TeropongBursa

APPASIA sedang menaik..

Panjang
MYX:APPASIA   APPASIA BERHAD
APPASIA baru sahaja keluar dari downtrend yang sangat lama.. belian pada hari ini pada kadar 72% dengan jumlah dagangan 3 juta saham (volume moving average 20 hari pada 1.1 juta saham)

Pergerakan harga telah menembusi SMA 10, 50 dan 100 dalam jangka masa singkat menunjukkan momentum kenaikan harga yang kuat. Kini harga pertama kali berada diatas SMA 100 (medium term bullish).

Indicator RSI telah menunjukkan harga telah mencecah kawasan overbought, mencadangkan kemungkinan akan berlaku correction / pembetulan pada hari-hari seterusnya setelah kenaikan mendadak sejak seminggu lalu.

pergerakan harga short term bullish selagi harga bergerak diatas garisan S1 (merah). Jika harga menembusi S1, mungkin akan jatuh sehingga S2, dimana harga disini mungkin lebih stabil, selagi RSI berada diatas paras 50%, saya menjangkakan harga akan meneruskan kenaikan / bullish untuk jangka masa pendek.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.