Setakat ini struktur instrumen emas masih lagi menaik. HL baru telah dibentuk tetapi belum menembusi 2 HL sekaligus. Satu petanda teknikal menarik pada indikator MACD boleh dilihat iaitu ''MACD Convergence'' di mana harga membentuk HL tetapi histogram MACD membentuk 'lower low' (LL). Ini menunjukkan penurunan harga hanya sementara atau pengambilan keuntungan....
Indeks sedang berada pada paras sokongan penting. Pada masa sama, indikator berikut menyokong pertahanan daripada terus menurun: 1) awan Ichimoku 2) paras Fibo Retracement 61.8% 3) histogram MACD yang semakin menaik. Indeks perlu terus kekal berada di atas paras 1680 untuk mengembalikan semula momentum kenaikan.
Harga semasa hampir dengan paras sokongan. Contoh pelan dagangan seperti di carta dengan nisbah RRR 2:1 digunakan. Indikator MACD, kipas gann dan volum seakan menyokong momentum untuk lantunan teknikal. Tetapi lain pula EMA dan awan Ichimoku. Selamat berdagang.
Seperti dilihat pada carta, 3 paras rintangan penting yang perlu diatasi sekiranya ingin terus menaik ke atas. Jika gagal, fasa 'sideway' adalah dijangkakan walaupun struktur HH seterusnya dibentuk. Perhatikan juga indikator MACD yang membentuk corak Bullish Divergence dengan pergerakan harga sebelum ini. Selamat berdagang.
Jumlah dagangan belian yang tinggi tetapi pergerakan harga agak kecil... Agaknya nak pergi ke mana? Corak carta menunjukkan harga sedang bergerak dalam corak 'channel'. Indikator MACD pula macam nak silang ke atas. Harga juga hampir dengan paras sokongan. Jika pecah corak 'channel' kebarangkalian menuju ke paras 1.17 adalah tinggi. Selamat berdagang!
Harga minyak dunia sedang bertahan di paras yang ditunjukkan pada carta. Walaubagaimanapun, pergerakan masih di dalam julat (kotak) pada 2 minggu lepas. Mungkin ini disebabkan paras sokongan & rintangan yang kuat di masa lepas (garisan merah) dan juga paras Fibonacci Retracement. Jangkaan buat masa ini masih menuju ke atas.
Ringgit cuba melepasi paras sokongan bertukar rintangan dan garis EMA50. Jika tembus, ianya akan berhadapan dengan awan Ichimoku pula.
Indeks DJIA merupakan indeks yang menjadi panduan bagi arah tuju KLCI. Mungkin akan turun sedikit dahulu sebelum melantun di:- 1) paras rintangan menjadi sokongan dan 2) garis kipas gann Harga masih berada di atas awan Ichimoku dan sedang mencuba garis EMA50. Bayangan seakan 'Cup & Handle' juga dapat dilihat buat masa ini.
Petanda anomali yang sangat ketara sedang berlaku iaitu harga menaik tetapi jumlah dagangan menurun. Sebaiknya tunggu harga turun pada paras diskaun. Jurang ke atas (gap up) pula semakin mengecil & seakan menyokong perkara ini.
Indeks sedang mencuba paras sokongan kuat. Jika paras ini ditembusi yang bersamaan dengan paras awan Ichimoku, kebarangkalian kejatuhan adalah semakin tinggi.
Ini adalah apa yang dapat dilihat dari pandangan saya. Struktur jelas kelihatan telah berubah dari menurun cuma belum pasti akan menjadi sisi@menaik. 1 HH (higher high) perlu ada untuk menjadi menaik. Jika gagal, harga akan menjadi struktur sisi buat waktu ini. Jangkaan adalah seperti anak panah hitam & biru iaitu jangkaan berdasarkan corak carta Cup & Handle....
Setakat ini, harga emas dalam mod menaik. Jika pecah HL kedua (1275.3), barulah memasuki fasa sisi (sideway) atau menurun (downtrend). Harga di atas awan ichimoku dan berada hampir dengan paras sokongan (kuat) terdekat.
Ringgit masih berlegar sekitar 4.07 dan belum menunjukkan petanda ketara untuk menaik (melemah) atau menurun (mengukuh). Jangkaan asal adalah seperti idea yang terdahulu (4.05 - 4.04).
Jika dilihat pada carta, cubaan menembusi atas EMA50 telah gagal sebanyak 2 kali (tandaan no. 1 dan 2) pada masa lepas. Mungkinkah tembus pada kali ke-3 nanti? Walaubagaimanapun, 3 petanda NG sedang menaik adalah: 1) Berada di atas paras rintangan bertukar sokongan (kotak merah) 2) Di atas garisan tengah Bollinger band 3) Corak carta Cup & Handle kelihatan
Berdasarkan carta harian, CL semakin menghampiri EMA200. Ini bakal menjadi petunjuk sama ada ia akan meneruskan kenaikan sepanjang tahun ini atau tidak. Beberapa petunjuk yang menyokong kenaikan: 1) Melepasi awan ichimoku 2) Menembusi paras rintangan dan kipas gann Jika dilihat carta kontrak semasa CL pada sela masa 1 jam (sebelah kanan) pula, CL sedang...
Indeks telah mencapai paras rintangan kritikal iaitu: 1) Kluster Fibo Retracement 50% & Fibo Projection 61.8% 2) Kotak merah yang merupakan paras sokongan berubah menjadi rintangan 3) Aras LH (lower high) tren menurun Kebarangkalian untuk indeks berlegar & sukar menembusi sekitar paras ini adalah tinggi. Bagaimanapun, jika paras ini ditembusi, perjalanan KLCI...
Sekali imbas kaunter ini dah boleh nampak struktur menaik (H, HL dan kemudian HH). Boleh tunggu harga membentuk HL kedua untuk masuk pada harga diskaun. Walaubagaimanapun, kebarangkalian untuk naik mencanak seperti anak panah hitam tetap ada, lebih-lebih lagi jika dah melepasi awan ichimoku. Corak seakan 'pennant' dah terbentuk dan dah BO pun. Indikator MACD pula...
Berdasarkan carta kedua-duanya, pergerakan Waran lebih cepat di mana ia BO corak bendera (flag) lebih awal daripada emaknya BO corak segiempat tepat (rectangle). Struktur menaik juga adalah hampir sama. Hari ini baru T3 dengan volume dagangan yang rendah. Boleh perhatikan sekiranya esok harga meneruskan perjalanan ke atas diikuti volume dagangan yang tinggi....