TM kembali bullish?TM perlu lepaskan 2.70 untuk memecahkan ichimoku cloud dan kembali bullish dan membuat confirmation penukaran trend dari downtrend kepada uptrend. Boleh la follow rapat & set alert ya.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
idea dagangan TM
Telekom Malaysia: Berpotensi untuk naikMinat belian semakin ketara berikutan peningkatan volum harian. Garis aliran menurun telah ditembusi dan harga kini berada di atas EMA21 & EMA50. Garis indikator MACD juga berada pada bahagian 'bullish' iaitu di atas 0.
Harga perlu melepasi 2 halangan utama pada paras 3.00 dan 3.28 bagi menukar aliran menurun kepada menaik.
Penafian: Analisa ini hanya bertujuan bagi pendidikan & perbincangan sahaja. Risiko kehilangan modal akibat merujuk analisa ini adalah tanggungjawab masing -masing & bukannya atas penulis.
TM mencari paras sokongan baru1. TM dijangkakan akan mencari paras rintangan sebelum ini iaitu di paras 2.40 - RBS
2. Apabila ada paras sokongan baru, kami menjangkakan TM akan meneruskan kenaikan ke paras 2.70 - 2.80
3. Paras ini ditentukan menggunakan fibonacci retrancement dan fan
Disclaimer: Idea ini hanyalah sebagai rekod untuk memantau hasil kajian Mahersaham dan bukan bertujuan sebagai buy call. Saham adalah satu instrumen pelaburan yang berisko tinggi. Rujuk mereka yang berlesen dan bertauliah sekiranya ingin mendapatkan nasihat pelaburan.
TM (4863), D1- Kembali bullish?TM telah kembali BULLISH
setelah berjaya memecahkan TL, dan berjaya membuat HH yang baru
Jika HL yang baru terhasil, dan tidak membentuk LL, makan, BULLISH akan berterusan
dan, perlu untuk memecahkan 3.015 untuk super BULLISH
VWMA masih dlm mod BULLISH
Walaubagaimanapun,
sentimen DJI dan KLCI masih tidak membenarkan saham-saham untuk bullish
hanya trade untuk short term
TM (TELEKOM) - Arah tuju seterusnya, 8 Hari sblm keputusan QR3TF30 Rumusan, Telekom.
1. Segitiga paten BO + Volum, dengan momentum yg lemah selepas tidak berjaya melepasi rintangan kuat (2.47)
2. Harga berada dalam sokongan yg lemah (2.38), jika harga tidak turun dari paras ini - akan meneruskan kenaikan (HL)
3. Akan membuat cubaan ketiga untuk melepasi rintangan (2.47), 60% peluang untuk mengatasi.
4. Rata2 penganalisa bank menurunkan target harga, BUY>HOLD>SELL. Purata RM 2.20. (dijangka mendapat pendapatan yg kurang baik)
5. 8 hari sebelum QR3 FY18 (26/11/18). Jika harga terus rally (QR mungkin baik), atau menurun (QR kurang baik)
Apa2 pun, keputusan QR seterusnya akan memastikan semua analisa teknikal nanti.
Trade berhati hati.
TM-MELEPASI RINTANGANAras halangan dan sokongan seperti yang dilabel pada carta.
Penafian : Perkongsian ini BUKAN satu saranan jual/beli saham. Sila dapatkan nasihat daripada dealer/remisier anda sebelum melakukan dagangan saham. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerugian yang mungkin akan timbul.
TM (4863), D1 - Pecah Garis Trenduntuk jangka masa pendek, saya lebih kepada BUY
untuk janga masa panjang, avoid kerana SELL
Setelah QR diumumkan, TM mencatatkan kerugian pertama pada QR nya dalam beberapa tahun kebelakangan ini (2-3 tahun ini)
ini adalah satu petanda yang buruk
jika dilihat, jerung-jerung juga melarikan diri dari kaunter ini
oleh itu, adakah akan naik?
YA, untuk technical rebound
pemancingan anak-anak ikan untuk menggantikan ikan-ikan jerung
maka, trade dengan berhati-hati
paling bahaya, kaunter yang telah jatuh 60-70% dalam setahun ini MUNGKIN dan berpotensi tinggi untuk dikeluarkan dari kaunter yang mewakili indeks
maka, ini telah dipandang serius, terutama oleh defensive investor
Elak TM (4863)Di atas merupakan carta mingguan bagi kaunter TM (4863).
Jika dilihat, kaunter ini telah pun berada dalam keadaan sideways sejak awal tahun 2017 dan bermula Julai 2017 sudah tiada volume berwarna hijau yang siknifikan sehingga lah ke hari ini.
MacD pun sudah dalam keadaan negatif sejak pertengahan bulan September 2017 dan sepanjang tempoh ini sehingga sekarang, MacD masih lagi negatif.
Bagi para pelabur dan juga traders, tiada isyarat yang sesuai lagi untuk membeli kaunter ini.
Nota kaki: Ini merupakan pandangan sahaja. Sebarang risiko tidak akan ditanggung.
TM, D1 - Garis Trend atau sentimen?mengapa saya kata Garis Trend atau Sentiment?
