Semerta vs niaga hadapan — yang mana patut dipilih

Dua cara paling biasa digunakan untuk berdagang adalah menerusi pasaran semerta dan pasaran niaga hadapan. Kedua-duanya terbabit dalam pembelian dan penjualan aset, tetapi fungsi mereka adalah berbeza. Dagangan semerta memfokuskan kepada pegangan terus aset, manakala dagangan niaga hadapan adalah berdasarkan kepada kontrak yang digunakan untuk tujuan spekulasi dan lindung nilai.

KANDUNGAN:

Dagangan semerta

Pasaran semerta wujud merentasi pelbagai kelas aset, termasuk ekuiti, forex, komoditi dan mata wang kripto.

Ciri utama dagangan semerta:

  • Pemilikan penuh: Anda memiliki aset selepas dagangan selesai
  • Pembayaran pendahuluan: Anda membayar harga penuh semasa membuka posisi
  • Mesra pemula: Mudah dan senang diakses untuk pedagang baharu
  • Struktur ringkas: Tiada tarikh luput kontrak

Dagangan niaga hadapan

Dagangan niaga hadapan adalah berdasarkan kontrak yang menjejak nilai aset. Kontrak-kontrak ini tersedia merentasi berbilang kelas aset.

Ciri utama dagangan niaga hadapan:

  • Tiada pemilikan aset: Anda mendagangkan kontrak, bukan aset asas
  • Penyelesaian akan datang: Kontrak diselesaikan pada tarikh tertentu, yang mana selepas itu anda perlu membuka kontrak baharu
  • Harta tetap: Harga dipersetujui terlebih dahulu
  • Spekulasi harga: Digunakan untuk bertindak pada jangkaan pergerakan harga
  • Pengurusan risiko: Digunakan untuk mengunci harga dan menguruskan ketidakpastian pasaran

Niaga hadapan perpetual

Niaga hadapan tradisi pada mulanya dicipta untuk pasaran yang tidak berdagang sepanjang masa. Disebabkan itu, ia mempunyai tarikh luput tetap, yang memerlukan pedagang untuk menutup atau membawa ke hadapan posisi mereka. Niaga hadapan perpetual membuang syarat ini dengan membenarkan pedagang untuk memegang posisi secara kekal. 

Untuk kekal sejajar dengan harga semerta aset asas, niaga hadapan perpetual bergantung kepada kadar pembiayaan — pembayaran berkala yang ditukar antara pedagang yang memegang posisi panjang dan singkat, selalunya setiap lapan jam. Ia dikira berdasarkan perbezaan di antara harga kontrak perpetual dan harga semerta, menggabungkan bersama-sama pelarasan kadar faedah.

Bergantung kepada keadaan pasaran, kadar pembiayaan boleh menjadi positif atau negatif. 

Kadar pembiayaan positif: Harga kontrak adalah lebih tinggi dari harga semerta. Pedagang memegang posisi panjang membayar yuran pembiayaan kepada pedagang yang memegang posisi singkat.

Kadar pembiayaan negatif: Harga kontrak adalah lebih rendah dari harga semerta. Pedagang memegang posisi singkat membayar yuran pembiayaan kepada pedagang yang memegang posisi panjang.

Niaga hadapan perpetual sudah menjadi semakin popular dalam dagangan mata wang kripto tetapi ia juga boleh digunakan untuk aset-aset lain seperti komoditi dan indeks.

Leveraj

Kedua-dua dagangan semerta dan niaga hadapan boleh menggunakan dana dipinjam untuk mendapatkan pendedahan kepada posisi  lebih besar dalam aset asas daripada apa yang dana anda sendiri boleh lakukan. Akan tetapi, niaga hadapan selalunya membenarkan leveraj lebih besar yang boleh menaikkan potensi keuntungan dan potensi kerugian.

Katakan anda ada $2,500 dalam akaun dagangan anda dan mahu membuka posisi niaga hadapan berjumlah $50,000, ini bermaksud anda secara efektif menggunakan leveraj 20x verage ($50,000 ÷ $2,500 = 20).

Daripada anda membayar jumlah penuh terlebih dahulu, anda hanya perlu mendepositkan sebahagian daripada nilai posisi penuh, dikenali sebagai margin dan broker anda akan menyediakan bakinya. 

Akan tetapi, mana-mana untung atau rugi akan dikira berdasarkan kepada saiz posisi penuh, bukan mengikut saiz margin yang anda masukkan.

Jika harga aset naik sebanyak 5%, posisi anda akan naik sebanyak $2,500 (5% dari $50,000), menggandakan modal anda. Tetapi jika harga turun sebanyak 5%, anda berkemungkinan akan kehilangan semua modal asal dan bukannya hanya $125 (5% dari $2,500) disebabkan panggilan margin.

Panggilan margin terjadi apabila ekuiti akaun anda jatuh di bawah tingkatan penyelenggaraan diperlukan dan broker anda meminta anda menambahkan dana atau sekuriti tambahan kepada akaun margin. Jika anda gagal memenuhi syarat ini, broker boleh membubarkan posisi anda.

Perbezaan utama

Kriteria

Dagangan semerta

Dagangan niaga hadapan

Jenis aset

Forex, saham, ETF, bon, kripto

Kontrak pada mata wang, saham, bon, kripto, indeks, komoditi

Pegangan

Pegangan penuh aset

Tiada pegangan, obligasi kontrak

Kepelbagaian aset

Terhad kepada aset asas

Meluas disebabkan kontrak derivatif

Penggunaan leveraj

Selalunya tidak digunakan

Digunakan meluas

Jenis aset

USD/EUR, GBP/JPY

AAPL, TSLA

SPY, QQQ

Bon Perbendaharaan AS

Bitcoin, Ether

AW1!, BANKNIFTY1!

GC1!, CL1!

Kesimpulan

Dagangan semerta dan hadapan mempunyai pendekatan yang berbeza dalam pasaran kewangan. Perbezaan utama adalah dalam pelaksanaan, masa dan strategi transaksi.

Dalam pasaran semerta, anda boleh membeli atau menjual aset sebenar pada harga pasaran semasa. Sebaik sahaja dagangan selesai, anda mempunyai aset dan boleh memegangnya selama yang anda kehendaki.

Dalam pasaran niaga hadapan, anda boleh membeli atau menjual kontrak berdasarkan kepada harga aset akan datang. Anda tidak memiliki aset tersebut. Niaga hadapan selalunya digunakan untuk tujuan spekulasi, lindung nilai dan dagangan dengan leveraj.

Juga baca: