Bagaimana untuk melabur dalam saham
Saham adalah tempat yang bagus untuk memulakan dagangan kerana ia mudah difahami. Setiap saham mewakili saham dalam syarikat sebenar, yang anda selalunya sudah kenali. Ia juga mempunyai data tersedia yang banyak, saham dan analisis, menjadikan ia lebih mudah untuk memahami pergerakan harga dan apa yang boleh mempengaruhinya.
KANDUNGAN:
Apakah itu saham
Saham adalah sekuriti yang memberikan anda pegangan separa kepada syarikat yang mengeluarkannya. Pegangan saham ditentukan oleh bilangan saham yang anda pegang relatif kepada jumlah keseluruhan saham diterbitkan.
Syarikat mengeluarkan saham untuk mendapatkan modal untuk menyokong operasi dan pertumbuhan mereka. Semakin nilai syarikat naik atau turun, nilai sahamnya juga akan bergerak bersama-sama.
Selepas syarikat disenaraikan, sahamnya menjadi tersedia untuk pelabur di bursa. Untuk menjejak semua penawaran awam awal, tarikh penyenaraian, bilangan saham dan butiran berkaitan, anda boleh menggunakan Kalendar IPO.
Saham vs bon
Kebanyakan portfolio mengandungi campuran saham dan bon, kerana kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam mengimbangi risiko dan pulangan.
Membeli saham bermaksud mempunyai sebahagian daripada syarikat. Apabila anda membeli bon, anda meminjamkan wang kepada kerajaan atau syarikat untuk mendapatkan pembayaran faedah tetap dan pulangan nilai pokok pada tarikh matang. Sekiranya berlaku kebangkrapan, pemiutang mempunyai keutamaan dari segi undang-undang berbanding pihak berkepentingan lain dan akan dibayar terlebih dahulu.
Saham
- Lebih tinggi potensi pulangan dan pertumbuhan jangka panjang menerusi keuntungan modal
- Ketidakstabilan dan risiko lebih tinggi
- Didagangkan terutamanya pada bursa saham
- Pemegang saham adalah pemilik syarikat yang mengeluarkan saham
Bon
- Pendapatan boleh diramal stabil menerusi pembayaran faedah
- Kurang ketidakstabilan dan kurang pendedahan kepada risiko
- Didagangkan terutamanya over the counter (OTC)
- Pemegang bon adalah pemiutang kepada pengeluar bon
Jenis saham
Ada dua jenis utama untuk saham: biasa dan keutamaan.
Saham biasa
Kebanyakan saham didagangkan awam adalah dikeluarkan sebagai saham biasa. Ia mewakili pegangan dalam syarikat, yang memberikan pemegang hak mengundi, tetapi dividen adalah tidak dijamin.
Nilai saham biasa dipengaruhi oleh prestasi syarikat, termasuk juga oleh bekalan dan permintaan pasaran. Ia menawarkan kepada pelabur potensi kenaikan modal dan pertumbuhan jangka panjang disebabkan naik turun harganya yang lebih ketara daripada saham keutamaan.
Akan tetapi, jika syarikat melupuskan aset-asetnya, pemegang saham biasa akan mempunyai tuntutan yang paling rendah kepada aset. Pemegang bon, pemegang saham keutamaan dan pemiutang lain perlu dibayar terlebih dahulu.
Saham keutamaan
Tidak seperti saham biasa, saham keutamaan menawarkan pembayaran dividen lebih tinggi dan keutamaan semasa pembubaran kepada pemegang saham. Akan tetapi, saham keutamaan selalunya tidak memberikan hak pengundian.
Saham keutamaan menggabungkan ciri-ciri bon dan saham. Seperti bon, ia memberikan aliran pendapatan boleh diramal menerusi pembayaran dividen tetap, yang dilakukan sebelum dividen dibayar kepada pemegang saham biasa dan selalunya ia lebih tinggi.
Saham keutamaan mempunyai nilai dijelaskan tetap dan harga pasaran mereka dipengaruhi oleh kadar faedah. Apabila kadar faedah naik, nilai saham keutamaan akan jatuh dan sebaliknya.
Harga saham keutamaan selalunya kurang turun naik daripada saham biasa, yang dipengaruhi oleh perolehan syarikat, prospek pertumbuhan dan pembangunan industri.
Bagaimana saham menjana pendapatan
Anda boleh mendapatkan wang dari saham menerusi dua cara utama: dividen dan keuntungan modal.
Dividen
Dividen adalah pembayaran yang dilakukan oleh syarikat kepada pemegang sahamnya dari keuntungan diperolehi. Sebagai contoh, Coca-Cola Company membayar dividen suku tahunan tetap. Jika anda memegang 100 saham Coca-Cola dan syarikat membayar dividen sebanyak $0.53 sesaham, anda akan menerima pendapatan dividen sebanyak $53 untuk suku tahunan berkenaan.
Keuntungan modal
Keuntungan modal terjadi apabila nilai saham menaik dan boleh dijual untuk harga lebih tinggi daripada harga belian. Sebagai contoh, apabila Nvidia disenaraikan awam pada bulan Januari 1999, sahamnya didagangkan dalam harga $0.03 pada hari pertama. Pada masa penulisan ini, ia didagangkan pada harga $194.83 sesaham. Jumlah kenaikan keseluruhan adalah dalam 649% semenjak penyenaraian.
Bagaimana membeli saham
Sebelum membuat sebarang dagangan, buat analisis yang menyeluruh tentang saham yang ingin anda beli. Terokai asas seperti hasil, perolehan dan nisbah penilaian, serta gunakan alat analisis teknikal .
Anda juga boleh menggunakan Penyaring Saham untuk menapis syarikat dan Graf Asas untuk menerokai kewangan syarikat.
Kemudian, bandingkan broker yang tersedia di TradingView dan pilih broker yang paling anda gemari.
Jika anda belum bersedia untuk berdagang dengan wang sebenar, anda boleh bermula dengan dagangan kertas — simulator dagangan bebas risiko yang membantu anda memahami asas-asas dagangan.
Walaupun saham menawarkan potensi pulangan yang lebih tinggi, ia juga terdedah kepada risiko pasaran. Perubahan ekonomi, perkembangan sektor dan peristiwa geopolitik boleh menyebabkan ketidakstabilan dan potensi kerugian.
Kesimpulan
Saham adalah sekuriti yang mewakili pegangan separa dalam syarikat, yang menawarkan potensi pulangan lebih tinggi. Syarikat mengeluarkan saham untuk mendapatkan modal untuk pertumbuhan, pengembangan atau initiatif perniagaan lain. Hak dan manfaat diterima pemegang saham adalah bergantung kepada jenis saham yang mereka miliki.
Semua pelaburan mengandungi risiko. Nilai pelaburan boleh naik atau turun disebabkan pembangunan ekonomi atau peristiwa khusus syarikat. Dari segi sejarah, saham telah menjana pulangan jangka panjang lebih kuat daripada jenis pelaburan lain.
Baca juga: