Dana dan ETF: pelbagaikan dengan satu dagangan
Jika anda sedang mencari kepelbagaian pantas, selain daripada memilih syarikat individu, dana dan ETF boleh menjadi pilihan yang ideal. Dengan menggabungkan belasan atau ratusan aset bersama-sama, kenderaan pelaburan ini membenarkan anda untuk menyebarkan risiko anda dan membina portfolio yang seimbang hanya dengan satu dagangan tunggal.
KANDUNGAN:
- Apakah dana didagangkan bursa - exchange-traded fund (ETF)
- Apakah dana bersama (mutual fund)
- Dana bersama vs ETF
- Aset di bawah pengurusan - Assets under management (AUM)
- Nisbah perbelanjaan
Apakah dana didagangkan bursa - exchange-traded fund (ETF)
ETF adalah koleksi sekuriti didagangkan pada bursa dengan cara yang sama seperti saham. ETF selalunya mempunyai nisbah perbelanjaan yang rendah dan komisyen brokeraj lebih murah daripada membeli saham sendiri. Tidak seperti dana bersama, yang hanya didagangkan sekali sehari selepas pasaran ditutup, anda boleh membeli dan menjual ETF semasa jam pasaran.
ETF adalah distrukturkan untuk menjejak pelbagai jenis aset termasuk komoditi, indeks pasaran, kripto dan juga strategi pelaburan tertentu.
ETF yang diuruskan secara pasif selalunya menjejak indeks. ETF yang diuruskan secara aktif tidak mensasarkan indeks. Sebaliknya, pengurus portfolio akan memilih dan melaraskan pegangan danan berdasarkan kepada penyelidikan pelaburan dan cerapan pasaran. Disebabkan itu mereka mengenakan yuran yang lebih tinggi.
Jika anda sedang mencari saham berkualiti untuk pertumbuhan jangka panjang, ETF dengan dividen adalah pilihan yang bagus. ETF-ETF ini membayar dividen yang diperolehi daripada saham asas.
ETF selalunya tidak mempunyai pelaburan awal minimum. Anda hanya perlu cukup wang untuk membeli walaupun satu saham, tetapi ada beberapa brokeraj membenarkan anda membeli saham pecahan (fractional share). Disebabkan ETF didagangkan seperti saham, pelaburan minimum adalah bergantung kepada harga saham ETF dan peraturan dagangan broker anda.
Di Amerika Syarikat, ETF adalah tertakluk kepada undang-undang dan perlu didaftarkan dengan SEC.
Penciptaan dan penebusan ETF
Disebabkan ETF didagangkan seperti saham, harganya akan turun naik sepanjang hari dagangan. Harga pasaran ETF boleh naik melebihi net asset value (NAV) nya disebabkan permintaan yang kuat atau turun di bawah NAV semasa puncak penjualan. Untuk mengekalkan harga ETF supaya sejajar dengan NAV nya, ETF menggunakan mekanisma penciptaan dan penebusan.
Proses penciptaan dan penebusan mengambil tempat dalam pasaran utama antara pengeluar ETF dan authorized participants (APs), yang selalunya terdiri daripada institusi kewangan besar.
Proses penciptaan
Apabila permintaan untuk ETF menaik dan sahamnya mula didagangkan di atas NAV nya, AP akan mengumpulkan bakul sekuriti asas yang dijejak oleh ETF dan menghantarkan kepada pengeluar. Di bursa, pengeluar memberikan AP blok saham besar ETF dikenali sebagai unit penciptaan. AP akan kemudiannya menjuak saham ETF individu di bursa saham, menaikkan bekalan dan membantul membawa harga pasaran ETF kembali dekat kepada NAV nya.
Proses penebusan
Apabila terdapat lebihan bekalan saham ETF dan mereka didagangkan pada harga diskaun kepada NAV, AP akan membeli saham ETF dari pasaran sekunder dan memulangkan mereka kembali kepada pengeluar. Sebagai pulangan, pengeluar memberikan sekuriti asas yang dipegang oleh ETF (bakul penebusan) untuk menjual mereka dalam pasaran. Disebabkan saham ETF ditebus sudah dikeluarkan daripada edaran, bekalan saham ETF akan menurun dan harga akan kembali dekat dengan NAV.
Mekanisma ini membantu mengekalkan ETF menjadi murah, telus dan cekap cukai.
Apakah dana bersama (mutual fund)
Dana bersama adalah dana pelaburan yang mengumpulkan wang daripada berbilang pelabur dan menggunakannya untuk melabur dalam portfolio sekuriti yang pelbagai, seperti saham, bon, instrumen pasaran wang. Pengurus dana menyelidiki peluang-peluang dan memilih pelaburan bagi pihak pelabur. Apabila nilai aset asas naik atau turun, bahagian pelabur akan turut naik atau menurun.
