Kita simpan dalam watchlist dan buka balik hari Jumaat ni. Sekadar untuk pembelajaran.. nama pun trading idea :) Harus di ingat, secara keseluruhan, masih lagi downtrend.. JIka volume esok lebih kpd penjualan besar-besaran.. mungkin boleh lupakan saja.. dah pernah frust dgn kaunter ni.. :p
Berdasarkan chart pattern, telah breakout pattern namun gagal closed di luar segitiga berkenaan. Paras 52WH agak dekat sebenarnya, namun jika entri pada harga sekarang.. risk & reward mungkin 1:1 .. so kurang menarik. Namun, paras volume yang tinggi seperti menjanjikan kenaikan lebih tinggi pada esok hari.
Saya menunggu jika ada peluang untuk entri kaunter ini pada T3 (hari ini) atau T4 (esok). Berkemungkinan ia akan melantun balik dari paras RBS iaitu sekitar 0.27 -0.275
Mengalami tekanan jualan jumaat lepas... namun terdapat buying pressure selepas itu. Menunjukkan kaunter ini masih berpotensi untuk naik.. dan mungkin memecahkan 52WH yang baru dicipta minggu lepas.
Kenaikan besar 2 hari lepas, namun mengalami tekanan jualan semalam (20-Okt). Selagi belum bocor mini uptrend ini, masih selamat. Stochastic juga baru rebound dari oversold.
Hari ini (19-Oct) mungkin T3 bagi kaunter ini. Sedikit minat belian kelihatan.
REACH adalah antara kaunter yang rebound sejak semalam (11-Okt). RSI menunjukkan masih ada momentum. Ia baru sejak mencipta 52WH awal bulan ini, adakah ia mampu breakout dari paras itu? Saya tidak tahu jika ABCDE pattern ini betul.. apa pun.. kita lihat Isnin ini (15-Okt)
3 hari sebelum 12-Okt, kelihatan ia bertahan pada satu paras yang kuat.. seakan-akan RBS (Resistance become support). Kelihatan mid-band BB juga bertindak sebagai paras support. Dengan kenaikan pada hari ini, ia meneruskan kenaikan dan mengekalkan posisi nya di dalam channel uptrend.
Sektor construction mengalami rebound .. mungkin disebabkan berita di mana pelabur dari China berminat untuk melabur di Malaysia. Mungkin juga berkaitan dengan isu MMC-Gamuda. Namun, di sini kelihatan WCT mengorak langkah bila ia rebound dari paras oversold stochastic... tetapi agak merisaukan kerana volume nya tidaklah banyak. Dari segi teknikal: Stochastic...
Volume berkurangan sejak T0... dan esok adalah T4. Adakah masih ada buyer yang akan menolak harga naik lagi walaupun stochastic telah pun menunjukkan signal ovebought. Mari kita tgk saja lah
Dengan volume sebegini, mari kita mencari peluang dengan monitor kaunter ini dan lihat pergerakannya jika ia retrace minggu depan dan ada peluang kenaikan pada hari T3 / T4. Namun, jika ia terus naik.. mungkin rezeki di lain hari.
Harga kini berada pada paras yang sama buat kali ke-4 sejak 2-3 minggu lepas. Jika dilihat pada transaksi yang berlaku pada hari, jelas kelihatan pengumpulan berlaku pada harga 0.595. Namun sukar untuk mengetahui sama ada ianya daripada retailer atau jerung. Sesiapa yang berani, sudah boleh merangka trading plan dengan paras support pada 0.590 & 0.570.
Bagi sesiapa yang gemar Buy-On-Support... ini adalah sangat dinanti-nantikan. Jika harga melantun pada paras support trendline, maka pattern segitiga mungkin akan terhasil.. dengan harapan untuk breakout.
Volume begitu besar minggu lepas. Masih dalam keadaan trend menaik.... walaupun penjualan yang amat banyak sebelum market tutup. Mungkin ada peluang untuk menunggu pada paras trendline atau band merah trendband ini sekiranya ada pullback... asalkan trend tidak patah
Harga telah berjaya mencecah SBR (Support become Resistant) dan tidak mampu close lebih dari nya. Namun, kelihatan breakout downtrend ini agak meyakinkan dengan volume melebihi average meninggalkan EMA200 & mid-band BB sebagai support tambahan. Saya menjangkakan akan ada lagi follow-up push Isnin ini jika market masih bullish. RSI masih bersemangat. Stoch juga...
Jumaat lepas, kelihatan fake breakout.. kena monitor lebih rapat keesokan hari, jika ada volume masuk. Harus diperhatikan sama ada buying atau selling pressure yang kuat. Stoch & MACD seakan memberi gambaran positif.
Dengan volume sebegitu banyak 3 hari lepas, teknik box-trading mungkin boleh digunakan untuk entri. Namun pada paras manakah harus kita tunggu? Jika berdasarkan channel uptrend, ia seakan-akan telah mencapai paras rintangan trendline, dan sekarang mungkin adalah masa untuk pullback. Adakah ianya akan rebound pada support trendline? Candle 2 hari sebelum ini...
Kaunter ini masih lagi downtrend.. mana lantainya..tiada siapa yang tahu. Tetapi berdasarkan trade yang berlaku minggu ini, kelihatan ia cuba membentuk falling wedge pattern yang mana.. jika menjadi akan terjadi reversal. Stoch sudah berada di lantai. Namun kaunter ini kerap kali memainkan perasaan retailer.. boleh masuk watchlist kali ini