AWANTEC bakal cuba pecah rintanganRintangan bakal cuba dipecah kali ketiga dengan bantuan sentimen dan tren positif teknologi yang sedang memuncak pada masa kini. Apa yang merisaukan adalah setelah dua kali cubaan memecah rintangan sebelum ini tidak berjaya tapi harga jatuh menjunam. Unjuran Fib Extension menunjukkan jika rintangan berjaya dipecah seterusnya memecah Fib Extension paras 0.618 (RM1.02) maka kebarangkalian carta akan terus mendaki ke atas.
idea dagangan AWANTEC
AWANTEC [S] 18 Feb 21 : Membentuk cup dan handle dengan sempurna1. AWANTEC telah membentuk cup dan handle dengan sempurna hari ini disertakan dengan volume yang besar.
2. Dicadangkan TP1 : 1.180 , TP 2 : 1.630 dan CL : 0.980.
3. Apakah AWANTEC akan terus naik esok? Wallhu'alam.
4. Sila masukkan ke dalam watchlist anda.
Sama-sama kita perhatikan.
Diclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk percambahan minda sahaja.
SEKIRANYA IA MEMBANTU ANDA, SILA LIKE DAN SHARE.
AWANTEC , SOKONGANKaunter ini nampaknya berada di paras sokongan semasa, jika dilihat ianya juga berada di atas apras middle Bollinger Band iaitu 0.830
Jika tidak bocor, aras sokongan yang bakal dicari seterusnya mungkin 0.880 0.980 1.00
Jika bocor bakal mencari aras bawah Bollinger Band 0.665
Dngan indikator RSI juga berada di atas 50%, buyer mungkin kembali menguasai kaunter ini.
Namun harus diingat, FBMKLCI untuk setakat minggu lepas adalah dilihat kurang menarik, dan mungkin mengalami penurunan.
Jika ini berlaku, bakal menarik turun kebanyakan kaunter dengan sentimen melemah. Berhati-hatilah !
Semua penulisan dalam idea saya ini adalah sekadar untuk pembelajaran dan pemerhatian sahaja. Tiada sebarang rekomendasi untuk mempengaruhi mana-mana pihak.
AWANTEC 4 Februari – Cubaan Pecahkan Garisan Downtrend?> Saham AWANTEC tutup pada harga 0.840.
> Berdasarkan pada carta harian, harga berjaya bertahan di atas paras sokongan 0.810 dan cuba untuk pecahkan garisan downtrend.
> MACD menunggu masa untuk bersilang menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> RSI berada di bawah paras 50 menunjukkan sedang mengumpul kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga menunggu masa untuk bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 0.855, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 0.925.
> Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
AWANTEC belanja secawan kopi?1) AWANTEC masih mengekalkan kedudukan dalam aliran menaik dengan melihat ciri 2 EMA (EMA50 berada diatas EMA150)
2) AWANTEC seakan membuat corak cawan dan pemegang
3) AWANTEC perlu memecahkan rintangan dan kekal berada atas 1.030 untuk meneruskan kenaikan
corak carta : cawan dan pemegang, EMA, rintangan dan halangan
Status : Shariah
Sektor : Perdagangan & Perkhidmatan, Teknologi, GLC, Penyelesaian IT / Produk IT, Perkhidmatan Digital, Sistem Imigrasi Bersepadu,
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
awantecnama lama kaunter ini adalah presbhd.dia tukar nama pada 29 disember.
kalau kita amati chart ni kita boleh nampak seperti ia sedang membentuk corak cup & handle.
selepas kenaikan selama 2 hari pada awal minggu lalu, harga sepertinya susah untuk naik dan berada dalam mod berehat seketika.
jika harga dapat bermain atas ma20, ini memberi tanda bullish untuk saham ini.
support pada 80sen dan seterusnya 615sen.
AWANTEC AWANTEC dikenali dulu PRESBHD. Chart pattern yang sedang dilakukan ialah cup with handle. Aras sokongan segera pada 0.795 (Immediate support). Aras rintangan beliau pada 1.01. sekiranya dapat memecahkan aras rintangan tersebut, aras target seterusnya pada 1.58. Sekadar kajian dan pembelajaran sahaja.
AWANTEC BAKAL MEMBUAT CUP & HANDLE?adakah awantec telah membuat "EOT" end of trend dari downtrending?
nampaknya dia seakan2 membuat cup and handle..
cup telah complete , cumanya sekarang sedang membuat handle...
dengan stoch RSI sekarang berada di paras oversold, ia seakan2 mengumpul tenaga untuk memecah R :1.00..
Mungkinkah breakout bakal terjadi?
Kita tunggu dan lihat
Nota: TAYOR, hanya perkongsian ilmu semata2 dan bukan buy call
AWANTEC menarik untuk diperhatikan1. AWANTEC (sebelum ini dikenali PRESBHD) terlibat dalam sektor TEKNOLOGI.
2. Kaunter ini telah mencapai harga 1.00 sebelum berakhir tahun 2020. Namun telah menjunam sehingga 0.610 (Jumaat lepas) dan ditutup pada 0.650 iaitu di bawah EMA50 (garisan hijau). Jika diletak Bolingger Band (BB), harga juga telah bocor support pada middle BB.
3. Namun hari ini kaunter ini telah membentuk TWEEZER BOTTOM chart pattern di mana tanda BULLISH reversal daripada downtrend. harga juga telah berada di atas EMA50.
4. Momentum juga dilihat mula kembali dalam kaunter ini dan minat pembelian sudah kembali menerusi indikator dalam carta.
5. Aras RESISTANCE terdekat adalah pada 0.745 dan 0.840 (half candle). Cuma dalam TF 30 minit, dilihat MOMENTUM telah maksima dan berada dalam keadaan OVERBOUGHT. Boleh sediakan SNR mengikut trading plan masing-masing.
Nota:
(a) Sekadar pembelajaran.
(b) Sebarang komen, feedback atau ralat boleh komen di bawah yea.
Terima kasih
AWANTEC (5204): BEREHAT SEBENTAR SeKtor: Trading & Services, Technology, GLCs, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Integrated Immigration System, Work-from-Home (WFH)
1. Candle sekarang menguji EMA90 dan jangkaan saya akan bermain di lingkungan kuning di atas sebelum menolak kembali ke atas.
2. Jika memecahkan aras sokongan ini, ia akan turun hingga ke aras EMA200 sebelum melantun semula ke atas.
3. Cadangan belian apabila wujud reversal candle atau belian berhampiran aras sokongan untuk dagangan swing atau mid.
#sekaadarpandanganperibadi
#TAYOR