KLCI, D1 - Adakah Panic BUY paa hari ini?DJI telah berjaya membentuk HL yang baru
Salah satu tanda yang bagus, tetapi, masih perlu diperhatikan jika berjaya untuk HH yang baru
Semalam DJI membuat tanda reversal yang cantik
Adakah ini akan menghasilkan panic buy pada hari ini?
YA, jika terlalu tinggi GAP untuk kaunter-kaunter pilihan anda, jangan masuk (atau, masuk dengan berhati-hati, keluar jika volume keluar)
Mungkin dalam masa 15min - 1jam pertama, akan berlaku panic buy dan kemudia panic sell
selepas keadaan tenang, market akan bergerak yang sepatutnya
DJi mungkin menghasilkan Double bottom, atau, inverted HnS (condong)
Sangat menarik untuk diperhatikan
Walaubagaimanapun,
BULLISH atau confirm reversal jika hanya melepasi harga 1740
Trade dengan berhati-hati
semoga berjaya
idea dagangan FBMKLCI
KLCI - Menurun laju mengikuti DJI, tetapi, naik dengan perlahanKLCI masih dalam menunggu DJI dengan kesabaran
Dikala DJI naik dengan laju, KLCI hanya merangkak
Dikala DJI turun dengan laju, KLCI laju terjun mengikut jejak langkah tanpa segan silu
Itulah KLCI bagi Malaysia
Jika DJI berjaya menghasilkan HH yang baru, KLCI hanya berjaya menghasilkan LH sahaja
Jika DJI berjaya mencecah 78.6%, KLCI hanya mampu 38.2% sahaja
Dan, kini berada pada aras 1680 kembali, setelah gagal bertahan atas 1700
Walaubagaimanapun, lihat jika mampu menghasilkan Double Bottom atau inverted HnS
INGAT!
Aras sokongan terakhir adalah pada 1660
FBMKLCI: terus naik hingga minggu ke-3 DisemberMelihat Pada Carta Harian FBMKLCI, saya percaya bahawa, FBMKLCI berkemungkinan akan meneruskan kenaikan nya sehingga minggu ke-3 Disember sebelum bergerak secara mendatar atau beralih arah dan turun kembali.
Di ketika ini, saya percaya di kawasan sekitar paras 1750 akan terdapat rintangan yang kuat, setakat ini, saya fikirkan yang FBMKLCI sukar utk naik menembusi paras ringtangan 1750an ini. andaikata saya silap dan FBMKLCI melonjak naik melebihi paras ini, maka saya akan membuat pembacaan semula terhadap FBMKLCI.
Dan mengikut pusingan kitaran, saya percaya bahawa jika benar paras 1750an itu menjadi paras rintangan kuat, maka ada kemungkinan nya bahawa di minggu ketiga bulan Disember kemungkinan FBMKLCI akan beralih arah dan jatuh semula. Hanya satu kemungkinan.
FBMKLCI - bullish mode bermula?as salam dan salam sejahtera traders semua
nampak gaya market rebound ye?
boleh nampak dalam chart index kita form DOUBLE BOTTOM pattern, yang mana ianya suatu Bullish Reversal Pattern yang baik.
boleh nampak juga index skrg berada di atas MA20 yang menandkan trend baru akan bermula
Betul ke?
nanti dulu, yang penting sekarang index perlu sustain di atas MA 20 untuk confirmkan reversal .
kalau dah confirm nanti buat apa?
Time to Shop and make money
Not a buy call, just a sharing for all to learn together
Halim Hamdan
Pendidikan: Garisan Paras SokonganPsikologi paras sokongan
1. Penjualan yang banyak akan menyebabkan penjual menjadi lemah.
2. Pembeli mula memasuki pasaran & mengatasi kekuatan penjualan.
3. Ini menyebabkan harga melantun semula keatas.
Diparas lantunan ini kita melukis garisan paras sokongan.
konklusi:
Paras sokongan terjadi kerana diparas itu "Demand" melebihi "Supply"
FBMKLCI: MACD memberi petunjuk awalMelihat Carta FBMKLCI, MACD berkemungkinan memberi petunjuk awal akan arah TREND dari kejatuhan dan menukar kepada naik. Selain dari slangan positif pada MACD sebagai petunjuk beli, terlihat juga 'bullish divergence' pada histogram MACD. ini adalah petunjuk awal akan kemungkinan FBMKLCI bertukar trend dari jaruh kepada NAIK.
MA Cross masih belum memberi petunjuk akan perubahan arah, tetapi jika FBMKLCI meneruskan kenaikan, petunjuk MA Cros akan sampai.
