Chandelier Exit
Chandelier Exit, dicipta oleh Charles Le Beau dan dipopularkan oleh Alexander Elder, adalah sebuah penunjuk berasaskan ketidakstabilan yang mengenal pasti titik keluar henti rugi berdasarkan kepada keterlaluan harga tempatan (local price extremes) dan Average True Range (ATR). Tujuan penunjuk adalah membantu pedagang kekal dalam dagangan mengikuti trend sehinggalah adanya potensi balikan trend yang ketara.
Pedagang selalunya menggunakan tingkatan Chandelier Exit sebagai panduan untuk penempatan henti rugi untuk membantu dalam mengelakkan terkeluar awal dari dagangan dan sebagai penapis trend untuk isyarat dari penunjuk lain.

Pengiraan
Penunjuk Chandelier Exit mengira dua tingkatan henti, satu untuk dagangan panjang dan satu lagi untuk dagangan singkat, dengan mencari harga tertinggi dan terendah pada satu tempoh masa pandang belakang (lookback period) diberikan, kemudian menambah dan menolak pengganda ATR. Formula untuk mengira tingkatan keluar adalah seperti berikut:
Keluar Panjang = Harga Tertinggi − ATR × PenggandaKeluar Singkat = Harga Terendah + ATR × Pengganda Di mana:
- Harga Tertinggi dan Harga Terendah adalah harga tertinggi dan terendah pada satu tempoh masa pandang belakang (lookback period) diberikan
- ATR adalah Average True Range dengan panjang diberikan
- Pengganda adalah faktor penskalaan yang mempengaruhi jarak di mana tingkatan henti berada di belakang harga tertinggi dan terendah
Tingkatan yang terhasil mengekori harga pasaran dalam jumlah berbeza, mengembang atau menguncup jarak pengekoran sebagai respons kepada perubahan dalam ketidakstabilan atau keterlaluan harga tempatan.
Nilai keluar panjang (garis biru) menaik apabila satu daripada keadaan ini berlaku:
- Harga tertinggi menaik dengan banyak daripada kenaikan dalam ATR
- ATR menurun dengan banyak daripada penurunan harga tertinggi
Sama juga, nilai keluar singkat (garis oren) berkurang apabila satu daripada keadaan ini berlaku:
- Harga terendah menurun dengan banyak daripada kenaikan dalam ATR
- ATR menurun dengan banyak daripada kenaikan harga terendah
Objektif penunjuk Chandelier Exit adalah untuk mengenal pasti titik keluar berpotensi berdasarkan kepada balikan harga ketara selepas satu trend yang sudah kukuh:
- Harga pasaran bersilang ke bawah tingkatan keluar panjang mungkin mencadangkan pengakhiran trend menaik, memberikan isyarat titik keluar yang mungkin untuk posisi panjang
- Harga merentasi ke atas tingkatan keluar singkat mungkin mencadangkan pengakhiran trend menurun, memberikan isyarat titik keluar yang mungkin untuk posisi singkat
Walaupun penunjuk bertujuan untuk mengenal pasti titik keluar, beberapa pedagang juga menggunakan tingkatan Chandelier Exit untuk membantu mengesan trend untuk mencipta atau menapis isyarat dagangan. Harga pasaran merentasi atau kekal berada di atas tingkatan mungkin mencadangkan pengesahan kepada trend menaik yang kuat, dan sebaliknya untuk trend menurun.
Input

Panjang
Bilangan bar ke belakang untuk mencari unutk menentukan tinggi tertinggi untuk tingkatan keluar panjang dan rendah terendah untuk tingkatan keluar singkat.
Panjang ATR
Panjang untuk faktor pelicinan Average True Range untuk kedua-dua tingkatan keluar. Nilai lebih rendah memberikan lebih respons kepada naik turun pantas, manakala nilai lebih tinggi menaikkan pelicinan untuk ketidakstabilan lebih jangka panjang.
Pengganda ATR
Faktor penskalaan ATR untuk kedua-dua tingkatan keluar. Ia mempengaruhi jarak di mana tingkatan berada di belakang harga tertinggi dan terendah. Nilai lebih rendah menjadikan tingkatan mengikut tinggi dan rendah dengan lebih rapat. Nilai lebih tinggi menaikkan jarak daripada keterlaluan harga kepada tingkatan henti.
Rangka masa
Menetapkan rangka masa yang digunakan penunjuk untuk pengiraannya. Kotak semak "Tunggu untuk rangka masa menutup" di bawah menentukan sama ada penunjuk menunjukkan hasil hanya apabila bar pada rangka masa tertentu menutup. Lihat artikel Leverajkan analisis berbilang rangka masa untuk mempelajari lebih banyak.