Terma Penggunaaan, Dasar dan Penafian

Tindakan pengesahan anda menggunakan laman web kami di www.tradingview.com (dan semua laman-laman yang berkaitan dengannya) atau perkhidmatan ("TradingView") menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan terma penggunaan berikut("Terma Penggunaan"). Sekiranya anda tidak bersetuju, jangan gunakan TradingView. TradingView merupakan milik TradingView Inc. ("TradingView" atau "Kami" atau "Kita")

1. Perubahan kepada terma penggunaan

Kami boleh mengubah Terma Penggunaan ini pada bila-bila masa. Sekiranya anda bercadang untuk terus menggunakan TradingView selepas kami menyiarkan perubahan pada Syarat Penggunaan ini, ini menandakan penerimaan anda terhadap terma baru ini. Anda akan sentiasa mempunyai akses kepada Syarat Penggunaan kami dan akan dapat menyemaknya pada bila-bila masa. Dengan memuat semula halaman ini, anda akan mempunyai versi yang terkini untuk pengguna TradingView.

2. Perubahan kepada TradingView

Kami boleh menghentikan atau mengubah sebarang perkhidmatan atau ciri-ciri pada TradingView pada bila-bila masa tanpa notis. Kami tidak menjamin keserasian kebelakang perkhidmatan kami dan Application Programming Interface (API) dalam kes ini.

3. Pemilikan maklumat; Lesen untuk menggunakan tradingview; pengagihan semula data; penggunaan tiada paparan

Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua hakmilik, tajuk dan minat untuk TradingView, dan semua maklumat yang tersedia didalam TradingView atau perkhidmatan kami, dalam semua bahasa, format dan media di seluruh dunia, termasuk;ah semua hak cipta dan tanda perdagangan di dalamnya, adalah hak eksklusif TradingView, sekutu kami atau Penyedia Data kami seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 6 (penafian mengenai kandungan) di bawah.

Semua hakcipta, tajuk dan kepentingan di dalam dan kepada mana-mana data atau/dan maklumat lain yang disediakan oleh Data Interaktif (IDCO) dan semua data/maklumat yang disediakan oleh Data Interaktif (IDCO) melalui TradingView atau perkhidmatan-perkhidmatan kami, dalam semua bahasa, format dan media di seluruh dunia, termasuk kesemua hak cipta dan tanda perdagangan di dalamnya, adalah dikategorikan sebagai hak milik Data Interaktif (IDCO), iaitu sekutu kami atau Penyedia Data kami (seperti yang berkenaan).

Kandungan dan data pasaran yang disediakan pada platform TradingView, termasuk tetapi tidak terhad kepada carta, pemberitahuan, webhook dan lain-lain jenis maklumat, adalah dilesenkan untuk kegunaan ekslusif paparan sahaja. Lesen ini dihadkan khusus kepada tujuan peribadi atau perniagaan dalaman dan secara jelas melarang sebarang bentuk bukan paparan. Larangan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sebarang jenis dagangan automasi, penjanaan pesanan automasi, rujukan harga, pengesahan pesananan, pembuatan keputusan algoritma, dagangan algoritma, penghalaan pesanan pintar, menggunakan data dalam kawalan operasi atau program pengurusan risiko, atau mana-mana proses dipacu mesin yang tidak termasuk data paparan terus yang boleh dibaca manusia. Kes larangan tersebut termasuk mencipta produk atau perkhidmatan berdasarkan kandungan TradingView sebarang pemprosesan kandungan TradingView, atau sebarang kes penggunaan yang menjejaskan sekatan yang diletakkan oleh Penyedia Data.

Walau apa pun yang dinyatakan di atas, adalah dilarang bukan hanya penggunaan tanpa paparan oleh pengguna kami tetapi juga pembangunan, penawaran atau penggunaan mana-mana produk, alatan dan perkhidmatan pihak ketiga yang direka untuk memudahkan atau membolehkan penggunaan tanpa paparan kandungan dan data pasaran TradingView. Untuk mengelakkan keraguan, adalah dengan ini dilarang untuk mana-mana pihak ketiga untuk mencipta, menawarkan atau mengendalikan apa-apa produk atau perkhidmatan yang:

  1. Menggunakan, menggunakan semula atau bergantung kepada data pasaran TradingView, termasuk tetapi tidak terhad kepada carta, pemberitahuan, webhooks atau apa-apa jenis maklumat yang disediakan oleh TradingView, untuk apa-apa bentuk dagangan berautomasi, membuat keputusan algoritma atau apa-apa tujuan bukan paparan lain.
  2. Memudahkan, membolehkan atau mendorong pengguna TradingView atau mana-mana pihak untuk terbabit dalam aktiviti yang boleh menyebabkan pelanggaran polisi ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada penjanaan pesanan automatik, rujukan harga, pengesahan pesanan, penghalaan pesanan pintar atau penggunaan data TradingView dalam kawalan operasi, program pengurusan risiko atau mana-mana proses yang dipacu mesin tidak termasuk paparan terus yang boleh dibaca manusia.
  3. Tuntutan keserasian dengan, atau mengiklankan kegunaan ciri-ciri TradingView (seperti webhooks) untuk tujuan yang jelas dilarang oleh terma TradingView, dengan ini telah menyumbang secara tidak langsung kepada pelanggaran sekatan penggunaan TradingView.

Polisi ini terpakai secara sama rata untuk semua entiti, tidak mengira sama ada mereka adalah pengguna langsung perkhidmatan TradingView atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga. Penyediaan ciri oleh TradingView, seperti webhook, adalah bertujuan semata-mata untuk kegunaan yang dibenarkan dalam skop paparan dan tujuan perniagaan peribadi atau dalaman, seperti yang ditakrifkan pada asalnya. Sebarang tafsiran, adaptasi atau penyalahgunaan kepada ciri-ciri ini yang bercanggah dengan semangat atau surat untuk polisi ini adalah dilarang sama sekali. Sebarang cubaan oleh penyedia pihak ketiga untuk menuntuu bukan kegunaan perkhidmatan TradingView sebagai pembelaan untuk memudahkan penggunaan yang dilarang untuk data TradingView adalah di sini diisytiharkan sebagai terbatal dan tidak sah. Kewajipan dan sekatan yang terkandung dalam polisi ini termaktub dengan sama rata kepada pengguna terus dan entiti pihak ketiga TradingView yang membekalkan perkhidmatan atau produk yang berinteraksi dengan, atau menggunakan data TradingView, tanpa mengira penglibatan secara langsung mereka dengan platform TradingView.

Kecuali yang dibenarkan secara nyata, perjanjian kami dengan Penyedia Data melarang keras sublesen, menyerahkan, memindahkan, menjual, meminjam atau sebarang pengedaran kandungan TradingView, termasuk data pasaran, untuk sebarang bentuk pampasan. Sebagai tambahan, anda tidak boleh, tanpa kebenaran bertulis yang dinyatakan terlebih dahulu daripada TradingView dan Penyedia Data berkaitan, membuat salinan untuk mana-mana perisian atau dokumentasi yang boleh memberikan, secara elektronik atau sebaliknya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada penterjemahan, penyusunan, pembukaan atau penciptaan karya terbitan.

Kecuali jika dibenarkan secara jelas dengan perjanjian tambahan, kami tidak membenarkan penggunaan komersial dari mana-mana perkhidmatan atau API kami. Kami tidak memberi jaminan dan tidak menanggung sebarang tuntutan atau liabiliti untuk perkhidmatan atau perisian pihak ketiga. Sila lihat bahagian 21 (perisian pihak ketiga) di bawah untuk maklumat lanjut.

TradingView memegang hak untuk mengambil apa-apa dan semua tindakan yang sewajarnya, termasuk melalui cara undang-undang, untuk memastikan pematuhan kepada terma-terma ini, melindungi harta inteleknya dan mengekalkan integriti untuk perkhidmatannya. Ini termasuk melakukan audit atau penyiasatan kepada pelanggaran yang disyaki, termasuk juga memulakan prosiding undang-undang terhadap mana-mana pihak — sama ada pengguna atau penyedia pihak ketiga — yang didapati melanggar terma tersebut. Akibat daripada pelanggaran ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menyekat pengguna atau pelawat, penamatan akaun mereka dan potensi dikenakan penalti undang-undang. TradingView boleh menghentikan akses kepada perkhidmatannya, mendapatkan bantuan injuksi dan menuntut ganti rugi untuk melindungi hak kontrak dan kepentingan penyedia data dan komuniti pengguna. Tindakan ini menunjukkan komitmen TradingView untuk menguatkuasakan polisinya dan memelihara persekitaran platform yang dipercayai.

4. Atribusi

TradingView membenarkan semua pengguna Tradingview.com dan semua versi lain dari laman web ini menggunakan gambar carta TradingView dalam analisis, siaran akhbar, buku, artikel, pos blog dan penerbitan lain, termasuk juga menggunakan TradingView dalam sesi pendidikan, pemaparan carta TradingView semasa siaran video, termasuk gambaran keseluruhan, berita, analisis dan sebaliknya menggunakan atau mempromosikan carta TradingView atau sebarang produk dari laman web TradingView dengan syarat bahawa atribusi TradingView mestilah dapat dilihat dengan jelas pada setiap masa carta dan produk sedemikian digunakan.

Atribusi mesti merujuk kepada TradingView, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang diterangkan di sini.

Penggunaan carta TradingView semasa promosi video atau promosi lain di mana atribusi TradingView tidak kelihatan haruslah disertakan dengan keterangan produk yang digunakan di dalamnya. Sebagai contoh: "Penanda platform yang digunakan untuk analisis ini disediakan oleh TradingView", atau hanya ayat "Carta oleh TradingView", saiz fon tidak boleh lebih rendah daripada 10 PT = 13PX = 3.4MM.

Anda boleh menggunakan butang "Syot kilat" di bar alat yang berada di bahagian atas carta untuk mencipta fail gambar carta semasa anda dengan serta-merta. TradingView secara automatik akan mengambil gambar dengan semua atribusi yang diperlukan dan akan menyediakan pautan di mana anda boleh melihat carta anda, memuat turun atau mengongsikannya. Penggunaan mana-mana produk TradingView di luar laman web TradingView tanpa mendapat pengesahan yang sah dari TradingView adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk semua alatan (seperti widget) yang didapati daripada laman web TradingView dan digunakan pada sumber-sumber luaran di mana atribusi hendaklah kekal seperti yang direkacipta dan dimaksudkan seperti asal. Pengguna yang tidak mematuhi peraturan atribusi ini mungkin akan diharamkan secara kekal dan tindakan undang-undang lain boleh diambil untuk memastikan pematuhan ini berjalan. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, amaran tangguh-dan-berhenti, perintah mahkamah, injunksi, denda, bayaran ganti rugi dan sebagainya.

5. Laman web dan pengiklan pihak ketiga

TradingView boleh memasukkan pautan ke laman web pihak ketiga. Sebahagian daripada laman web ini mungkin mengandungi bahan yang tidak menyenangkan, menyalahi undang-undang, atau tidak tepat. Anda bersetuju bahawa TradingView tidak akan dipertanggungjawabkan untuk apa-apa aktiviti dagangan atau aktiviti lain yang berlaku di mana-mana laman web yang anda akses melalui pautan di TradingView. Kami menyediakan pautan ini sebagai kemudahan dan tidak menyokong kandungan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh laman web lain ini. Apa-apa urusan yang anda miliki dengan pengiklan yang ditemui di TradingView adalah antara anda dan pengiklan tersebut dan anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau tuntutan yang anda mungkin ada terhadap pengiklan.

Mencari pelanggan tanpa kebenaran di TradingView dilarang keras dan boleh dikenakan penalti, termasuk tetapi tidak terhad kepada, larangan sementara atau kekal terhadap akaun yang didapati melanggar dan apa-apa tindakan undang-undang yang sewajarnya dan sedia ada untuk ganti rugi kewangan dan lain-lain.

6. Penafian jaminan

Laman web Tradingview dan perkhidmatan dan semua maklumat, kandungan, bahan dan produk termasuk pada atau sebaliknya dijadikan tersedia untuk anda menerusi laman web dan perkhidmatan ini adalah disediakan oleh Tradingview pada "keadaan sekarang" dan "yang tersedia". Tradingview tidak membuat sebarang representasi atau jaminan, tersurat atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana maklumat yang tersedia menerusi perkhidmatan kami atau di Tradingview adalah benar, boleh dipercayai, terkini, lengkap atau sesuai untuk keperluan anda. Tradingview tidak menjamin atau mewakili yang penggunaan perkhidmatan ini oleh anda tidak akan terganggu atau bebas ralat, dan anda bersetuju bahawa dari masa ke semasa Tradingview boleh mengeluarkan perkhidmatan untuk tempoh masa yang tidak ditetapkan, atau membatalkan perkhidmatan mengikut syarat terma penggunaan ini. Tradingview tidak mewakili atau menjamin bahawa perkhidmatan akan bebas dari kerugian, rasuah, serangan, virus, gangguan, penggodaman atau pencerobohan keselamatan lain, dan Tradingview menafikan apa-apa liabiliti yang berkaitan dengannya. Mana-mana bahan yang dimuat turun atau sebaliknya diperolehi menerusi penggunaan perkhidmatan adalah diakses pada budi bicara dan risiko anda sendiri, dan anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk apa-apa kerosakan atau kerugian yang terjadi dari muat turun atau penggunaan bahan berkenaan.

Pelbagai maklumat yang tersedia menerusi perkhidmatan kami atau di TradingView mungkin diperolehi dari perniagaan atau organisasi profesional, seperti bursa, penyedia berita, penyedia data pasaran dan penyedia kandungan lain (termasuk bursa kewangan yang ditubuhkan seperti New York Stock Exchange, NASDAQ dan Chicago Mercantile Exchange), yang dipercayai menjadi sumber-sumber maklumat boleh dipercayai (secara kolektifnya, "Penyedia Data"). Namun begitu, disebabkan pelbagai faktor — termasuk kemungkinan wujud kesilapan manusia dan mekanikal — ketepatan, kesempurnaan, ketepatan masa, keputusan yang diperolehi dari penggunaan, dan urutan maklumat yang betul yang tersedia menerusi perkhidmatan dan laman web kami adalah tidak dan tidak boleh dijamin oleh TradingView. Begitu juga, kami tidak menjamin atau memikul tanggungjawab untuk skrip, penunjuk, idea dan kandungan pihak ketiga lain. Penggunaan skrip, penunjuk, idea dan kandungan pihak lain oleh anda adalah atas risiko anda sendiri.

7. Penafian berkenaan keputusan dan dagangan pelaburan

Keputusan untuk membeli, menjual, memegang atau berdagang dalam sekuriti, komoditi dan pelaburan lain adalah melibatkan risiko dan sebaiknya dibuat berdasarkan nasihat profesional kewangan yang berkelayakan. Mana-mana dagangan dalam sekuriti atau pelaburan lain melibatkan risiko kerugian yang besar. Amalan "Hari Berdagang" melibatkan risiko yang tinggi dan boleh menyebabkan anda kehilangan jumlah wang yang banyak. Sebelum menjalankan sebarang program perdagangan, anda perlu berunding dengan pihak kewangan professional yang berkelayakan. Sila pertimbangkan dengan teliti sama ada perdagangan sedemikian sesuai untuk anda dengan melihat kepada keadaan kewangan anda dan keupayaan anda untuk menanggung risiko kewangan. Dalam apa jua keadaan, pihak kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang anda atau individu lain tanggung hasil daripada sebarang aktiviti perdagangan atau pelaburan yang anda atau sesiapa yang terlibat didalam apa-apa maklumat atau bahan yang anda terima melalui TradingView atau perkhidmatan-perkhidmatan kami.

8. Penafian mengenai keputusan prestasi hipotetikal

Hasil prestasi hipotesis mempunyai banyak batasan sedia ada, sebahagian daripadanya disebut di bawah. Tiada perwakilan dibuat bahawa mana-mana akaun akan atau mungkin mencapai keuntungan atau kerugian yang serupa dengan yang ditunjukkan. Sebenarnya terdapat banyak perbezaan yang ketara antara hasil prestasi hipotesis dan hasil sebenar yang kemudian dicapai oleh mana-mana program dagangan tertentu.

Satu daripada batasan hasil prestasi hipotesis ialah bahawa ia kebiasaannya disediakan berdasarkan manfaat pengalaman yang lepas. Di samping itu, dagangan hipotesis tidak melibatkan risiko kewangan dan tiada rekod dagangan hipotesis dapat menjelaskan sepenuhnya mengenai kesan risiko kewangan dalam dagangan sebenar. Sebagai contoh keupayaan untuk menanggung kerugian atau mematuhi program dagangan tertentu walaupun kerugian dalam dagangan merupakan perkara utama, yang juga boleh menjejaskan hasil dagangan. Terdapat banyak faktor lain berkaitan pasaran secara amnya atau pelaksanaan apa-apa program dagangan khusus yang tidak dapat dijelaskan sepenuhnya dalam penyediaan hasil prestasi hipotesis dan semuanya yang boleh menjejaskan hasil dagangan sebenar.

9. Pengguna berdaftar

Perkhidmatan tertentu, seperti menyimpan carta, menerbitnya atau keupayaan memberi komen pada carta yang diterbitkan, hanya tersedia untuk pengguna berdaftar di laman web TradingView dan meminta anda mendaftar masuk dengan nama pengguna dan kata laluan untuk menggunakannya. Jika anda mendaftar sebagai pengguna (“Pelanggan”) mana-mana ciri TradingView, semasa proses pendaftaran, anda mungkin diminta mengklik “Daftar Sekarang,” “Hantar” atau butang yang serupa; dengan mengklik pada butang tersebut akan mengesahkan persetujuan anda untuk terikat secara sah dengan Terma dan Syarat ini.

Sebagai pertimbangan dalam penggunaan laman web TradingView, anda menyatakan bahawa anda termasuk dalam umur yang layak untuk mengikat kontrak dan bukan individu yang dilarang daripada menerima Perkhidmatan TradingView di bawah undang-undang Amerika Syarikat atau bidang kuasa berkenaan. Anda juga bersetuju untuk: (a) memberikan maklumat peribadi yang benar, tepat, terkini dan lengkap sebagaimana yang dikehendaki dalam borang pendaftaran TradingView ("Data Pendaftaran") dan (b) memelihara dan mengemas kini dengan segera Data Pendaftaran untuk memastikan ia benar, tepat, terkini dan lengkap. Jika anda memberikan maklumat yang tidak benar, tidak tepat, bukan terkini dan tidak lengkap, atau TradingVIew mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki maklumat tersebut adalah tidak benar, tidak tepat, bukan terkini atau tidak lengkap, TradingView berhak menggantung atau menamatkan akaun anda dan menghalang apa-apa atau semua penggunaan Perkhidmatan TradingView pada masa kini atau akan datang (atau mana-mana bahagian daripadanya)

Anda mewakili dan menjamin bahawa anda mempunyai semua hak harta intelektual termasuklah semua paten, tanda perdagangan, rahsia perdagangan, hak cipta atau hak proprietari yang diperlukan, di dalam dan kepada skrip anda. Sekiranya anda menggunakan bahan pihak ketiga, anda mewakili dan menjamin bahawa anda berhak untuk mengedarkan bahan pihak ketiga dalam skrip. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyerahkan bahan yang dilindungi hak cipta, dilindungi oleh rahsia perdagangan atau sebaliknya tertakluk kepada hak milik pihak ketiga, termasuk hak paten, privasi dan publisiti, melainkan jika anda adalah pemilik hak tersebut atau mempunyai kebenaran daripada pemiliknya yang sah untuk menyerahkan bahan.

Kami mungkin membuang kandungan anda tanpa notis sekiranya kami berpuas hati bahawa anda telah melanggar Syarat Penggunaan kami.

10. Status pelanggan yang Tidak Profesional

Sebagai seorang penjual data pasaran masa nyata dari pertukaran (cth Nasdaq) untuk pengguna akhir, kami dikehendaki mengenalpasti status 'Bukan Profesional' untuk mana-mana Pelanggan. Dengan memesan satu langganan untuk data pasaran di TradingView, anda mengesahkan perkara ini:

  1. Anda menggunakan data pasaran hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk perniagaan anda atau mana-mana entiti lain.
  2. Anda tidak berdaftar atau layak dengan Suruhanjaya Bursa Sekuriti (SEC) atau Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC).
  3. Anda tidak berdaftar atau layak dengan mana-mana agensi sekuriti, mana-mana bursa sekuriti, persatuan atau badan pengawalseliaan di mana-mana negara.
  4. Anda tidak menjalankan apa-apa fungsi yang serupa dengan mereka yang memerlukan individu untuk mendaftar atau melayakkan diri dengan SEC, CFTC, mana-mana agensi sekuriti, mana-mana bursa sekuriti, atau persatuan atau badan pengawalseliaan, atau mana-mana pasaran kontrak komoditi atau niaga hadapan, atau persatuan atau badan pengawalseliaan.
  5. Anda tidak terlibat sebagai penasihat pelaburan(seperti dalam terma yang ditakrifkan dalam Seksyen 202 (a) (11) Investment Advisor Act of 1940) atau pengurus aset dan anda tidak terlibat untuk memberikan nasihat pelaburan kepada mana-mana individu atau entiti.
  6. Anda tidak melanggan perkhidmatan itu dalam kapasiti anda sebagai prinsipal, pegawai, rakan niaga, pekerja, atau ejen mana-mana perniagaan atau bagi pihak mana-mana individu lain.
  7. Anda menggunakan modal anda sendiri, tidak disediakan oleh mana-mana individu atau entiti semasa mengendalikan dagangan anda.
  8. Anda tidak mengendalikan dagangan untuk manfaat syarikat, perkongsian, atau entiti lain.
  9. Anda tidak pernah mengikat perjanjian berkongsi keuntungan atau menerima pampasan untuk aktiviti dagangan anda.
  10. Anda tidak menerima ruang pejabat dan kelengkapan atau manfaat lain sebagai pertukaran untuk dagangan atau kerja sebagai perunding kewangan kepada mana-mana individu, syarikat atau entiti perniagaan.

Sama ada kami, atau rakan kongsi kami, menentukan — berdasarkan sumber termasuk, tetapi tidak terhad kepada, laman web syarikat, alamat e-mel dan domain, LinkedIn, peraturan atau pendaftaran syarikat, atau kaedah pembayaran anda — yang anda telah memenuhi kriteria untuk satu status 'Profesional' semasa atau pada bila-bila masa selepas melanggan TradingView atau data pasaran dari bursa, anda bertanggungjawab kepada perbezaan antara kadar langganan 'Bukan Profesional' dan 'Profesional' untuk kedua-dua langganan TradingView dan data pasaran yang relevan. Ini terpakai secara retroaktif dari tarikh anda memulakan langganan. Selain daripada itu, kami memegang hak untuk menghantar invois kepada anda secara automatik untuk perbezaan ini dan mengenakan cas kepada amaun yang berkaitan kepada kaedah pembayaran dalam fail anda.

Derivasi proprietari kami menggunakan data pasaran mentah dan melaksanakan proses derivasi 2-faktor untuk menghasilkan harga yang akan ditunjukkan, kemudian akan digunakan oleh mesin harga. Data pasaran yang bersumber diperoleh dan dibekalkan dari pelbagai sumber dan kemudiannya dapat disatukan.

Proses derivasi melibatkan perubahan harga mentah dengan faktor yang ditentukan oleh jumlah perdagangan di pasaran yang mendasari, pemboleh ubah rawak dan jumlah pengimbangan maksimum. Harga data yang diperoleh hanya ditunjukkan kepada pelanggan bukan profesional kami, harga data yang diperoleh kemudian menjadi nilai hak milik organisasi.

Data mentah tidak dapat diakses oleh mana-mana pelanggan, dan data tersebut tidak dapat direka terbalik dengan cara apa pun. Semua pasaran melalui mesin derivasi yang sama.

12. Akses dan keselamatan

Anda menerima tanggungjawab untuk kerahsiaan dan penggunaan mana-mana nama pengguna dan alamat e-mel yang digunakan untuk mendaftarkan akses anda dan penggunaan perkhidmatan kami. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan kata laluan dan akaun anda dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua aktiviti yang terjadi dari kata kunci atau akaun anda. TradingView tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan akibat dari kegagalan anda untuk mematuhi kewajipan keselamatan ini. Anda bersetuju kepada (a) memberitahu TradingView secepat mungkin sebarang penggunaan yang tidak dibenarkan untuk kata laluan atau akaun anda atau apa-apa pelanggaran keselamatan, dan (b) memastikan anda keluar dari akaun anda pada setiap pengakhiran sesi. TradingView TradingView tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan akibat dari kegagalan anda untuk mematuhi perkara ini

13. Pembayaran dan pembatalan perkhidmatan

  1. Dengan memesan mana-mana langganan pada www.tradingview.com (termasuk tempoh percubaan percuma), anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan menerima Terma Penggunaan kami dan anda memberikan kebenaran kepada TradingView untuk mengecaj kad bank anda, akaun PayPal atau kaedah pembayaran lain yang disokong mengikut tempoh masa pengebilan yang dipilih secara manual oleh anda.
  2. Perkhidmatan adalah dibilkan dalam bulan atau tahunan sebelumnya. Pengguna boleh memilih pelan berbayar untuk 30 hari secara percuma Jika sesi percubaan tidak dibatalkan sebelum tarikh luput, ia akan ditukarkan secara automatik kepada satu pelan berbayar bulanan atau tahunan bergantung kepada pilihan pengguna.
  3. Semua pengebilan berlaku secara berulang, yang bermaksud anda akan terus dibilkan sehingga anda membatalkan langganan anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk membatalkan langganan TradingView anda dengan betul. Permintaan e-mel atau tiket sokongan yang meminta langganan anda dibatalkan tidak dianggap sebagai pembatalan. Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa dengan mengunjungi bahagian pengebilan pada halaman Tetapan Profil anda.
  4. Jika anda membatalkan perkhidmatan sebelum tempoh masa berbayar semasa anda tamat, langganan anda akan kekal aktif sehingga tarikh tamat akan datang. Selepas tarikh tamat tempoh, sekiranya tiada pembayaran diterima, langganan akan dihentikan. Jika pembaharuan semula automatik gagal untuk satu pelan tahunan, anda akan ditukarkan secara automatik kepada satu pelan bulanan.
  5. Refunds are available for annual payments only if requested within 14 calendar days after the payment was made. To request a refund, you need to contact our support team. There are no refunds for upgrades to a more expensive plan, monthly plans or market data, even if the subscription is cancelled on the same day as the payment has gone through. There are no refunds for any purchases paid using crypto. Please note that users who filed a chargeback/dispute request or a claim are not eligible for a refund.
  6. Moderator kami ialah wakil rasmi TradingView, dengan kuasa memberi amaran atau melarang pengguna (termasuk mereka yang mempunyai langganan berbayar) apabila mereka tidak mematuhi Peraturan Dalaman. Kami tidak menawarkan bayaran balik sekiranya anda dilarang daripada menerbitkan kandungan dan berinteraksi dengan individu lain kerana langganan berbayar anda dan semua data dan/atau cirinya masih boleh didapati semasa larangan tersebut berkuat kuasa.
  7. Essential, Plus and Premium subscriptions automatically include market data that is available without additional per-user fees only. You can see which markets are available for free and which need to be purchased separately on the Market data page. Upon cancellation, the trial and associated services will stop immediately, except for any separately purchased data packages.
  8. TradingView, Inc. didaftarkan untuk kegunaan cukai di Australia, Kanada, Colombia, Negeri EU, Jepun, India, Indonesia, Iceland, Liechtenstein, Malaysia, Mexico, New Zealand, Norway, Arab Saudi, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Switzerland, Taiwan, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Vietnam, beberapa negeri AS dan bandar-bandar.
  9. TradingView, Inc. boleh menggunakan anak syarikat tempatan atau entiti lain untuk mengumpulkan pembayaran di beberapa negara. Akan tetapi, semua pembayaran akan diproses dan diuruskan oleh TradingView, Inc. dan perkhidmatan akan dibekalkan oleh TradingView, Inc. tanpa mengira entiti yang mengumpulkan pembayaran.

14. Langganan Apple App Store

  1. Pembayaran akan dicaj ke Akaun Apple ID pengguna pada pengesahan pembelian yang mematuhi dasar kerahsiaan Apple. Kami mengesyorkan agar anda membiasakan diri dengan syarat pembayaran dan langganan dalam apl Apple. Jika pembelian dibuat daripada apl iOS kami, bayaran balik hanya boleh dilakukan dengan mematuhi dasar App Store.
  2. TradingView menawarkan satu jangka masa percubaan. Ia adalah hanya dibolehkan menggunakan jangka masa percubaan sekali sahaja, Pembayaran langganan bermula selepas akhir jangka masa percubaan percuma anda.
  3. Semua jenis langganan diperbaharui secara automatik. Anda boleh membatalkan pilihan pembaharuan dalam App Store dalam masa sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tamat tempoh percubaan percuma anda atau tarikh pembayaran semasa. Pembatalan berkuat kuasa pada penghujung tempoh pengebilan semasa. Pada masa yang sama, anda mengekalkan akses kepada langganan dari saat pembatalan sehingga tamat tempoh pengebilan semasa.
  4. Akaun akan dikenakan caj pembaharuan 24 jam sebelum tamat tempoh langganan semasa.
  5. Kadar yang ditawarkan di kedai mudah alih dan platform berasaskan web mungkin berbeza. Kedai mudah alih menawarkan langganan berasaskan kepada dua kitar pengebilan: tahunan dan bulanan.

15. Langganan aplikasi Android

  1. Transaksi kewangan untuk langganan yang dibuat dalam aplkasi Android kami yang diproses oleh satu perkhidmatan pihak ketiga (Google Play) adalah selaras dengan syarat penggunaan, dasar privasi dan sebarang syarat pembayaran yang berkenaan, khususnya balasan kepada pembayaran balik Google Play. TradingView tidak bertanggungjawab ke atas tindakan atau peninggalan mana-mana pemproses pembayaran pihak ketiga. Kami mengesyorkan agar anda membiasakan diri dengan syarat pembayaran dan langganan di dalam aplikasi Google Play. Jika satu pembelian dibuat daripada aplikasi Android kami, bayaran balik hanya boleh dilakukan dengan mematuhi dasar Google Play.
  2. TradingView menawarkan satu jangka masa percubaan. Ia adalah hanya dibolehkan menggunakan jangka masa percubaan sekali sahaja, Pembayaran langganan bermula selepas akhir jangka masa percubaan percuma anda.
  3. Semua jenis langganan adalah diperbaharui secara automatik. Anda boleh membatalkan pilihan diperbaharui di Google Play dalam masa 24 jam sebelum tamat jangka masa percubaan percuma anda atau tarikh pembayaran terkini. Pembatalan akan bermula pada penamat jangka masa pengebilan terkini. Pada masa yang sama, anda boleh memegang akses kepada langganan daripada masa pembatalan sehingga penamat jangka masa pengebilan terkini.
  4. Pembayaran dibuat mengikut kaedah pembayaran yang dipautkan ke akaun pengguna di Google Play. Langganan dibuat mengikut pilihan Akaun Google Play, yang tidak semestinya mematuhi Akaun Google yang digunakan untuk log masuk ke aplikasi.
  5. Kadar yang ditawarkan di kedai mudah alih dan platform berasaskan web mungkin berbeza. Kedai mudah alih menawarkan langganan berasaskan kepada dua kitar pengebilan: tahunan dan bulanan.

16. Maklum Balas kepada TradingView

Dengan menghantar ide, kandungan, cadangan, dokumen dan/atau cadangan ("Sumbangan") kepada TradingView melalui titik hubungan kami atau maklum balas halaman web, anda telah mengakui dan bersetuju bahawa: (a) Sumbangan anda tidak mengandungi maklumat sulit atau maklumat proprietari; (b) TradingView tidak mempunyai apa-apa kewajipan mengenai kerahsiaan, samada secara nyata atau tersirat, yang berkaitan dengan Sumbangan anda; (c) TradingView berhak untuk menggunakan atau mendedahkan (atau memilih untuk tidak menggunakan atau mendedahkan) Sumbangan tersebut untuk apa-apa tujuan, dalam apa-apa cara, di dalam mana-mana media di seluruh dunia; (d) TradingView mungkin mempunyai sesuatu yang serupa dengan Sumbangan yang sedang dipertimbangkan atau masih dalam pembangunan; (e) Sumbangan anda secara automatik menjadi hak milik TradingView tanpa sebarang kewajipan TradingView kepada anda; dan (f) anda tidak berhak mendapat apa-apa pampasan atau apa-apa pembayaran balik dari TradingView dalam apa jua keadaan.

17. Ganti Rugi

Anda bersetuju untuk menanggung kerugian dan memastikan TradingView dan anak-anak syarikat, affiliate, pegawai, agen, pekerja, rakan kongsi dan pemberi lesen bebas daripada apa-apa tuntutan atau permintaan, termasuk yuran guaman yang munasabah, yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga kerana atau disebabkan kandungan yang anda serah, terbit, hantar, ubah atau lain-lain yang menjadikannya tersedia menerusi perkhidmatan TradingView; penggunaan perkhidmatan TradingView anda; sambungan anda kepada perkhidmatan TradingView; pelanggaran anda pada Terma Penggunaan; pelanggaran anda pada mana-mana hak orang lain; atau apa-apa tindakan yang diambil oleh TradingView; bertindak secara munasabah, sebagai satu daripada cara penyiasatan atas pelanggaran yang disyakki pada Terma Penggunaan atau sebagai keputusan atas penyiasatan bahawa ada pelanggaran berlaku pada Terma Penggunaan. Kewajipan ini akan kekal selepas penamatan atau pengakhiran tempoh penggunaan perkhidmatan oleh anda.

Jika anda mempunyai pertikaian dengan seorang atau lebih pengguna TradingView, anda bersetuju untuk melepaskan TradingView dari apa-apa dan semua tuntutan, permintaan dan ganti rugi (sebenar dan berbangkit) daripada setiap jenis dan sifat, diketahui atau tidak diketahui, yang muncul daripada atau dalam mana-mana cara yang berkaitan dengan pertikaian sedemikian.

18. Penamatan

Atas permintaan anda, akaun anda dibenarkan untuk dipadam daripada TradingView. Anda boleh memadam akaun anda pada bila-bila masa dengan melayari laman Tetapan Profil anda. Jika anda memohon supaya akaun anda dipadamkan, kami akan memadam data peribadi yang berkait dengan akaun anda, walaubagaimanapun sebahagian data peribadi akan dikekalkan sekiranya ia telah diintegrasikan ke dalam data yang integral kepada sistem dan laman ini, termasuk data komunikasi yang anda telah kirimkan melalui laman kami. Data ini perlu dikekalkan untuk integriti data dalam laman ini dan tujuan perniagaan kami yang sah, termasuk mengaudit, keselamatan dan lain-lain kepentingan yang sah (sila rujuk Polisi Kerahsiaan kami untuk maklumat lanjut). Sumbangan anda yang telah diterbitkan akan dikekal di laman ini mengikut pertimbangan kami. Apabila sebuah Sumbangan diterbitkan, ia akan menjadi sebahagian daripada pengetahuan perdagangan komunal dan wajar dikekalkan seperti itu. Polisi ini bertujuan untuk mengelakkan pengguna daripada mengekalkan hanya idea awam yang terbaik, seterusnya menggalakkan semua pengguna bersikap jujur serta memelihara kepercayaan awam kepada reputasi dan integriti laman ini.

Anda bersetuju bahawa TradingView boleh, tanpa memberi notis terlebih dahulu, menamatkan, mengehadkan akses atau menggantung akaun TradingView anda, mana-mana alamat e-mel yang berkaitan dan akses kepada Perkhidmatan TradingView secara serta-merta. Punca atau sebab bagi penamatan, pengehadan akses atau penggantungan hendaklah termasuk, tetapi tidak terhad kepada, (a) pencerobohan atau pelanggaran Terma Penggunaan atau perjanjian atau garis panduan lain yang digabungkan, (b) permintaan oleh penguat kuasa undang-undang atau agensi kerajaan lain, ( c) penamatan atau pengubahsuaian bahan terhadap Perkhidmatan TradingView (atau mana-mana bahagiannya), (d) isu atau masalah teknikal atau keselamatan yang tidak dijangka, (e) tempoh tidak aktif yang lama, (f) dan/atau penglibatan anda dalam aktiviti penipuan atau menyalahi undang-undang. Selanjutnya, anda bersetuju bahawa semua penamatan, pengehadan akses dan penggantungan untuk sesuatu sebab atau punca hendaklah dibuat mengikut budi bicara TradingView sepenuhnya dan TradingView tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk mana-mana penamatan akaun anda, mana-mana alamat e-mel yang berkaitan, atau akses kepada Perkhidmatan TradingView.

19. E-mel

Dengan membuka akaun dengan TradingView, anda bersetuju bahawa TradingView boleh menggunakan e-mel anda untuk menghantar bahan pemasaran, notis berkaitan dengan perkhidmatan, pesanan maklumat penting, tawaran istimewa dll. Anda boleh berhenti melanggan daripada ini dengan mengklik pautan yang disediakan di dalam e-mel.

20. Peraturan dalaman

Dengan membuka dan menggunakan akaun di TradingView anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju mematuhi Peraturan Dalaman kami.

21. Perisian Pihak Ketiga

Perisian, laman web dan / atau perkhidmatan kami mungkin akan termasuk komponen perisian yang dibekalkan oleh pihak ketiga yang digunakan dengan izin pemberi lesen dan / atau pemegang hak cipta masing-masing atas syarat yang disediakan oleh pihak tersebut ("Perisian Pihak Ketiga"). TradingView dengan jelas menafikan sebarang jaminan atau jaminan lain kepada anda mengenai Perisian Pihak Ketiga. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan Perisian Pihak Ketiga anda akan ditadbir oleh terma dan syarat dasar penggunaan dan kerahsiaan penyedia Perisian Pihak Ketiga dan bukan oleh Syarat Penggunaan ini atau Dasar Kerahsiaan kami.

22. Skrip

Anda mewakili dan menjamin bahawa anda mempunyai semua hak harta intelektual termasuklah semua paten, tanda perdagangan, rahsia perdagangan, hak cipta atau hak proprietari yang diperlukan, di dalam dan kepada skrip anda. Sekiranya anda menggunakan bahan pihak ketiga, anda mewakili dan menjamin bahawa anda berhak untuk mengedarkan bahan pihak ketiga dalam skrip. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyerahkan bahan yang dilindungi hak cipta, dilindungi oleh rahsia perdagangan atau sebaliknya tertakluk kepada hak milik pihak ketiga, termasuk hak paten, kerahsiaan dan publisiti, melainkan jika anda adalah pemilik hak tersebut atau mempunyai kebenaran daripada pemiliknya yang sah untuk menyerahkan bahan.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk kesemua skrip yang anda hasilkan. TradingView tidak bertanggungjawab untuk penggunaan atau penyalahgunaan skrip anda oleh mana-mana pengguna. TradingView tidak bertanggungjawab terhadap penggunaan atau penyalahgunaan skrip mana-mana pengguna oleh anda.

Dengan menggunakan ciri skrip terbitan, anda memberi kami lesen yang bebas royalti, tidak boleh ditarik balik, kekal, tanpa royalti untuk:

  • Terbitkan skrip ini bersama nama pengguna pengarangnya;
  • dedahkan sumber kod skrip untuk skrip terbuka;
  • melaksanakan, memaparkan, menggunakan dan menyediakan skrip terbuka atau dilindungi anda untuk mana-mana pengguna atau skrip jemputan sahaja bagi mana-mana pengguna yang menerima undangan.

Kami berhak memadam skrip anda tanpa notis sekiranya kami mempunyai alasan munasabah bahawa anda melanggar terma-terma penggunaan.

Anda boleh menerbitkan skrip di bawah sebarang lesen. Sekiranya anda tidak memasukkan lesen di bahagian komen skrip, anda bersetuju bahawa skrip anda dilesenkan di bawah Lesen Awam Mozilla 2.0.

23. Penerbitan - Bukan Status Cadangan atau Nasihat

Maklumat dan penerbitan adalah tidah bermaksud untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView.

Apa-apa pernyataan pandangan (yang boleh berubah tanpa notis) adalah pendapat peribadi penulis, dan penulis tidak membuat pernyataan atau jaminan kepada ketepatan atau kesempurnaan untuk apa-apa maklumat atau analisis yang diberikan.

Penulis-penulis dan TradingView adalah tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian terhasil disebabkan apa-apa pelaburan yang dibuat berdasarkan pada mana-mana pengesyoran, ramalan atau maklumat lain yang dikemukakan di sini.

Kandungan penerbitan-penerbitan ini tidak seharusnya ditafsirkan sebagai satu janji, jaminan, atau petunjuk yang nyata atau tersirat oleh TradingView yang pelanggan-pelanggan boleh mendapatkan keuntungan atau mengalami kerugian yang berkaitan dengan mereka boleh atau boleh dihadkan jika mereka menggunakan maklumat yang diberikan.

