Naik laju turun laju la bang. Tadi lilin tutup tak solid. Paling banyak boleh naik pun takat 0.355 tu. Sabar anak muda. Risiko lagi banyak dari ganjaran tu. biar dia jatuh dulu kalau nak ride. Sempat lagi la FIFO/Rempit la tapi hati hati
Minat belian agak tidak masuk akal baru2 ini. Esok mahu gap up ni, jikalau gap up dan tak berdaya break 0.40 jual dulu pun takpe risau jatuh laju. Pecah 0.40 boleh la target 0.455 tu. Paras2 penting ditandakan dan volume masih tinggi di dalam
Paras2 penting ditandakan seperti biasa. Untuk esok saya target kalau dia tak boleh pecahkan 0.195 tu, jual dulu. Jikalau pecah tu boleh swing ke rintangan lama yang ditandakan selagi RSI dan MACD di kawasan positif. Mur Mur patut kena hentam
Ulasan pendek. Nampak jurang di bahagian sebelah kiri ni jatuh waktu pandemik COVID19? Harga baru pun dah break EMA200. Maka swinglah kamu ke RM2 selagi lilin berada atas EMA50. Jurang bakal ditutup. Khalas!
Sekilas tengok, kaunter ni dah boleh masuk ni risiko pun kecil nak compare dengan reward. Nak bermula berlegar atas EMA50. Bagus untuk swing pegang dan jika bercaya melepasi paras 0.495-0.500. Maka peganglah lagi, dari situ anda akan nampak tamak mula membuahkan hasil
Percaya tak kalau saya kata jika dia tak break 0.630 tu maka counter ini bakal berlegar secara sisi dari 0.595-0.630 berdasarkan paras yang ditandakan. Percayalah teman. Jatuh bawah 0.595 dah tak menarik. Syok ni untuk scalpers!
Nama dah menarik seolah menjanjikan kehijauan untung di situ. Pada 8hb Disember saya telah masuk kaunter ini namun telah keluar awal apabila banyak penjual muncul. Tingginya volume menandakan sudah timbul minat belian. RSI dan MACD menyokong uptrend kaunter ini. Berjaya pecah rintangan 0.22 maka akan sentuh ke paras yang lebih tinggi. Nantikan aksi dalam masa terdekat
Seperti biasa paras2 kritikal telah ditandakan pada carta. Setakat hari ini telah membuat kenaikan yang drastik setelah fasa consolidation baru2 ni. Jikalau berjaya atasi rintangan 1.26, saya percaya kaunter ini sesuai untuk diswing berminggu minggu. Namun, RSI baru sahaja di zon positive menjadikan pergerakan masih belum ada kekuatan dan garisan MACD belum...
Kaunter yang menawarkan harga kayangan dahulu kala. Setelah membuat kenaikan ke paras atas 0.70. Saya percaya kejatuhan yang dibuat adalah pembetulan yang sihat. Membina tren kenaikan. Paras sokongan dan rintangan telah ditandakan. RSI dan MACD menyebelahi kepada corak kenaikan yang membawa momentum yang kuat. Pres jangan tak pres
Sudah lama sideways bang oi nak dekat sebulan setengah. Ni dah tutup atas rm1.00 paras psikologi. Pecah rintangan 1.08 maka kita nampak dia akan bermain dengan sihat semula atas 1.2. RSI dan MACD menyokong kajian ini. Covid pun kes makin banyak doakan moga dipermudah~~~
Garisan yang dinyatakan pada carta amatlah penting. Perhatikan. Fasa pengumpulan bakal berakhir. Pecah rintangan 0.32 maka akan bermula kenaikan baru dengan kelihatan RSI dan MACD sebagai indikator yang menyokong kajian ini
Kenaikan 7 Disember 2020 betul betul memeranjatkan peruncit. Mana taknya kalau untung boleh menjangkau melebihi 50% dalam masa satu hari. Paras sokongan ditandakan. Manakala untuk rintangan pula perlu melepasi 0.165 dan seterusnya 0.2 maka bermulalah trend kenaikan semula. Jarang abam tak main penny hehe sabar anak muda!
Merujuk kepada RSI, kekuatan sudah ada sedikit. Pada MACD pula masih belum bersilang. Dua-dua indikator ni menandakan saham ini masih pada fasa pengumpulan. Paras-paras yang ditandakan merupakan paras penting yang boleh memberi gambaran hala tuju ke arah mana. Selagi tak memecahkan rintangan 0.15, berkemungkinan besar akan gerak secara sisi dahulu. Sabar. Ini penny game!
Setelah membuat kenaikan secara mendadak sejak kebelakangan ini, saya percaya masih ada ruang untuk Artroniq ni naik. Lihat pada RSI dan MACD menandakan saham ini masih ada momentum dan dapat meneruskan kenaikan secara sihat dalam masa terdekat.
Kaunter ini telah mendapat perhatian orang ramai apabila menawarkan pulangan pelaburan melebihi 100% pada bulan September lalu. Masih ada volume di dalam. Kelihatan minat belian yang tinggi pada hari ini dan semalam. Boleh ikuti paras yang ditandakan pada carta di mana sokongan pada paras 0.15 dan 0.135. Saya percaya jikalau berjaya pecahkan rintangan 0.175 maka...
Ramai tidak perasan akan kenaikan yang dibuat oleh kaunter untuk sektor besi. Contohnya Lionind ini telahpun membuat pemulihan sehingga harga capai pada paras sama seperti harga sebelum berlakunya pandemik COVID19 iaitu pada bulan Jun. Kekuatan momentum yang ditunjukkan pada RSI dan MACD menunjukkan masih ada ruang lagi untuk pergi ke 0.43 namun saya percaya akan...
Untuk kaunter ni , jelas terbentuk candle 'bearish engulfing' di mana candle merah terkini lebih besar dari candle hijau sebelum. Kejatuhan harga juga diiringi dengan volume memburukkan keadaan. Lebih menarik untuk tunggu kaunter ini supaya tidak pecah paras sokongan 0.30 dan bermain semula di atas 0.335. Atas paras 0.350 menandakan paras pemulihan yang kuat. Sabar teman!
Kenaikan harga pada hari ini membuktikan kebangkitan semula pada EMA20 dan rintangan terdekat pada 0.66 amatlah dekat. Jika berjaya pecahkan rintangan tersebut boleh kita lihat kenaikan paling tinggi akan dibuat sejak kejatuhan yang teruk pada bulan Mac gara-gara krisis pandemik Covid-19. Natijahnya, boleh berlegar semula pada paras antara 0.70-0.80 kemudian....