yang positif atau negatif boleh menyebabkan kenaikan pasid atau tambahan kos, yang dapat mempengaruhi dengan ketara posisi besar atau jangka panjang
- Perlindungan nilai: Jika kadar pembiayaan menyebelahi posisi niaga hadapan perpetual anda, anda boleh membuka posisi terbalik pada pasaran semerta dan mengumpulkan pembayaran pembiayaan dengan risiko lebih rendah
- Masa masuk: Jika pembayaran pembiayaan seterusnya tidak menyebelahi anda dan tidak lama lagi, anda boleh menunggu ia beredar sebelum membuka posisi baharu
- Sentimen pasaran: Menunjukkan bahagian pasaran yang lebih sesak dan sama ada ia berada dalam kontango atau pembelakangan
Bagaimana membaca kontango dan pembelakangan (backwardation)
Disebabkan niaga hadapan perpetual dikaitkan kepada dinamik harga niaga hadapan, harganya boleh berlainan daripada harga semerta aset asas. Disebabkan itu, pasaran boleh berada dalam dua keadaan:
- Kontango: Harga niaga hadapan lebih tinggi daripada harga aset asas dan kadar pembiayaan adalah positif
- Pembelakangan (backwardation): Harga niaga hadapan lebih rendah daripada harga aset asas dan kadar pembiayaan adalah negatif
Kedua-dua keadaan mencerminkan minat pedagang yang lebih kuat pada mana-mana bahagian pasaran. Apabila lebih ramai pedagang membuka posisi panjang, harga niaga hadapan akan naik di atas harga asas, pasaran akan bergerak kepada kontango dan posisi panjang akan membayar posisi singkat. Ini akan mengurangkan posisi panjang tambahan kerana pedagang perlu membayar untuk memegang mereka, manakala posisi singkat akan mendapat pembiayaan dari masa ke semasa. Sebaliknya adalah dipanggil pembelakangan.
Bagaimana kadar pembiayaan dikira
Kadar pembiayaan dijelaskan sebagai peratusan daripada posisi buka anda.
Formula anggarannya adalah:
Kadar pembiayaan = kadar faedah + indeks premium
- Kadar faedah: Komponen tetap yang mencerminkan kos modal, selalunya ditetapkan oleh bursa
- Indeks premium: Premium atau diskaun relatif kepada kontrak perpetual berbanding dengan harga indeks asas
Nota: Beberapa bursa mungkin mengenakan pelarasan proprietari kepada formula ini. Kadar pembiayaan selalunya berbeza antara bursa.Seperti yang anda boleh lihat, data ini boleh berubah dengan ketara. Data diagregasikan memberikan pandangan lebih baik untuk pasaran meluas, manakala data tidak diagregasikan mungkin lebih berguna untuk dagangan jangka pendek atau bursa khusus.
Bagaimana untuk mencari kadar pembiayaan di TradingView
Pada Carta Super, pergi ke dialog Penunjuk → Asas → Derivatif → Kadar Pembiayaan.

Disebabkan data pembubaran dikira merentasi banyak bursa, anda boleh memilih untuk memaparkannya dalam bentuk:
- Diaggregasikan: Menunjukkan pembubaran aset merentasi semua bursa tersedia
- Tidak Diaggregasikan: Menunjukkan pembubaran aset pada satu bursa tunggal
Penting: Kadar pembiayaan diagregasikan TradingView adalah diwajarkan mengikut open interest, memberikan lebih pewajaran kepada pasaran dengan open interest lebih besar. Jika satu bursa mempunyai lebih banyak open interest berbanding yang lain, kadar pembiayaannya mempunyai impak lebih besar kepada nilai diagregasikan akhir.
Nota: Pasaran semerta hanya menunjukkan data diagregasikan. Untuk data tidak diagregasikan, pilih kontrak hadapan.Cara lain untuk mengaksesnya adalah melalui Penyaring Syiling Kripto.

Dalam Graf Asas, anda akan dapat membandingkan asas dan data bursa dengan mudah. Hanya pilih simbol dan metrik yang tersedia

Pada halaman simbol syiling, cari tab Derivatif. Di situ anda boleh boleh melihat ini dan data utama lain untuk syiling.

Halaman simbol menunjukkan data diagregasikan sahaja.
Bursa-bursa yang dirangkumi metrik
Data pembubaran adalah tersedia untuk niaga hadapan perpetual kripto pada bursa-bursa berikut:
- Binance
- Bitget
- Bybit
- Coinbase
- Deribit
- HTX
- Kraken
- OKX
- BitMEX (tidak tersedia untuk data diagregasikan)
Kesimpulan kadar pembiayaan
Kadar pembiayaan adalah pembayaran berkala antara pedagang yang memegang posisi niaga hadapan perpetual: jika ia adalah positif, posisi panjang akan membayar posisi singkat dan jika ia negatif, posisi singkat membayar posisi panjang. Ia digunakan di dalam niaga hadapan perpetual kripto untuk mengekalkan harga kontrak supaya dekat dengan harga semerta aset asas.
Selain daripada pembayaran itu, kadar pembiayaan boleh membantu anda menilai sentimen pasaran, menganggar kos pegangan, merancang masukan dan membina strategi lindung nilai lebih rendah risiko. Kadar yang positif menunjukkan minat kedudukan panjang lebih kuat dan kontango, manakala kadar negatif menunjukkan minat kedudukan singkat lebih kuat dan pembelakangan.
Juga baca: