Tingkatan utama automatik
Defisi

Auto Key Levels adalah penunjuk analisis teknikal khusus yang direka untuk mengira dan memaparkan secara automatik tingkatan harga paling utama - Point of Control (POC), Value Area High (VAH), Value Area Low (VAL) dan OHLC - merentasi pelbagai tempoh masa.
Tidak seperti penunjuk klasi Profil Volum, yang memaparkan histogram taburan volum, Auto Key Levels memfokuskan khusus kepada garis mendatar. Ini membenarkan pedagang untuk mengekalkan carta yang "bersih" dan pada masa yang sama menjejak hierarki tingkatan harian, mingguan dan bulanan.
Pengiraan
Penunjuk menggunakan algorithma yang sama dengan alat Profil Volum Berkala terbina dalam dengan parameter lalai. Untuk memastikan ketepatan tinggi, pengiraan dilakukan pada rangka masa lebih rendah, yang dipilih secara automatik berdasarkan kepada tempoh carta semasa. Algoritma pemilihan pengiraan dan rangka masa ini dijelaskan dalam artikel Profil volum.
Dalam kes di mana tempoh masa adalah lebih kecil daripada data tersedia pada rangka masa carta semasa, ralat pengiraan akan dijana: "Data tidak mencukupi untuk membina tempoh 'period_name'." Dalam kes ini, adalah disyorkan untuk menyahaktifkan tempoh tertentu atau menukar kepada rangka masa dengan kedalaman data lebih mendalam.
Asas
Penunjuk adalah berdasarkan data profil volum dan tindakan harga pada masa utama dalam tempoh tertentu, mengira tingkatan berikut:
- POC (Point of Control): Tingkatan harga dengan volum tertinggi didagangkan untuk tempoh masa dipilih.
- VAH (Value Area High): Sempadan atas Kawasan Nilai, di mana 70% dari jumlah volum untuk harga bertumpu.
- VAL (Value Area Low): Sempadan bawah Kawasan Nilai.
- OHLC: Tingkatan Buka, Tinggi, Rendah dan Tutup klasik untuk tempoh masa.
Jenis tingkatan
Penunjuk membahagikan tingkatan kepada tiga kategori:
- Semasa: Tingkatan tempoh belum selesai semasa. Ini adalah dinamik dan boleh berubah dalam masa nyata apabila dagangan baharu dilaksanakan.
- Sebelum: Tingkatan tetap untuk tempoh diselesaikan sepenuhnya terakhir (cth., "POC hari sebelum"). Ini selalunya berfungsi sebagai zon sokongan atau rintangan kuat.
- Tersuai: Tingkatan dikira pada rangka masa arbitrari atau dipautkan pada peristiwa khusus (laporan perolehan, dividen, pemisahan).
Label tingkatan
Untuk pengesahan pantas, setiap tingkatan akan dilabelkan dengan singkatan:
- dPOC / dVAL / dVAH / dO / dH / dL / dC - tingkatan harian semasa.
- wPOC / wVAL / wVAH / wO / wH / wL / wC - tingkatan mingguan semasa.
- mPOC / mVAL / mVAH / mO / mH / mL / mC - tingkatan bulanan semasa.
- pdPOC / pwPOC / pmPOC - tingkatan hari, minggu atau bulan sebelumnya.
- POC tersuai, VAL tersuai, VAH tersuai - tingkatan tempoh dikonfigurasikan tersuai.
Tingkatan mempunyai pratetapan hierarki visual: tingkatan bulanan dilukiskan di bahagian atas tingkatan mingguan dan tingkatan mingguan di atas tingkatan harian. Ini untuk memastikan kebolehlihatan walaupun semasa harga bertindan.
Apa perlu diketahui
Pulangan min
Sempadan pVAH (Value Area High sebelum) dan pVAL (Value Area Low sebelum) bertindak sebagai dinamuk tingkatan sokongan dan rintangan kuat.
- Jika harga membuka di dalam Value Area hari sebelum (antara pVAH dan pVAL), ia selalunya mencuba untuk menguji sempadan tempoh masa sebelumnya.
- Pecahan keluar palsu pVAH atau pVAL yang diikuti oleh pulangan ke dalam zon memberikan isyarat untuk pergerakan ke arah sempadan bertentangan POC.
POC Sokongan/Rintangan
Point of Control (POC) mewakili tingkatan "harga wajar". Selepas pergerakan impuls kuat, harga selalunya membetulkan kembali kepada POC (pPOC) tempoh sebelumnya untuk mengisi kecairan.
Pengesahan OHLC
Tingkatan Buka dan Tingg/Rendah melengkap analisis volum. Jika harga bergerak pantas ke atas dOpen dan masih kekal di atas pVAH, ia memberikan isyarat hari trending yang kuat (tidak seimbang). Isyarat terkuat terjadi apabila tingkatan volum bertembung dengan OHLC. Sebagai contoh, jika pPOC sejajar dengan pdHigh semalam, tingkatan itu akan menjadi kritikal untuk dipertahankan penjual.
Tingkatan berkembang
Jika Value Area (VAH/VAL) hari semasa terbentuk lebih tinggi atau lebih rendah daripada dVAH/dVAL semalam (tanpa merentasi atau hanya bertindan sebahagian), ia mengesahkan trend bulis atau bearis yang stabil.
Pemberitahuan
Anda boleh menetapkan pemberitahuan untuk POC, VAL dan VAH pada mana-mana tempoh dan jenis: Semasa, Sebelum atau Tersuai.
Pemberitahuan pada nilai penunjuk menyokong semua jenis pemberitahuan operator adalah dijelaskan di sini.
Untuk menetapkan pemberitahuan:
- Pastikan penunjuk ditambahkan kepada carta.
- Aktifkan tingkatan khusus yang anda mahu jejaki dalam tetapan penunjuk.
- Buka dialog "Cipta Pemberitahuan" dan pilih Tingkatan Utama Automatik sebagai syarat.
Proses mencipta pemberitahuan dijelaskan dengan lebih mendalam di sini.
Nota: Tingkatan di mana pemberitahuan ditetapkan hendaklah diaktifkan dalam input penunjuk; sekiranya tidak, nilai tingkatan tidak akan dikira dan pemberitahuan tidak akan tercetus. Tingkatan yang dinyahaktifkan akan masih muncul dalam dialog "Cipta Pemberitahuan" tetapi ia tidak akan berfungsi.Kesimpulan
Penunjuk Auto Key Levels adalah sebuah alat automasi untuk pedagang yang menggunakan analisis volum dan struktur pasaran dalam strategi mereka. Dengan menggabungkan pengiraan POC, Value Areas (VA) dan tingkatan OHLC merentasi berbilang selang masa, penunjuk ini memudahkan pemvisualan konteks pasaran. Sasaran utamanya adalah memberikan data objektif mengenai taburan volum dan harga yang ekstrem dan pada masa yang sama mengekalkan ruangan kerja yang bersih dan berinformasi.
Input

Tetapan dibahagikan kepada kumpulan logik untuk pengurusan hierarki visual yang mudah.
Semasa
Hari / Minggu / Bulan
Mengaktifkan paparan tingkatan untuk tempoh masa semasa yang sepadan. Mengaktifkan tempoh membuka kotak semak untuk tingkatan khusus (POC, VAL, VAH, OHLC) dan membenarkan anda menetapkan warna paparan untuk keseluruhan kumpulan.
Sebelum
Hari Sebelum / Minggu Sebelum / Bulan Sebelum
Mengaktifkan paparan tingkatan untuk tempoh masa diselesaikan sebelumnya. Sama seperti Kumpulan semasa, mengaktifkan tempoh akan membuka pemilihan tingkatan POC, VAL, VAH dan OHLC, termasuk penetapan warna.
Tersuai
Tersuai
Mengaktifkan paparan tingkatan untuk tempoh masa dijelaskan pengguna dalam input Sauh. Tingkatan yang akan dipaparkan adalah ditentukan oleh kotak semak seterusnya yang dibuka apabila kotak semak tempoh diaktifkan. Tingkatan POC, VAL, VAH dan OHLC adalah tersedia. Ia juga membenarkan penetapan warna paparan garis untuk semua tingkatan dalam tempoh ini. Apabila kotak semak Tersuai diaktifkan, input Sauh juga dibuka.
Sauh
Membenarkan anda menetapkan sauh khusus untuk pengiraan:
- Tersuai - pengiraan untuk hari/minggu/bulan terakhir.
- Perolehan - pengiraan untuk tingkatan semenjak laporan terakhir instrumen.
- Pemisahan - pengiraan untuk tingkatan semenjak peristiwa pemisahan atau penggabungan terakhir.
- Dividen - pengiraan untuk tingkatan semenjak peristiwa pembayaran dividen terakhir.
Umum
Tingkatan bermula dari
Menentukan dari mana garis tingkatan dilukis - sama ada dari permulaan tempoh atau dari bar semasa ke kanan.