Bagaimana menggunakan kupon diskaun

Kupon diskaun adalah cara yang terbaik untuk berjimat pada langganan anda. Bergantung pada bagaimana anda menerima diskaun, proses permohonan mungkin berbeza-beza. Di bawah adalah panduan tentang cara menggunakan kupon pada platform.

1. Kod kupon peribadi

Beberapa pengguna akan menerima kupon peribadi yang dipautkan khusus kepada akaun mereka. Jika anda ada menerima kupon sebegini, anda akan menemui beberapa cara visual di laman web TradingView:

  • Notifikasi pop keluar: Kami akan menghantarkan anda beberapa notifikasi pop keluar mengenai tawaran tersedia. 
  • Sepanduk & Butang: Selain daripada di atas, kami selalunya akan memaparkan sepanduk skrin penuh pada halaman utama dan sepanduk dalam profil anda. Pada setiap satu, akan ada butang menawarkan anda untuk melihat diskaun-diskaun. Dengan mengklik pada butang-butang ini, ia akan membawa anda kepada halaman harga istimewa yang memaparkan hanya pelan-pelan yang dirangkumi oleh diskaun anda.

Sebaik sahaja anda memilih langganan, anda akan dilorongkan terus ke halaman pembayaran untuk melengkapkan pembelian. 

2. Kod kupon dikongsi 

Tidak semua kod promosi tersedia di laman web. Kadang-kala anda akan menerima melalui e-mel dari satu daripada rakang kongsi dipercayai kami, sebagai contoh. Dalam kes tersebut, anda boleh menggunakannya secara manual semasa pembayaran sebelum keluar. Untuk melakukannya:

  • Pilih pelan pada halaman harga dan teruskan ke bahagian pembayaran akhir.
  • Pada langkah di mana anda memasukkan butiran pembayaran, cari ruangan "Ada kod promosi?" pada bucu kanan skrin, di mana harga langganan anda dinyatakan. 
  • Klik padanya, taip atau tampalkan kod anda ke dalam ruangan, kemudian klik "Laksanakan".

Sila ambil maklum bahawa kupon dikongsikan adalah selalunya sah pada tingkatan langganan tertentu dan kitar pengebilan, tidak boleh digunakan pada pelan lain dan hanya boleh digunakan sekali sahaja. Sebelum menyelesaikan pembelian, sila sahkan semua maklumat dalam e-men yang anda terima. Jika semuanya tepat, diskaun akan ditolak dari harga keseluruhan secara terus..

Nota: Kami sangat mengesyorkan anda untuk berhati-hati. Jangan buka mana-mana pautan yang dikongsikan oleh penghantar yang tidak dikenali atau tidak disahkan dan berkongsi maklumat peribadi, termasuk butiran pengebilan anda dengan mana-mana pihak ketiga. Jika ada keraguan, sila periksa halaman ini atau hubungi pasukan sokongan kami untuk mengesahkan kelayakan tawaran.

3. Pautan Promosi Terus

Kadang-kala anda mungkin akan menerima URL (pautan) yang menawarkan diskaun. Pautan sebegitu selalunya dihantar melalui saluran rasmi TradingView cth., melalui e-mel dari @tradingview.com. Hanya klik pada pautan untuk melihat tawaran dan teruskan ke halaman akhir pembayaran. 

Nota: Kami sangat mengesyorkan anda untuk berhati-hati. Jangan buka mana-mana pautan yang dikongsikan oleh penghantar yang tidak dikenali atau tidak disahkan dan berkongsi maklumat peribadi, termasuk butiran pengebilan anda dengan mana-mana pihak ketiga. Jika ada keraguan, sila periksa halaman ini atau hubungi pasukan sokongan kami untuk mengesahkan kelayakan tawaran.

Menyelesaikan beberapa masalah umum 

"Kod promosi tidak sah". Ralat ini muncul apabila kupon telah luput, tidak sepadan dengan pelan dalam troli pesanan anda atau tidak sah untuk negara khusus anda. Sila periksa terma kupon. Jika anda percaya semuanya benar tetapi kupon tidak dapat digunakan, hubungi pasukan sokongan kami.

Ruangan "Ada kod promosi?" tiada. Jika anda sudah membeli tawaran istimewa atau "tawaran," ruangan kupon akan tidak tersedia. Anda tidak dapat menambahkan kod kupon kepada diskaun yang sudah wujud. 

Ada kupon peribadi dan tawaran diskaun istimewa dari TradingView. Bagaimana untuk keluar dari skrin kupon dan menerima tawaran tersebut? Jika anda mahu keluar dari promosi kupon dan menggunakan tawaran diskaun berlainan, anda perlu membuka halaman harga biasa. Anda boleh membukanya melalui Produk → Harga → Tatal ke bawah kepada tawaran.

Cara yang lain adalah dengan mengklik pada ikon profil pada carta anda, gerakkan tetikus pada nama pengguna anda dan klik tawaran yang anda berminat.

Jika anda tidak ada diskaun lain dari TradingView, anda hanya dapat melihat skrin dengan tawaran kupon peribadi. 

Butang lanjutkan pada halaman harga dikelabukan, dan kupon diterima tidak dapat dilaksanakan untuk naik taraf, turun taraf atau lanjutan. Masalah ini biasanya terjadi apabila anda menerima kupon dikongsikan yang perlu digunakans secara manual melalui tetingkap pesanan dan anda sudah mempunyai langganan aktif yang tidak boleh dilanjutkan. Langganan boleh dilanjutkan jika tarikh luput kurang daripada 2 minggu akan datang. Jika pelan anda tidak berakhir dalam masa terdekat, anda tidak boleh menggunakan kupon pada halaman harga. Untuk lebih maklumat mengenai langganan anda, sila lawati halaman ini.