Widget Data Asas

Mulakan asas-asas dengan mengetahui lebih mendalam tentang prestasi syarikat melangkaui harga sahamnya.

Tetapan

Benamkan kod

Soalan Lazim

Mengapakan tiada data dari bursa tertentu?
Kami membeli data dari banyak bursa di seluruh dunia dan terus menambah yang baharu secara berkala. Sesetengah bursa masih belum disokong. Pasaran yang ada disenaraikan di sini. Tidak jumpa data yang anda ingin paparkan? Sila nyatakan menggunakan borang ini.
Saya memerlukan akses kepada API anda untuk mendapatkan nilai data atau penunjuk.
Kami tidak mempunyai API yang memberikan akses kepada data. REST API kami diberikan kepada broker yang mahu disokong pada platform dagangan kami.
Saya hendak eksport/memuat turun data.
Sekarang anda tidak boleh memuat turun atau mengeksport data dari TradingView.
Saya ingin mengubah beberapa warna atau saiz fon.
Semua tetapan widget yang tersedia dibentangkan dalam bentuk pembina titik-dan-klik. Jika perkara yang anda mahu ubah tiada di situ, sila maklumkan kepada kami menggunakan borang ini.
Saya mahu membuang/mengubah atribusi TradingView (teks dan pautan di bawah widget).
Ada beberapa pilihan, anda boleh menghubungi kami menggunakan borang ini.
Saya ingin mengalih keluar/mengubah penjenamaan TradingView (logo, nama) dari widget, atau tambah jenama saya sendiri.
Ada beberapa pilihan, anda boleh menghubungi kami menggunakan borang ini.
Apabila pengguna mengklik simbol dalam widget, saya ingin membuka halaman carta tapak lokasi saya sendiri dan bukan TradingView.
Gunakan medan yang dipanggil URL carta bersaiz penuh. Tampal pautan kepada halaman carta anda dalam medan tersebut dan ia akan mengarahkan ke sana dan bukannya TradingView.
Hal penggunaan yang baik - tempatkan Widget Data Asas di laman utama anda dan biarkan pengguna mengklik melalui halaman carta individu anda. Contoh - https://yoursite.com/?tvwidgetsymbol={symbolname}. Atau gunakan templat {tvexchange}:{tvsymbol} dan bukan menyediakan pautan seperti - https://yoursite.com/{tvexchange}:{tvsymbol}.
Mengapa kod terbenam tidak berfungsi?
Masalah berpotensi akan timbul daripada cubaan untuk memasukkan kod mentah secara dinamik, yang memaksa pelayar menyekat pelaksanaan skrip terbenam. Ini mungkin terjadi apabila suntikan melalui innerHTML berlaku sebagai contoh. Cubaan untuk menyuntik kod secara dinamik dengan penggunaan beberapa perpustakaan tertentu (misalnya, JQuery) juga boleh mengganggu pempemulaan widget yang sepatutnya. Jika anda membenamkan kod pada satu tapak lokasi yang dipacu oleh infrastruktur pihak ke-3, sila pastikan anda mengikuti arahan mereka atau meminta pembangun platform memberikan bantuan.
Widget tidak menyesuaikan diri dengan saiz skrin yang berbeza. Apakah yang perlu saya lakukan?
Gunakan tetapan Autosaiz. Apabila autosaiz diaktifkan, widget akan menggunakan 100% keluasan dan ketinggian elemen yang dilampirkan. Ia sangat penting untuk menetapkan ketinggian elemen induk widget supaya ia berfungsi dengan betul.
Apakah perbezaan diantara pelarasan Adaptive dan Regular?
Apabila Widget Data Asas ditetapkan pada mod Adaptive, ia bertukar secara automatik antara mod Regular dan Compact berdasarkan kelebaran kontena.
Bagaimanakah boleh saya mendapatkan bantuan lebih lanjut?
Hubungi kami menggunakan borang ini.