Dari sudut TA, ia seperti dalam cubaan untuk memecahkan TL dan kembali bullish
Ada posibility untuk terus jatuh dan melantun atas sentimen semasa kerana TM bakal dikeluarkan dari top30 atau FBMKLCI
TM adalah salah sebuah syarikat dalam yang mewakili FBMKLCI
Jika dia terkeluar, maka, pelabur-pelabur juga akan lari
Dana-dana awam juga sukar untuk menyokong, kerana, lebih baik menyokong top30 yang mewakili FBMKLCI, iaitu indeks Kuala Lumpur
Untuk short-term, ada potensi
Untuk long-term, memerlukan project yang besar untuk membantu syarikat ini
Market Cap
2015 - 29M
2018 - 23M
PRU - 18.7M
now - 8.5M
TM mengalami kejatuhan sebanyak -63% tahun ini
bersamaan,
-19% sebelum PRU
-55% selepas PRU (sehingga sekarang)
TM: Masih dalam aliran arus menurunSejak awal tahun sehingga hari ini, saham TM telah didagang dibawah 200MA. Dengan sentimen yang buruk masih lagi berlegar dipasaran mengenani kaunter telekomunikasi ini, kami menjangkakan harga akan melakukan penurunan. Dilihat pada pergerakan terkini harga saham, harga telah memecahkan corak segitiga & jangkaan harga terdekat ialah di RM 2.05-2.06.
Penafian: Hanya untuk analisa Teknikal sahaja.
TM (4863), D1 - Adakah akan bangkit selepas kejatuhan 70%?TM adalah salah satu syarikat gergasi dalam Malaysia
Antara mewakili top30 untuk KLCI
Walaubagaimanapun, kaunter ini semakin turun dan turun, dan tidak pernah pulih dari harga tertinggi pada 2008
Selepas kejatuhan krisis pasaran, TM masih tidak dapat mencapai harga tertinggi atau ATH semula, walaupun telah 10tahun berlalu
Adakah TM akan bangkit semula?
Boleh perhatikan pada TL Pink untuk BO
Jika naik, boleh membuat swing untuk masa yang lama
Saya lebih kepada ia akan melakukan proses accumulation, sebelum kenaikan, boleh perhatikan dengan lebih lanjut
Boleh kutip pada harga 2.145, dan simpan untuk masa yang lama
TM juga menghampiri NAV (agak mustahil untuk kaunter ini turun bawah dari NAV)
Maka, harganya sudah cukup menarik
Jikalau turun, kumpul dan simpan
TM: Masih belum ada petunjuk kukuh bertukar arah.Melihat pada carta harga TM, untuk beberapa masa yang lalu harga telah mula bergerak naik dari paras rendah 2.11 sehingga hari ini 2.47
petunjuk Bollinger Band masih lagi menunjuk ke bawah, bermakna, belum ada pertukaran arah yang kukuh, paras 2.49 adalah paras halangan yang harus di tembusi pada petunjuk bollinger, dan sebaik nya petunjukk bolliger harus lah menunjuk arah atas.
MACD telah pun memberi petunjuk silang beli yang awal semalam.
Stochastic yang sedang menaik dan keluar dari kawasan lebihan jual, mencadangkan bahawa kitaran pusingan mungkin telah melalui paras terendah.
kesimpulan nya, TM harus naik malangkui garisan tengah BB dan garisan tengah BB harus lah menunjuk keatas barulah ada kekuatan untuk TM bergerak lebih tinggi,
TM kaunter momentum- TM kami ada kongsikan idea semalam pada harga 2.190.
- TM antara komponen KLCI yang naik banyak hari ini iaitu lebih kurang 10% kenaikan.
- Menurut fibo, TM sudah tercapai TP pada harga 2.385.
- Momentum kaunter quite good.
- TM perlu melepasi 2.400 untuk target ke 2.450.
- Immediate support 2.330.
- Apa pun mesti kene tengok pergerakan KLCI esok.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
TM berada di garisan hijau carta 30 minit- TM berada di garisan hijau carta 30 minit pada harga 2.190, above harga ni boleh layan... Support 2.110 risiko kerugian sebanyak 3.5%
- Momentum untuk short term baru bermula.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
TM 12 September 2018 | masih dalam downtrend, diskoun??Salam semua.
.
1. TM antara company bluechip.. sekarang masih dalam donwtrend.
2. Dari segi Business Tm consider sebagai good business yang ada demand dan tidak byk persaingan.
3. Mengikut Heikin Ashi TM masih dalam bearsih wave tetapi nampak ada tanda2 utk buat bullish wave selepas ini.
4. Sekiranya Candle bertahan atas support pada 2.99 maka selamat untuk entry dan ride minor bullish wave...kerana major trend masih lagi sedang menurun.
5. Tunggu candle hijau maka selamat utk entry..
.
Selamat berdagang saya ucapkan..
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).
Telekom Malaysia KoyakTM momentum yang baik telah koyak, mengalami correction. Adakah ini peluang?
kami akan monitor harga 3.2-3.6 untuk memastikan selamat untuk re-entry stock ni.
Counter bagus untuk long-term tetapi harga mesti tepat. Sila lihat charta untuk wave berikutnya jika rebound harga max 4.7.