Emas Semerta / Dolar A.S.Emas Semerta / Dolar A.S.Emas Semerta / Dolar A.S.

Emas Semerta / Dolar A.S.

Tiada dagangan
Tiada dagangan

Titik data utama


Volum
Tutup terdahulu
Buka
Julat Harian
 –

Maklumat indeks


Harga emas diikuti ramai di pasaran kewangan seluruh dunia. Emas merupakan dasar kapitalisme ekonomi untuk beratusan tahun sehingga permansuhan Emas dan perkembangan sistem mata wang fiat di mana wang kertas tidak disokong oleh bentuk fizikal kewangan. AU merupakan kod Emas di Periodic table of elements, dan harga di atas merupakan Emas dalam US Dollars, dan merupakan pengukur yang biasa digunakan untuk mengukur nilai Emas di dunia.

Lihat Semua Idea 

Kesimpulan dari cadangan penunjuk.
Pengayun
Neutral
JualBeli
Jual kuatBeli kuat
Jual kuatJualNeutralBeliBeli kuat
Pengayun
Neutral
JualBeli
Jual kuatBeli kuat
Jual kuatJualNeutralBeliBeli kuat
Ringkasan
Neutral
JualBeli
Jual kuatBeli kuat
Jual kuatJualNeutralBeliBeli kuat
Ringkasan
Neutral
JualBeli
Jual kuatBeli kuat
Jual kuatJualNeutralBeliBeli kuat
Ringkasan
Neutral
JualBeli
Jual kuatBeli kuat
Jual kuatJualNeutralBeliBeli kuat
Moving Averages
Neutral
JualBeli
Jual kuatBeli kuat
Jual kuatJualNeutralBeliBeli kuat
Moving Averages
Neutral
JualBeli
Jual kuatBeli kuat
Jual kuatJualNeutralBeliBeli kuat
Memaparkan pergerakan harga simbol sepanjang tahun-tahun sebelumnya untuk mengenalpasti trend berulang.

Soalan lazim


Anda boleh membeli emas dalam beberapa cara, bergantung kepada sasaran dan toleransi risiko anda. Cara paling terus adalah membeli emas fizikal, seperti syiling, bar atau barang kemas dari pengedar berlesen atau bank. Kaedah ini memberikan anda pegangan penuh, tetapi juga bermaksud memerlukan simpanan, insurans dan keselamatan untuk anda sendiri.

Jika anda menyukai cara yang kurang terus dan pilihan lebih cair, anda boleh mempertimbangkan instrumen bersandarkan emas, seperti niaga hadapan emas atau ETF. Mereka memberikan anda pendedahan kepada harga emas tanpa perlu membeli logam sebenar. Anda boleh menerokai ETF emas terus di TradingView — bandingkan dana mengikut harga, nisbah perbelanjaan dan metrik lain untuk mencari yang terbaik.

Jika anda memutuskan untuk melabur dalam emas menerusi instrumen didagangkan bursa, anda memerlukan broker untuk mengakses pasaran. Pilih broker yang menepati keperluan anda dari senarai brokerkami, sambungkan akaun anda dan mula berdagang di TradingView.
Emas telah mencapai tinggi tertingginya pada 29 Jan 2026 dengan harga 5,597.04 USD dan rendah terendahnya adalah 34.99 USD yang dicapai pada 27 Feb 1970. Lihat lebih banyak dinamik harga pada carta harga emas.
Melabur dalam komoditi memerlukan penyelidikan mendalam. Anda hendaklah menyelidik dengan berhati-hati semua data tersedia, termasuk volum, trend bermusim dan penunjuk teknikal.

Analisis teknikal emas semasa menunjukkan penarafan beli, dengan isyarat neutral untuk cerapan 1 minggu. Disebabkan keadaan pasaran yang boleh berubah-ubah, adalah lebih bagus melihat lebih ke hadapan — penarafan 1 bulan untuk emas menunjukkan isyarat beli.

Lihat lebih dalam teknikal emas untuk analisis lebih komprehensif dan mendalam.
Apabila bertanyakan soalan ini, orang ramai selalunya memikirkan mengenai bar 400 auns ikonik yang dilihat di dalam filem atau disimpan di dalam peti besi bank pusat. Dikenali sebagai bar Penghantaran Baik, beratnya adalah lebih kurang 27.4 paun (≈12.4 kg) dan boleh bernilai lebih bergantung kepada harga emas semasa. Sebagai contoh, pada hari ini ia bernilai sebanyak 1,733,228.00 USD.