Paras halangan FBMKLCI adalah di paras 1740. 1780 dan 1825, manakala paras sokongan kritikal adalah di 1660. jika paras 1660 ini di pecah, ada kemungkinan FBMKLCI akan menguji paras sokongan 1600.
KLCI - Bangkit mengikuti DJI?Setelah DJI mengalami kejatuhan, KLCI tidak ketinggalan untuk mengikuti jejak langkah DJI
Walaubagaimanapun, KLCI bercuti pada hari selasa, cuti Deepavali
Mungkin akan mengalami BULLISH, kekal atau sementara? itu perlu diperhatikan dari semasa ke semasa
Kemungkinan KLCI akan cuba untuk ke aras rintangan 1740
2 aras sokongan dan rintangan yang penting,, 1700-1740
dan, benteng lantai terakhir adalah pada 1660
Berkemungkinan akan BULLISH pada minggu ini
hanya perlu berhati-hati, jika BULLISH hanya retracement, masih awal untuk kata major or minor BULLISH
Kita akan menganalisis lagi pada hujung minggu ini
FBMKLCI: Apa itu TRENDLINE?Trendline di gunakan untuk melihat apabila harga membuat pusingan dari turun kemudian naik, dan sebaliknya apabila harga naik dan keudian nya turun.
bagaimana melukis trendline?, apabila ingin melukis trendline turun (bearish trend), garisan trendline ini akan di lukiskan di atas harga, dan apabila harga membuat pusingan dan naik, maka trendline turun ini akan di langgar, dan apabila harga memecah atau melanggar trendline, boleh lah di simpulkan yang harga telah membuat pusingan dan berkemungkinan akan bergerak naik pula.
begitu lah sebaliknya, apabila harga sedang meningkat naik dan sedang bergerak ke atas, garisan trendline atas akan di lukis kan di bawah harga, maka, apabila harga berpusing dan berkemungkinan jatuh, harga akan melanggar trendline dan jatuh di bawah garisan trendline tersebut.
melihat pada carta FBMKLCI di atas, indeks KLCI didapati telah melanggar garisan trendline dan bergerak diatas trendline, ini berkemungkinan menandakan bahawa indeks telah berpusing dan mennukar arah dari kejatuhan dan mungkin akan bergerak naik pula.
KLCI - Masih menunggu arah, 1660 atau 1700KLCI masih menunggu arah memecahkan sokongan 1660 atau reversal memecahkan rintangan pada 1700
dan, menunggu Budget Malaysia pada hujung minggu ini
Boleh melihat pergerakan pada minggu ini dan minggu depan
Untuk langkah berjaga-jaga, pastikan ada SL untuk CL jika price jatuh
Osciallator masih menunjukkan tanda BEARISH, tiada reversal
Jika KLCI bangkit, pastikan untuk lepas pada paras 1827 untuk terus dan kekal BULLISH untuk jangka masa yang panjang
KLCI: Bakal uji PARAS RENDAH HITORIKALsaya melihat carta harga secara keseluruhan, sebab itu saya akan melihat dahulu garisan 200ma, kerana ia adalah satu petunjuk arah yang kuat. oleh kerana KLCI telah jatuh di bawah paras 200ma, saya boleh mengatakan bahawa KLCI telah pun sekarang ini masuk ke fasa kejatuhan.
melihat pada KLCI juga ada tebentuk satu corak kepala bahu (head n shoulder), ini adalah satu corak yang kuat, andai kata ini benar, maka sasaran KLCI berkemungkinan adalah di paras 1540 sebelum dapat melihat sokongan kuat. Namun begitu, paras rendah lepas di 1657 akan di uji semula dalam masa yang terdekat ini.
FBM KLCI Mingguan - dalam zon sokongan / zon menungguCarta KLCI jangka masa pendek, masih dalam keadaan bearish dah telah berada didalam zon sokongan 1640-1690.
Indeks kemungkinan menuju kearah S1 1660 dalam zon sokongan, dalam jajaran yang kecil, dan berkemungkinan akan berlegar didalam zon ini dalam minggu ini. Pelabur dalam keadaan menunggu pembentangan Bajet 2019 pada 2 November (Jumaat).
Jika indeks melantun dari paras S1 dengan kadar volume yang tinggi, berkemungkinan indeks akan keluar dari zon sokongan dan akan mencuba R1. Pandangan ini disokong oleh Trendline Utama Menaik.
Ada kemungkinan indeks akan melantun kuat dari paras ini dan melengkapkan double bottom jika pelabur dan pedagang optimis dengan keadaan ekonomi Malaysia, dan penyelesaian isu peperangan perdagangan antara US-China.
