Widget Carta Masa Nyata Lanjutan

Widget Carta Lanjutan adalah penyelesaian carta percuma dan canggih yang mudah disematkan ke dalam mana-mana laman web. Hanya laraskan tetapan dan klik Guna untuk melihat pratonton, kemudian salin kod benam dan tampal ke kod tapak anda. Anda boleh memperibadikan carta dengan mengubahsuai simbol lalai, senarai pantau, menambahkan alat-alat untuk analisis teknikal dan banyak lagi. Anda juga boleh menambah berita, senarai panas, atau kalendar ekonomi widget menjadikannya sebagai platform analitik keseluruhan.

Sematkan kod

Saiz dan Lalai

  ×  
Menetap Semula Menggunakan

Contoh Langsung

Beberapa contoh cara carta kami digunakan di laman web kewangan:

Demo

Analisis Teknikal
Kawasan Asas Carta
Sosial
Senarai Amatan
Platform analitik

Jika anda ingin memuaskan hati pencarta yang mahir, berikan mereka kesemua lukisan yang ada - terdapat lebih 100 daripadanya! Anda juga boleh menambah penunjuk yang akan kelihatan pada widget secara lalai. Sememangnya, anda juga boleh membiarkan pencarta anda menggunakan 80+ penunjuk yang disertakan. Kemungkinannya tak terbatas - anda boleh menambah perkara seperti skala harga kedua di sebelah kiri, dan mengubahnya menjadi skala Peratus dan Log. Anda juga boleh membanding beberapa simbol secara bertindih, atau di atas sub-carta berlainan satu di atas yang lain.

Sematkan kod

Jika anda cuma mahu memberikan carta kewangan asas kepada pengguna umum, widget sepatutnya tidak dibebankan dengan fungsi pilihan tambahan. Anda mungkin juga mahu menjadikannya carta keluasan yang merupakan jenis carta yang paling asas dan kelihatan bagus tanpa mengambil terlalu banyak ruang. Sekiranya ia masih mengambil terlampau banyak ruang , anda boleh merujuk kepada kesimpulan pasaran dan kesimpulan symbol widget.

Sematkan kod

Membenarkan pengguna anda berkongsi di Twitter, StockTwits dan laman web sosial lain daripada laman anda - mereka akan gembira dan puas hati! Anda juga boleh tambahkan aliran sosial StockTwits pada panel tepi di mana ia akan menunjukkan info berkaitan dengan simbol di carta.

Sematkan kod

Anda boleh menambah satu senarai pantau dimana ia disambung ke carta. Apabila anda klik pada symbol di dalam senarai pantau, ia akan berubah pada carta. Anda boleh menambah satu senarai yang telah ditetapkan atau menukarnya secara dinamik bergantung kepada apa yang anda mahu menunjuk kepada pengguna anda.

Sematkan kod

Anda boleh menambah lebih banyak panel, seperti senarai hangat saham rugi dan saham untung, butiran untuk setiap simbol, berita, dan kalendar ekonomi- menukar carta yang mudah kepada platform analisis yang lengkap.

Sematkan kod

Soalan Lazim

Mengapakah tiada data saham masa nyata dalam widget?
Bursa mahu setiap laman web membayar fi untuk data masa nyata. Mengikut keperluannya, kita hanya dibenarkan untuk menstrim data tertunda. Di sini ialah senarai perkara yang tersedia. Data Forex dan kripto ialah data masa nyata.
Mengapakan tiada data dari bursa tertentu?
Kami membeli data dari banyak bursa di seluruh dunia dan terus menambah yang baharu secara berkala. Sesetengah bursa masih belum disokong. Pasaran yang ada disenaraikan di sini.
Apakah maksud "Simbol ini hanya boleh didapati di TradingView"?
Ini bermakna kita tidak dibenarkan menunjukkan simbol itu dalam mana-mana jangka masa dalam widget.
Jika saya membeli pelan yang telah dinaik taraf bolehkah saya paparkan data masa nyata di laman web saya?
Tidak. Pelan berbayar yang dinaik taraf tidak menjejaskan data dalam widget. Apa-apa pelan yang dinaik taraf hanya memberi kesan pada profil TradingView anda. Untuk mendapatkan data masa nyata di laman web anda, hubungi bursa secara langsung.
Saya memerlukan akses kepada API anda untuk mendapatkan nilai data atau penunjuk.
Kami tidak mempunyai API yang memberikan akses kepada data. REST API kami dibeikan kepada broker yang mahu disokong pada platform dagangan kami.
Saya ingin mengalih keluar/mengubah penjenamaan TradingView (logo, nama) dari widget, atau tambah sendiri.
Tulis kepada kami di widgets@tradingview.com.
Widget tidak menyesuaikan diri dengan saiz skrin yang berbeza. Apakah yang perlu saya lakukan?
Gunakan tetapan Autosaiz. Apabila autosize diaktifkan, widget akan menggunakan 100% keluasan dan ketinggian elemen yang dilampirkan. Ia sangat penting untuk menetapkan ketinggian elemen induk widget.supaya ia berfungsi dengan betul.
Saya ingin mengubah beberapa warna atau saiz fon.
Semua tetapan widget yang tersedia dibentangkan dalam pembina titik-dan-klik. Jika perkara yang anda mahu ubah tiada di situ, sila maklum kepada kami di widgets@tradingview.com.
Bolehkah saya menggunakan widget di laman web Angular 5?
Ya. Di sini terdapat beberapa penunjuk:
  1. Salin dan tampal skrip widget di mana-mana pada halaman ini:<script type="text/javascript" src="https://s3.tradingview.com/tv.js"></script>
  2. Cipta elemen bekas dengan set atribut ID.
  3. Panggil new TradingView.widget() fungsi tersebut apabila anda mahukan widget dipaparkan. Selain tetapan itu, sepatutnya terdapat juga opsyen container_id dalam senarai parameter. Ia sepatutnya mempunyai nilai atribut ID yang dicipta sebelum ini.
Mengapa kod tersemat tidak berfungsi?
Masalahnya berpotensi akan timbul daripada cuba memasukkan kod mentah secara dinamik, sehingga memaksa pelayar menyekat pelaksanaan skrip tersemat. Ini mungkin berlaku apabila suntikan melalui innerHTML berlaku, sebagai contohnya. Cuba menyuntik kod secara dinamik dengan tujuan yang beberapa perpustakaan tertentu (misalnya, JQuery) boleh mengganggu pengawalan widget yang tepat. Jika anda menyematkan kod pada tapak lokasi yang dipacu oleh infrastruktur pihak ke-3, pastikan mengikuti arahannya atau minta pembangun platform memberi bantuan.
Bagaimanakah boleh saya mendapatkan bantuan lebih lanjut?
Tulis kepada kami di widgets@tradingview.com.
MS Bahasa Melayu
EN English
EN English (UK)
EN English (IN)
DE Deutsch
FR Français
ES Español
IT Italiano
PL Polski
SV Svenska
TR Türkçe
RU Русский
PT Português
ID Bahasa Indonesia
TH ภาษาไทย
VI Tiếng Việt
JA 日本語
KO 한국어
ZH 简体中文
ZH 繁體中文
AR العربية
HE עברית
Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Peraturan Dalaman Moderator Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Perpustakaan Carta Stok Permintaan Ciri Blog & Berita Soalan Lazim Bantuan & Wiki Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Tiket Sokongan Saya Hubungi Sokongan Idea-idea yang diterbitkan Pengikut Mengikut Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar