idea dagangan VIS
VIS - percubaan memecahkan rintangan gap gagal1. Rintangan gap (kotak kuning) terjadi bila ramai pelabur/pedagang tersangkut di pucuk apabila harga tiba-tiba melakukan jurang ke bawah, pemegang saham yang tersangkut lama kini akan cuba melepaskan pegangan saham masing-masing untuk mengambil kembali modal. atas sebab itu, apabila harga menghampiri harga terakhir sebelum terjadinya jurang ke bawah, pelabur yang terdesak untuk melepaskan saham ini terus akan menjual pegangan masing-masing pada harga breakeven. ini menekan pergerakan harga daripada menyambung kenaikan.
2. untuk yang belum membuat pembelian, pastikan harga sudah memecah rintangan jurang dan ditutup di atas garisan ini.
3. Rujuk Gann Chart Square of 9 untuk mengenali sokongan dan rintangan seterusnya untuk menerapkan pelan dagangan masing-masing
VIS 24/10/19 PANDANGAN MINGGUAN DAN HARIAN1) Kaunter VIS masih menguji aras rintangan menjadi sokongan
2) Kaunter ini juga telah menutup jurang yang berlaku sebelum ini..
3) Jika harga tidak mampu melepasi rintangan terdekat maka aras sokongan terdekat boleh
dijadikan aras menghentikan kerugian..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
visjika break 415, next target 44sen.
macam nak bullish bila dapat breakout dari awan.
support 38sen.
PENAFIAN | DISCLAIMER: Aktiviti pelaburan/dagangan di pasaran saham melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang. Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan di pasaran saham. Peringatan ini hanya sekadar ekspresi perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu saham. Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan keatas dagangan saham adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang.
VIS BO DTL1) Vis BO DTL setelah menunjukkan kekuatan dengan shakeout di mana strong support pecah dan akhirnya akhirnya berjaya masuk balik ke dalam channel
2) Follow SnR pada chart
3) Untuk ST masih lagi kuat kerana retrace baru2 ini RSI rebound di area 50 menunjukkan masih wujudnya lagi bullish momentum
0120 VIS : Momentum Masuk, Sudah Menghampiri Titik Persilangan?Kemasukan momentum momentum sejak pagi tadi setelah berada di fasa accumulation selama lebih kurang 8 hari.
Jika VIS mampu kekal di atas para 0.430, berkemungkinan besar VIS momentum berterusan akan terus masuk beberapa hari akan datang.
Monitor untuk mencari kemasukan terbaik jika momentum besar mula masuk lagi petang ini.
Cadangan CL pada 0.405 ke bawah.
Happy Trading.
JAUHI AMALAN PLAGIAT!
0120 VIS : Beli Daripada Bawah Untuk Keuntungan Maksima?VIS telah berada di paras Deep Price yang mana berkemungkinan akan berlaku trend reversal jika mampu pergi melebihi 0.435 hari ni.
Masukkan di dalam watchlist supaya tidak terlepas peluang keemasan jika mampu melakukan trend reversal.
Setakat ini confirmation jike melebihi 0.435 untuk short term.
Target Price 1 pada 0.490 jika mampu melepas 0.435.
Mungkin akan mengambil masa beberapa hari selepas 0.435 melainkan ada momentum cukup kuat untuk ke harga tersebut.
Sesuai untuk short term, consider untuk TP bukan HOLD setelah capai TP1.
Yosh! Ganbaru zo! Semoga Berjaya!
VIS: Menanti grand spike1) Paras sokongan terdekat bagi kaunter ini adalah pada 0.485 dan rintangan pada 0.565 dengan risk reward ratio lebih kurang 2:3.
2) Kaunter ini menarik perhatian saya kerana percubaan untuk menahan kaunter ini daripada naik pada 0.535 sebanyak 3 kali sebelum ini.
3) Terdapat percubaan untuk memecahkan harga tersebut tetapi ditahan oleh market maker untuk proses pengumpulan lagi.
4) Selain itu, dapat dilihat kaunter bertahan pada 0.505 dan 0.510 selama beberapa hari.
5) Kaunter ini didagangkan diatas MA50 dan baru memecahkan MA20 menandakan trend jangka sederhana dan jangka panjang itu dalam keadaan uptrend.
6) Indikator MACD berada di atas paras 0, tetap masih tidak bersilang antara garisan MACD dan signal. Melihat pada gerakan garisan tersebut pasti tidak lama lagi bakal bersilang.
7) Indikator stoch RSI pula berada pada paras 60, momentum build up berlaku dan bakal meneruskan kenaikan.
8) Bagi moving average MA10 juga bakal bersilang pada MA20 tidak lama lagi dalam masa beberapa hari lagi.
9) Para traders kental, boleh masuk pada harga terkini.
10) Bagi risk averse traders, boleh tunggu harga pecah dan berada atas 0.535 untuk membuat pembelian.