Akan tetapi, bar emas ada banyak saiz, menjadikan pemilikan adalah lebih mudah untuk ramai jenis pelabur. Bar biasa yang lebih kecil termasul 1 kilogram (~32.15 troy auns), 100 gram atau 10 auns, yang lebih mudah dibeli, disimpan dan didagangkan untuk pelabur runcit.
Selain daripada emas, pedagang selalunya memerhatikan beberapa logam bernilai lain:

- Perak: Dikenali untuk penggunaan industri dan pelaburan, perak adalah lebih tidak stabil daripada emas dan selalunya bergerak bersama-sama dengannya
- Platinum: Digunakan secara meluas dalam sektor automotif; harganya boleh dipengaruhi oleh kekangan bekalan dan permintaan industri
- Palladium: Penting untuk penukar pemangkin dalam kenderaan, palladium adalah sangat sensitif kepada trend pasaran automotif dan regulasi persekitaran
- Tembaga: Walaupun secara teknikal ia adalah logam asas, ia selalunya dipantau bersama-sama logam bernilai kerana sensitiviti ekonominya dan permintaan industri

Pedagang menjejak logam-logam ini untuk kepelbagaian portfolio atau melindungi nilai kepada inflasi.
Pada tahun 2026, syarikat dengan rizab emas terbesar adalah United States. Ia memegang 8,133 tan emas.
Emas boleh menjadi pelaburan yang kukuh, tetapi seperti mana-mana aset, ia memerlukan analisis berhati-hati dan strategi yang jelas. Pelabur selalunya bertukar ke emas sebagai tempat selamat semasa tempoh ketidaktentuan ekonomi, kerana ia dapat mengekalkan kuasa pembeliannya dari masa ke semasa. Disebabkan harga emas masih boleh turun naik, jadi persediaan adalah penting.

Sebelum melabur, ambil masa untuk menganalisa pasaran. Jejaki pergerakan harga pada carta emas untuk mengenal pasti trend dan ikuti berita sejagat dan peristiwa ekonomi, seperti keputusan kadar faedah atau laporan inflasi, yang boleh mempengaruhi harga emas.

Adalah lebih baik untuk menguji strategi anda sebelum melaburkan wang sebenar. Anda boleh membuka akaun dagangan kertas di TradingView untuk berlatih mendagangkan emas dan melihat prestasi keputusan anda dalam keadaan pasaran sebenar — tanpa merisikokan modal.
Ya, beberapa indeks menjejak prestasi emas atau instrumen berkaitan emas, seperti Bloomberg Gold Index atau S&P Goldman Sachs Commodity Index (S&P GSCI), yang mencerminkan perubahan dalam harga emas selain komoditi-komoditi lain.

Anda juga boleh mencari indeks yang mengandungi syarikat perlombongan emas, seperti NYSE Arca Gold Miners Index (GDM), NYSE Arca Gold BUGS Index atau Philadelphia Gold and Silver Index (XAU). Semua ini menjejak prestasi firma perlombongan sejagat utama, memberikan pendedahan tidak langsung kepada emas menerusi syarikat yang menghasilkannya.
Pedagang dan pelabur membeli emas kerana kestabilan dan nilai jangka panjangnya. Ia selalunya dianggap sebagai aset selamat, kerana ia selalunya memegang atau menaikkan nilainya semasa pasaran turun naik, mata wang melemah atau kenaikan inflasi. Semasa ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik, ramai pelabur menambahkan emas ke dalam portfolio mereka untuk mengekalkan kekayaan dan mengurangkan pendedahan risiko.

Yang lain membeli emas untuk tujuan kepelbagaian. Disebabkan emas selalunya bergerak bertentangan dengan saham atau bon, ia membantu mengimbangi portfolio dan menstabilkan pulangan dari masa ke semasa. Pedagang jangka pendek juga boleh mengambil peluang dari naik turun harga yang dipacu oleh perubahan kadar faedah, polisi bank pusat atau permintaan sejagat. Sama ada ia digunakan untuk perlindungan atau keuntungan, emas kekal menjadi satu daripada aset paling popular dalam dagangan dan strategi pelaburan jangka panjang.

Perhatikan idea dagangan emas untuk melihat pemikiran pedagang lain dan mencari inspirasi untuk strategi pelaburan anda sendiri.
Emas adalah logam berharga yang menjadi simpanan nilai, medium pertukaran dan simbol kemewahan untuk ratusan tahun. Tidak seperti mata wang fiat, ia adalah aset ketara dengan bekalan terhad, yang membantu mengekalkan nilainya dari masa ke semasa. Disebabkan ini, pedagang dan pelabur melihat emas sebagai aset selamat semasa ketidakpastian pasaran dan cara untuk mempelbagaikan portfolio. Harganya selalunya bereaksi terhadap inflasi, kadar faedah dan peristiwa geopolitik, menjadikannya bahagian penting dalam pasaran kewangan sejagat.

Mengikut sejarah, emas sudah menjadi salah satu dari aset paling didagangkan dan dikenali seluruh dunia — dari syiling purba dan perbendaharaan diraja kepada instrumen pelaburan moden seperti ETF emas, niaga hadapan emas dan saham perlombongan. Hari ini, walaupun bank pusat masih memegang rizab emas, pedagang memantau harganya dalam masa nyata dan mendagangkannya di bursa, dalam usaha mencari perlindungan dan juga peluang keuntungan.
Pedagang menjejak harga emas untuk memahami sentimen pasaran, melindung daripada inflasi dan mencari peluang semasa ketidakstabilan ekonomi. Emas selalunya bergerak bertentangan dengan mata wang utama dan pasaran saham, menjadikannya penunjuk utama dalam trend kewangan meluas.

Di TradingView, anda boleh memantau carta langsung emas, mengikuti berita terkini dan menjejak peristiwa yang mempengaruhi harga menerusi Kalendar Ekonomi — dari inflasi kepada pengumuman bank pusat.
China, Russia, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat adalah antara pengeluar emas terbesar di dunia.