24. Peraturan Program Rujukan Syiling TradingView

  1. Siapa yang layak menjadi perujuk?

    Semua pemegang akaun TradingView layak menjadi perujuk.

  2. Siapa yang layak dirujuk?

    Rakan anda atau pengikut media sosial anda mungkin layak untuk menjadi perujuk. Untuk menerima ganjaran syiling dengan merujuk seseorang yang membeli pelan berbayar di TradingView, orang yang anda rujuk mestilah pengguna TradingView yang baru dan tidak boleh mempunyai lebih dari satu akaun.

  3. Bagaimana saya boleh menggunakan pautan rujukan?

    TradingView mahukan anda untuk berkongsi pautan rujukan dan mendapat syiling TradingView, tetapi anda bersetuju supaya tidak akan:

    • Cuba dapatkan perujuk dengan spam, e-mel pukal atau menghantar e-mel yang tidak diminta. Satu-satunya orang yang anda perlu menghantar e-mel adalah orang yang anda kenal secara peribadi;
    • Mengguna, memapar atau memanipulasi harta intelek TradingView (seperti logo TradingView, tanda perdagangan dan karya yang dilindungi hak cipta) dengan cara apa sekalipun kecuali untuk memperkenalkan diri anda sebagai pengguna TradingView atau perujuk TradingView;
    • Membuat atau mendaftar sebarang (i) perniagaan, (ii) URL, (iii) nama domain, (iv) nama atau tajuk aplikasi perisian, atau (v) pengendali media sosial atau profil yang mengandungi perkataan 'TradingView' atau sebarang tanda perdagangan milik TradingView atau sebarang perkataan yang mengelirukan sama dengan tanda perdagangan TradingView.
    • Kata kunci belian (termasuk, tetapi tidak terbatas kepada Google AdWords) yang mengandungi sebarang tanda perdagangan TradingView;
    • Menggunakan sistem automasi atau bot melalui sebarang saluran untuk menyebarkan, pos, atau berkongsi pautan rujukan anda;
    • Mangguna skrip atau program atau pemanggil automatik untuk menghantar jemputan atau berkongsi pautan rujukan anda;
    • Membuat kenyataan yang mengelirukan mengenai TradingView, menggunakan kandungan yang mempunyai unsur menyerang/mengecam, membina laman web/halaman web/profil media sosial/aplikasi palsu, memberikan gambaran yang salah mengenai hubungan anda dengan TradingView, atau melakukan sebarang penipuan atau kenyataan yang mengelirukan untuk mendapatkan peserta yang dirujuk supaya menggunakan pautan anda; atau
    • Mengguna pautan rujukan anda di dalam sebarang keadaan yang melanggar undang-undang atau Peraturan Dalaman TradingView.
  4. Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan Syiling TradingView?

    Perujuk akan diberikan ganjaran syiling TradingView kerana menjemput pengguna baru untuk membeli langganan. Selagi anda dan orang yang anda rujuki mematuhi Peraturan-Peraturan ini serta dasar-dasar yang dipaparkan oleh TradingView, anda berhak menerima Syiling TradingView anda selepas orang yang anda rujuk menggunakan pautan anda untuk mendaftar dengan TradingView dan membuat pembayaran pertama dalam masa tiga bulan selepas mencipta akaun mereka. Dengan ini, perujuk akan menerima syiling TradingView bernilai $10 untuk pembelian mana-mana pelan bulanan, atau $30 untuk mana-mana pelan tahunan. Untuk menerima Syiling TradingView kerana merujuk seseorang yang membeli pelan berbayar di TradingView, orang yang anda rujuk mestilah pengguna TradingView yang baru. Sila ambil maklum bahawa bonus boleh diberikan hanya untuk pembelian yang dilakukan di laman web dan bukannya di aplikasi mudah alih.

    Keperluan untuk menerima, dan jumlah Syiling TradingView adalah tertakluk kepada perubahan berdasarkan budi bicara TradingView. Ganjaran rujukan di dalam bentuk syiling TradingView tidak boleh dipindahmilik, tidak mempunyai nilai tunai, dan boleh tamat tempoh. TradingView boleh membatalkan ganjaran pada bila-bila masa tertakluk kepada budi bicara.

    Sekiranya perujuk anda memfailkan caj balik atau tuntutan bayaran balik untuk langganan berbayar, ganjaran yang anda dan perujuk anda terima daripada TradingView akan dibatalkan.

  5. Bagaimanakah saya membelanjakan Syiling TradingView?

    Anda boleh membelanjakan syiling TradingView dengan membeli langganan baru atau memanjangkan tempoh langganan sedia ada. Ambil perhatian bahawa Syiling TradingView tidak boleh digunakan untuk menaik taraf langganan semasa anda ke tahap yang lain. Harap maklum bahawa syiling TradingView tidak boleh digunakan untuk membayar data pasaran pertukaran.

  6. Penamatan dan perubahan

    TradingView mempunyai hak untuk mengubah, mengakhirkan, atau menghentikan seketika, secara keseluruhan atau sebahagian, apa-apa program rujukan, termasuk keupayaan mana-mana perujuk dan yang dirujuk untuk menyertai program rujukan atau menerima Syiling TradingView pada bila-bila masa untuk sebarang sebab, termasuklah syak terhadap penipuan (sama ada oleh perujuk dan/atau yang dirujuk), penyalahgunaan, atau apa-apa pelanggaran kepada Peraturan-peraturan ini.

25. Had liabiliti

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Tradingview dan affiliate, anak syarikat, pegawai, direktor, pekerja, agen, rakan kongsi dan pengeluar lesen tidak bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, khas, berbangkit atau teladan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ganti rugi untuk kehilangan keuntungan, muhibah, penggunaan, data, kos perolehan barangan atau perkhidmatan pengganti, atau lain-lain kerugian tidak ketara (walaupun jika Tradingview telah memberikan nasihat tentang kebarangkalian terjadinya kerugian berkenaan), yang berpunca dari:

TradingView boleh memperbaharui Peraturan-peraturan ini pada bila-bila masa.