Daripada membeli saham atau bon individu, anda boleh membeli saham dalam dana dengan menjadi sebahagian daripada pemunya semua pegangannya. Harga dana bersama, dikenali sebagai net asset value (NAV), dikira dengan membahagikan jumlah nilai pegangan dana dengan bilangan saham tertunggak.
Sama seperti ETF, dana bersama memperuntukkan aset-asetnya merentasi sektor, industri dan syarikat berbeza bergantung kepada strateginya. Melabur dalam satu saham atau bon individu boleh jadi berisiko, tetapi dana bersama mengurangkan risiko tersebut menerusi kepelbagaian.
Dana bersama boleh dikategorikan secara meluas kepada dana ekuiti, dana bon, dana pasaran wang, dana indeks, dana seimbang dan dana tarikh sasaran. Setiap jenis mempunyai sifat risiko dan pulangan berlainan yang direka untuk memenuhi sasaran pelaburan khusus.
Banyak dana bersama runcit memerlukan pelaburan awalan minimum, selalunya dalam $500 ke $5,000. Kelas saham institusi dan dana lindung selalunya mempunyai nilai minimum lebih tinggi, bermula dari $100,000 atau lebih.
Dana bersama vs ETF
Walaupun kedua-duanya adalah dana pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur untuk dilaburkan dalam bakul aset, dana bersama dan ETF ada perbezaan masing-masing.
Aset di bawah pengurusan - Assets under management (AUM)
Assets under management (AUM) adalah metrik yang digunakan meluas dalam industri pelaburan yang mengukur jumlah nilai pasaran aset diuruskan oleh dana bersama atau ETF. Ia mewakili jumlah wang yang dilaburkan dalam dana.
AUM dikira dengan menjumlahkan nilai pasaran semasa untuk semua pegangan portfolio. Sebagai contoh, jika dana memegang $7 juta saham Nvidia, $5 juta dalam bon kerajaan dan $2 juta dalam tunai, AUM nya adalah $14 juta.
AUM mengandungi semua modal yang boleh dilaburkan oleh pengurus dana bagi pihak pelanggan. Sebagai contoh, jika anda melaburkan $30,000 dalam sebuah dana bersama, jumlah tersebut menjadi sebahagian daripada jumlah AUM dana. Pengurus boleh melaburkannya mengikut objektif dijelaskan dana tanpa memerlukan pengesahan daripada anda untuk setiap transaksi.
AUM selalunya dijejaki dari masa ke semasa untuk mengukur pertumbuhan dan selalunya dibandingkan dengan AUM pesaing. AUM yang lebih besar adalah isyarat kestabilan, kecairan dan keyakinan pelabur.
AUM dana selalunya menaik menerusi peningkatan keuntungan pelaburan, peningkatan keuntungan modal, dividen dilaburkan semula dan sumbangan pelabur baharu. Dan sebaliknya, kerugian pasaran dan pengeluaran dana pelabur akan mengurangkan AUM.
Nisbah perbelanjaan
Nisbah perbelanjaan akan mengukur kos tahunan untuk memegang dana bersama atau ETF. Ia dijelaskan sebagai peratusan purata kasar aset dana dan dikira dengan membahagikan perbelanjaan pengoperasian tahunan dana dengan jumlah asetnya.
Perbelanjaan pengoperasian dana adalah termasuk yuran pengurusan, jagaan, perakaunan, pengauditan, perundangan, pentadbiran dan kos pengoperasian lain. Nisbah perbelanjaan tidak termasuk komisen brokeraj, kos dagangan dan kos lain yang anda mungkin perlu membayar semasa membeli atau menjual saham dana.
Sebagai contoh, jika anda melabur sebanyak $10,000 dalam sebuah ETF dengan nisbah perbelanjaan 0.04%, perbelanjaan tahunan dana adalah bersamaan dengan $4.
Apabila nilai pelaburan anda berkembang, jumlah yang anda perlu bayar juga akan menaik — yang mana nisbah perbelanjaan dana boleh mempengaruhi dengan ketara pulangan anda dari masa ke semasa.
ETF selalunya mempunyai nisbah perbelanjaan lebih rendah daripada dana bersama. Secara sejarah, nisbah perbelanjaan median adalah dalam 0.56% untuk ETF berbanding 0.90% untuk dana bersama. Penyaring ETF boleh membantu anda membanding dan menapis dana berdasarkan nisbah perbelanjaan mereka.
Kesimpulan
ETF dan dana pelaburan adalah cara mudah untuk mempakejkan banyak aset berlainan bersama-sama. Daripada membeli saham individu satu demi satu, kenderaan ini membenarkan anda untuk mengakses pelbagai syarikat atau bon dalam satu transaksi. Walaupun ETF boleh didagangkan pada bursa sepanjang hari dan dana tradisi adalah dihargakan pada masa penutup pasaran, kedua-duanya memenuhi tujuan yang sama: menyediakan kaedah yang mudah untuk mempelbagaikan portfolio dan meluaskan pendedahan pasaran.
Juga baca: