6/6/2022 HANYA ADA SEDIKIT PERGERAKAN EMASLaporan NFP yang dikeluarkan minggu lepas hanya memberi kesan sementara kepada emas yang masih dalam julat dagangan. Walaupun laporan NFP ternyata lebih baik dari jangkaan, tiada hala tuju jelas dapat dilihat dalam perdagangan emas. Pasaran dijangka menunggu laporan inflasi tahunan AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini sebelum membuat sebarang keputusan jelas dalam dagangan emas.
Dalam carta XAU/USD, dapat dilihat pergerakan emas minggu lepas yang hanya bergerak untuk mencari permintaan daripada mencari arah pergerakan sebenar. Pasaran masih lagi mencari hala tuju melalui laporan-laporan ekonomi yang bakal dikeluarkan. Selagi harga di dalam julat, pasaran masih di dalam keadaan neutral.