Lama dah perhatikan pada paras 0.7 dan kemudiannya berlaku breakout. Jika dia tidak mahu jatuh dulu kemungkinan boleh buat pattern parabolic. Jikalau berminat, risiko yang kurang lebih baik kita tunggu dia jatuh dulu berdekatan EMA20. Lebih selamat
Paras2 penting ditandakan. Lihat jikalau ada volume masuk untuk tolak harga naik. Sepertinya ada sesuatu dengan kaunter ini. MACD jgn cross garisan signal ke bawah sudah. Selamat Berdagang!
Atas 1.54 tu tengok2 la nak swing saya rasa dia bakal cemerlang. Kaunter tenang2. MACD nak cross, RSI pun nak rancak
Ini company kalau baca. Projek tapaw semua di Sarawak. Volume membeli masih di dalam. EMA makin mekar. Kasi Swing la! Paras2 penting ditandakan sebagai rujukan
Segitiga makin mengecil. Kaunter property tapi ada berkait dengan vaccine. Selagi atas paras sokongan pegang la bang
Baru ni tengok saja dia naik. EMA semua tersusun cantik. Kalaulah swing counter ni haritu haha. Tunggu dekat separuh lilin esok 0.745. Support pegang 0.710 dulu. Saya ada perasaan yang bagus dengan kaunter ni. Bakal ada aksi lagi
Jangan bocor paras 0.335 tu memang boleh pegang. Kadang lagi rancak dari IRIS. IRIS gerak dia pun ikut gerak. Membentuk tweezer pada hari ini menandakan tekanan jualan bakal berakhir. Boleh cari pintu masuk dah
Boleh pegang sokongan pada EMA100 dahulu. Ingat, harga saham itu bergerak dalam bentuk zig-zag. Jikalau tiada melintang boleh swing ke ketinggian sebelum ini!
Kaunter masih tren naik. Cuba untuk membuat paras rendah yang lebih tinggi dan paras tinggi yang lebih tinggi dari sebelumnya. Kasi swing la! Hidup tenaga matahari! Paras sokongan penting ditandakan
Apa yang saya nampak IRIS ni dah ke arah oversold dah. Saya percaya dia takkan bocor EMA100 tu. Pada saya dh boleh mula kumpul semula. Secara keseluruhan masih uptrend lagi
Boleh hold sampai pecah 0.6. RSI baru nak mula rancak. Best buat swing kaunter ni
Lama duduk dalam ni. Atas RM1 tak lama lagi. Namun bila RSI sudah mula atas 90 siap sedia untuk ambil keuntungan. Masuk semula setelah selesai tekanan jualan
Saya percaya pengunduran yang berlaku adalah pengunduran yang sihat. Paras2 rintangan penting ditandakan. Boleh jangka kenaikan besi sehingga Chinese New Year
Satu lilin reversal telah keluar namun paras2 rintangan penting telah ditandakan. Percaya atas paras 0.65 maka dia akan bergerak lebih rancak
Saya percaya akan berlaku pembetulan dahulu sebelum meneruskan kenaikan. Ada ruang yang perlu ditutup. Namun jika tema besi berlarutan terus, boleh naik lagi ni sebab dah pecah 52wh. Sesuai untuk swing sebab EMA semua tersusun cantik. RSI dan MACD menunjukkan ada ruang untuk naik lagi
Dalam masa singkat, nampak tren menurun tu. MACD and RSI pun tak sihat. Namun ada minat belian 3 hari terus. Boleh tengok2 jika boleh pecah paras 0.2
EMA200 baru bocor tu lebih baik beri harga berlegar semula atas EMA200/100 supaya lebih menarik. Paras sokongan penting dinyatakan. Pada saya, kaunter ini telah mula menunjukkan tanda2 tren penurunan yang bahaya
Nak jatuh lagi ni tunggu bawah sikit area 0.335 tu ke. EMA 20 dah cross EMA50 dan tengah cuba duduk atas EMA100 jauh dah perjalanan. EMA20 naik je menembusi garisan EMA200 pegang la untuk swing. Atas 0.40 cun cun kaunter 5g ni