idea dagangan PRIVA
PRIVA (Lantunan Disokong 4 Petunjuk)Sektor :
- Technology, Industrial Products, IT Solutions/ IT Product, Telecommunications Equipment, Telecommunications & Media.
Idea analisis :
~ Teknikal ~
- Setelah melakukan kenaikan parabolic, PRIVA membuat pullback dan berjaya rebound di atas psychological support pada RM 0.200.
- Rebound ini juga disokong oleh 4 petunjuk:
1) Candlestick morning doji star.
2) Muncul signal 'hidden bullish divergence' menandakan momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
3) Stochastic RSI cross di paras oversold menandakan harga sedang membuat rebound di atas support terbaru.
4) MACD 4R1G (penerangan di nota kaki).
- Jika rebound ini valid, PRIVA berpotensi menuju ke paras psychological resistance iaitu RM 0.300.
~ Fundamental ~
- PRIVA tidak konsisten mencatatkan keuntungan. PRIVA mencatatkan keuntungan pada quarter terkini selepas 8 kali berturut² mencatatkan kerugian. Ini menjadikan keuntungan PRIVA menyusut YoY sebanyak -38.07%.
- Perolehan PRIVA pula meningkat YoY sebanyak 6.99% tetapi menurun QoQ sebanyak -5.55%.
Nota kaki :
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
PRIVA [S] 16 Jun 21 : telah keluar dari downtrend line1. PRIVA telah keluar dari downtrend line 2 hari yang lalu.
2. Berdasarkan chart patttern, kemungkinan PRiva akan mencapai TP 0.250.
3. Apakah PRIVA akan mencapai TP pada minggu ini? Wallahu'alam.
4. Sila masukkan ke dalam watchlist anda.
Sama-sama kita perhatikan.
Diclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk percambahan minda sahaja. TIDAK harus diambil sebagai nasihat pelaburan atau cadangan untuk membeli atau menjual. Sila buat kajian anda sendiri untuk sebarang keputusan.
SEKIRANYA IA MEMBANTU ANDA, SILA LIKE DAN SHARE.
PRIVA- Pantulan atas garisan menaikSektor/Bidang perniagaan:
- Teknologi, Satelit based, ICT, Wireless Broadband
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- PRIVA melakukan pantuan(rebound) di atas garisan menaik.
- Volume belian meningkat secara sihat/stabil.
- RSI juga mulai mendongak ke atas dan berada atas paras 50/
- PRIVA juga melakukan breakout pada paras harga 0.22.
- Berdasarkan indikator anjakan fibonacci, PRIVA dijangkakan akan ke paras harga 0.275 sekiranya dapat memecahkan/breach garisan fibonacci 50% (0.250)
Dari sudut fundamental
- Dari segi pendapatan bersih syarikat PRIVA kembali membuat keuntungan bersih sebanyak 283K berbanding Q4 2020 yang mengalami kerugian sebanyak 3.82 juta. Hal ini merupakan sudut positif bagi syarikat PRIVA kerana dapat menjana keuntungan dikala kerugian yang teruk. Tambahan lagi pada musim COVID19.
- NTA syarikat PRIVA 0.100 membawa maksud syarikat PRIVA dikategorikan sebagai berada pada paras tinggi daripada penilaian.
- EPS semasa syarikat iaitu -0.86 membawa maksud syarikat PRIVA masih dikategorikan sebagai negative earning.
Highlight
- PRIVA mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan CEO yang baharu mengantikan CEO yang lama.
- Untuk mengetahui lebih terperinci tentang market stage , boleh klik pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
PRIVA: SUPPORT & RESISTANTMungkin kacang bagi kita tp intan bg org lain. Layan...
1. Support dan resistant adalah halangan ke bawah dan ke atas yg MAYA atau halimunan. Pd yg belum tahu, pasti tertanya2 kenapa harga stop sini then ditendang ke bawah semula atau kenapa harga rebound balik tak terus jatuh.
2. Boleh guna indikator FIBONACCI RETRACEMENT. Rujuk youtube atau website pasal ni. Nak explain leceh sini. Ni kira homework lah ya.
3. Boleh guna Gann Chart. Boleh rujuk kaedah GANN CHART dlm artikel no. 16 di atas. Explanation in detail on strong weak support, ratcage dll. Search je.
4. MA atau EMA sebagai support n resistant. EMA 5 10 20 50 100 200.
Candle akan mencuba beberapa kali utk melepasi EMA. Jika dapat terlepas seluruh badan candle, EMA tersebut akan jadi support baru dan EMA di atas akan jadi resistant. Jika x dapat pecah resistant atas, candle akan jatuh ke support semula. Kalau nasib tak baik, open price bawah support, alamat esok harga turun lagi.
PRIVA Breakout & ada corak Divergence...!!!Boleh lihat pada carta...
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian & pembelajaran sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
PRIVA (SHARIAH) REVIEW- kini berada di kawasan kritikal setelah melepasi MA20
- harga tertinggi setahun pada 0.355
- RSI<50 menunjukkan momentum sudah berkurang
- STOCH menunduk ke bawah menunjukkan harga dikuasai oleh penjual
- VOLUME semakin kurang menunjukkan kurang tekanan penjualan namun belum ada tanda-tanda minat belian
p/s: sekadar kajian
PRIVA- Ke manakah hala tujunya?Sektor/Bidang perniagaan:
- Teknologi, Satelit based, ICT, Wireless Broadband
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- PRIVA melakukan retracement daripada fasa distribution stage 3 dan terbentuknya fasa downtrend yakni stage 2.
- Fasa Downtrend terjadi apabila Volume seller (jualan) menguasai Volume Buyer(Belian).
- RSI juga mulai mendongak ke bawah ke arah bawah paras 50 dan belum mewujudkan tanda bahawa fasa downtrend ini akan berakhir.
- PRIVA juga menunjukkan cubaan untuk melakukan reversal namun gagal dan ini ditunjukkan di dalam chart (Fake breakout)
- Ramalan saya bagi PRIVA , kemungkinan akan sideway pada garisan RBS sebelum membuat kenaikkan semula.
Dari sudut fundamental
- Dari segi pendapatan bersih syarikat PRIVA kembali membuat keuntungan bersih sebanyak 283K berbanding Q4 2020 yang mengalami kerugian sebanyak 3.82 juta. Hal ini merupakan sudut positif bagi syarikat PRIVA kerana dapat menjana keuntungan dikala kerugian yang teruk. Tambahan lagi pada musim COVID19.
- NTA syarikat PRIVA 0.100 membawa maksud syarikat PRIVA dikategorikan sebagai berada pada paras tinggi daripada penilaian.
- EPS semasa syarikat iaitu -0.86 membawa maksud syarikat PRIVA masih dikategorikan sebagai negative earning.
Highlight
- Untuk mengetahui lebih terperinci tentang market stage , boleh klik pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.