Namun begitu, jika indeks melepasi S1, maka keadaan dilihat semakin buruk dan indeks akan mencuba paras S2, dimana dilihat sebagai benteng terakhir.
Short term: Bearish S1
Medium term: Bullish R1 (dengan sokongan Trendline Utama Menaik)
Long term: Bullish (selagi tidak melepasi S2)
R1 1750
R2 1800
S1 1660
S1 1615
FBMKLCI 1663 rebound atau 1663 bocor? Jika dilihat carta KLCI, 1663 merupakan sokongan pasca-PRU. 1663 juga mempunyai rekod disentuh pada tahun Jan 2017 dan dilihat bocor pada Oktober 2016. Jika 1663 ini bocor, bolehlah kita menganggapkan indeks akan meluncur ke sokongan seterusnya iaitu pada 1617; dan KLCI mesti rebound waktu itu.
Mencari hala tuju FBMKLCIAnalisa Teknikal Hala Tuju Indeks KLCI.
Seperti mana yang disebutkan dalam ulasan yang lepas, sentimen sentimen yang negatif meletakkan pelabur pelabur dalam keadaan "panic". Berikut adalah ulasan ringkas activiti di sesi pagi pasaran Bursa;
1) Kenaikkan di Wall Street yang sebanyak 400 mata semalam nampaknya tidak ada impak pada pasaran Bursa pada pagi ini.
2) Pasaran dibuka dengan "gap-up" dan indeks mencapai paras sehingga 1691. Kemudian indeks kembali menurun (paling rendah, 1678 mata) dan menutup di sesi pagi pada paras 1682.
3) Pasaran keseluruhan (Market Breadth) agak lemah, mencatat 453 "counters" turun vs 267 naik.
4) Volume keseluruhan pada sesi pagi mencatat 976 juta dengan nilai RM722 juta. Aktiviti yang rendah sebegini mungkin menunjukkan sebahagian besar jual beli berpunca dari "retailers" ataupun pedagang runcit. Pelabur pelabur yang berdana besar mungkin hanya mendiam akibat sentimen negatif yang masih meliar.
5) Stok teknologi dan "semiconductor" juga adalah antara sektor yang semakin lemah.
Sila berwaspada apabila mengambil sebarang keputusan untuk jual-beli di pasaran sekarang. Ikutilah prinsip teknikal analisa ataupun "trading plan" anda. Risiko untuk masuk pasaran Bursa sekarang adalah sangat tinggi.
Pandangan saya untuk FBMKLCI berdasarkan teknikal analisa;
1) Perhatikan sideway triangle pattern KLCI sekarang. Sila rujuk kepada carta di atas. Sekiranya index pecah corak sideway ini, kemungkinan besar indeks akan menuju ke paras sokongan seterusnya iaitu pada 1660.
2) Sokongan seterusnya akan berada pada paras 1620. Sila rujuk garisan Fibonacci yang telah saya lukis (sila rujuk carta di atas). Jika 1660 mata tidak bertahan, maka indeks akan menuju ke paras ini, 1620.
Sekian,
KLCI - Antara naik dan junamAdakah pasaran saham akan CRASH? atau pulih dan kembali BULLISH?
Masih awal untuk diperkatakan, samada akan crash ataupun pulih
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa titik penting untuk pergerakan KLCI
Fibo telah mencapai 23.6% dan garisan sokongan yang penting,
jika bocor, maka,
harapan terakhir adalah 0% dan 1662 adalah sokongan terakhir sebelum jatuh tidak mengenal erti dasar
1662 adalah paras sokongan akhir pada tahun ini,
kejatuhan yang teruk ini disebabkan pertukaran kerajaan Malaysia selepas PRU yang lepas
para pelabur tidak berhenti2 meinggalkan Malaysia
dan ingin melihat dasar malaysia, dan bagaimana kerajaan sekarang ingin melaksanakn janji mereka, setelah pemotongan sumber pendapatan negara
Bagaimana ingin mencari sumber pendapatan baru, disamping memberi dan menunaikan janji-janji yang memerlukan dana kewangan yang besar (seperti janji penghapusan tol, pengapungan harga petrol, dll)
Jika ada yang mengatakan pasaran terdahulu jatuh kerana hutang negara adalah 1 trillion, ia adalah dusta
Ingat lah, jika diri anda adalah trade atau investor, elakkan dari menerima berita-berita dari ahli politik secara 100%
gunalah ilmu yang anda pelajari untuk menilai angka dan fakta (kecuali anda hanya berjudi dengan saham mahupun forex, yakni, trade tanpa ilmu)
tetapi, jika ada yang mengatakan pasaran jatuh kerana 1mdb, mungkin ya, atas beberapa fakta yang telah dibuktikan
walaubagaimanapun, masih dalam proses mahkamah
INDEX FBMKLCI 22 Okt 2018 | masih dalam correction wave A Salam semua...
.
1. Sekiranya Index FBMKLCI follow EW dgn baik maka sekarng index berada di dalam wave a correction ke atas..
2. EW dalam donwtrend.
3. Sekiranya Correction wave A melengkapkan 5 subwave maka saya jangkakan index akan buat kenaikan 2 kali lagi dengan retracement di antra 2 kenaikan tersebut.
4. Utk confirmkan kenaikan pastikan Index candle melepas resistant triangle yang terbentuk.
5. Sekiranya Wave A EW terhenti pada aras yang diunjurkan maka Gartley Harmonic Pattern akan jadi valid dan menunjukkan bearish pattern.
6. Dijangkakan INDEX akan meneruskan kenaikan selepas ini utk melengkapkan correction wave A EW.
7. Trading semasa index buat correction wave memang tak menentu. Terbaik trade semasa index buat wave 3 ke atas.
8. Kajian ini hanyalah sekadar kajian, tidak ada betul atau salah.. selamat mengkaji saya ucapkan.
Selamat berdagang saya ucapkan.
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).
Pasaran CRASH - Krisis Kewangan Asia 1998Pernahkah anda terfikir, apakah kesan ketika da selepas Krisis Kewangan Asia 1998 yang menyebabkan market crash atau pasaran merudum dengan teruk pada tahun 1998.
- Berapakah lama durasi krisis kewangan asia?
- Berapakah lama kah Malaysia perlukan untuk memulihkan pasaran BSKL?
- Adakah betul yang diperkatakan menteri-menteri dapat memulihkan dan memberi impak dan sumbangan selepas pasaran crash?
Jika ya, berapa banyak ke BULLISH yang mereka dapat kembalikan, daripada kesan BEARISH sebelum itu?
Jika tidak, mengapa?
Krisis Kewangan Asia memberi impak yang sangat besar terutamanya negara2 di Asia
Mimpi buruk ini bermula pada pertengahan 1997, dengan Baht Thailand, diikuti Peso Filipina dan Ringgit Malaysia.
(Thailand merupakan antara negara EM-Emerging Market yang terbaik dan bangkit selepas kirsis kewangan ini)
Krisis Kewangan Asia berlarutan selama lebih kurang 546 hari atau 17 bulan (1 tahun 5 bulan)
Dan, kejatuhan sebanyak -982 mata ( -76% ) dari 1278 kepada 262
Setiap yang naik akan turun, dan setiap yang turun akan akan (kecuali, jika gagal dipulihkan)
Benarkah Malaysia mengalami zaman BULLISH selepas krisis kewangan 1998?
YA, kerana selepas kejatuhan -76%, market malaysia semakin pulih
tetapi, untuk mengatakan menteri-menteri pada zaman itu, terutama menteri kewangan yang berjaya membawa zaman BULLISH ini?
sukar untuk diperkatakan, terdapat pelbagai pendapat dan pandangan
saya cenderung untuk mengatakan Pasaran Malaysia tidaklah segah sebelum krisis kewangan asia, gagal untuk dipulihkan
YA, naik tetap naik, tetapi, pada kadar yang perlahan
Para pelabur lambat untuk kembali ke Malaysia, ambil masa lama untuk meyakinkan mereka semula
kerana beberapa dasar yang diambil ketika berlakunya krisis kewangan ini
Oleh itu, berapa lamakah masa yang diambil untuk pulih? Jika jatuh dalam 1 tahun 5 bulan , naik pula mengambil masa selama:
" 3132 hari atau 102 bulan ( 8 tahun 6 bulan ++) "
Bagi saya, Malaysia memerlukan masa yang lama untuk bangkit dan menarik pelabur-pelabur masuk semula
BSKL mengambil masa 5-6 x ganda masa untuk dipulihkan dari masa ia CRASH
BSKL mencapai aras terdahulu semula pada awal tahun 2007 (mac 2007), kemudian, mengalami CRASH semula pada akhir tahun 2007 (nov 2007)
Berikutan US Housing Bubble atau US Housing Market Crash yang menyebabkan jatuh semula sebanyak -40%
Kita akan kupas berkenaan krisis ini pada post yang lain
Terima Kasih