Pakar Pine Script™

Sepanjang sejarah TradingView, hanya beberapa pedagang terpilih yang bersemangat waja dan pengaturcara kreatif telah memberikan sumbangan besar kepada komuniti kami menerusi hasil kerja mereka dengan Pine Script™, satu bahasa yang digunakan untuk mencipta penunjuk dan strategi pada platform kami.

Temui Pakar Pine Script™ kami.

Daripada kesemua kami di komuniti TradingView, terima kasih, Pakar!

Daripada pakar-pakar matematik yang akan memeningkan kepala anda dan pedagang-pedagang berpengalaman yang membina alat dagangan harian yang praktikal, kepada pengaturcara tegar yang sedang merintis landasan baharu dan pedagang sepenuh masa yang masih berjaya mencari masa untuk membantu komuniti, individu-individu yang berbakat ini melakukan semuanya.

Chris muncul di TradingView sebagai pedagang yang berpengalaman, membawa bersamanya pengalaman praktikal dan kebijaksanaan. Beliau mahir dalam menjelaskan konsep-konsep sehingga ke komponen terpenting mereka dan kemudian menjadikannya mudah difahami! Beliau telah menulis beberapa penunjuk terbaik yang boleh digunakan dalam Skrip Komuniti dan impak kerjanya dapat dirasai oleh seluruh komuniti.

Jadual pelepasan yang kelihatan "seperti mesin" menjadikan HPotter salah satu daripada orang yang hampir semua orang meminjam kod daripadanya pada satu masa atau masa yang lain, dia adalah salah satu penyumbang prolifik yang pertama di TradingView. Sila semak koleksinya untuk membiasakan diri dengan beberapa teknik analisa teknikal yang paling berkesan tetaoi kurang dikenali, dan tanpa beliau, bahasa Pine Script™ tidak akan terkenal seperti hari ini.

Madrid membawa perspektif yang menarik dengan skripnya. Beliau mempunyai bakat untuk mengubah konsep sedia ada menjadi alat yang berguna dan membungkusnya dalam grafik berwarna-warni yang benar-benar menonjol. Beliau telah membantu sejumlah peniaga dan coders sepanjang penglibatan beliau.

Dengan menggunakan pendekatan seperti zen ke dalam pasaran, glaz telah menghasilkan beberapa skrip hebat dengan output mudah dan berkesan dengan menggunakan pendekatan yang mudah. Dia juga telah menyumbang banyak masa untuk membantu orang-orang yang cuba belajar di ruang sembang Pine Script™, seorang lelaki budiman yang sebenar.

Dengan satu sumbangan yang tersangat besar, LazyBear dianggap oleh pelbagai pihak sebagai asas kepada bahasa Pine Script™. Kedahagaan beliau untuk mencari teknik-teknik analisis teknikal yang tidak jelas dan menjinakkan mereka dengan Pine Script™ adalah sememangnya sesuatu yang unik!

Bertanggungjawab untuk banyak skrip-skrip inovatif, beliau secara konsisten menghasilkan pendekatan yang menarik untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dagangan disamping melibatkan diri dalam membantu ahli komuniti dalam menggunakan cadangan mereka, jelas beliau bukanlah seorang yang berhenti selepas berjaya.

Seorang pengeluar yang mempunyai reputasi visual bersih, selalu memberikan penunjuk mudah difahami yang praktikal dan sentiasa dikemas kini dengan penambahbaikan, pakar ini selalu mengeluarkan skrip berkualiti tinggi secara konsisten dengan visual yang menarik dengan menggunakan konsep pintar. Siri penunjuk Snipernya adalah legenda.

Ricardo adalah pelopor penerbitan skrip dan benar-benar membengkokkan realiti skrip Pine Script™ seperti Neo membengkokkan sudu di dalam filem Matrix. Sumbangannya sangat berharga dan dia telah menjadi sebahagian besar daripada penyumbang kepada pergerakan Pine Script™ untuk maju kehadapan. Beliau merupakan aset sebenar kepada masyarakat.

Sumber alat praktikal yang mengagumkan dengan beberapa skrip kod yang paling bersih dan termudah untuk dipelajari dari Skrip Komuniti, dan sebahagian besarnya mampu berfungsi terus dengan sedikit atau tanpa perlu penjelasan. Sumbangan beliau telah memberikan begitu banyak manfaat kepada pengguna TradingView yang lain dan kami menunggu hasil karya beliau seterusnya.

Memiliki otak yang sangat logik dengan hati seorang penyair, alexgrover hampir bertukar menjadi legenda John Ehlers dan mungkin lebih hampir kepada seorang ahli matematik daripada seorang pengkod. Karyanya terus menerus mempunyai kualiti yang mengagumkan dan setiap penerangannya adalah sangat bernilai untuk dibaca. Beliau sering dijumpai membantu pendatang baru dengan Pine Script™.

everget mencipta penunjuk pakar yang sangat bagus samada bebas atau berbayar dan dia menggunakan kepakarannya dalam hampir semua perkara. Jika anda terfikir untuk membina sesuatu yang eksotik dan bijak, periksa skrip yang diterbitkan oleh beliau dan anda pasti dia sudah selesai melakukannya, ini semestinya akan memberi inspirasi kepada anda untuk melalukan sentuhan baru dalam skrip anda.

Seorang pakar dalam membina alatan praktikal untuk perdagangan seharian, scarf telah sentiasa menerbitkan skrip yang sangat berguna dengan menggunakan teknik terbaru pada teknik lama yang telah terbukti berkesan. Beliau sangat berkuasa dalam sistem automasi dan amaran; dan selalu menjadi rujukan untuk pengetahuan beliau yang seperti ensiklopedia mengenai teknik TA. scarf juga sangat bermurah hati dengan masa beliau dan selalu membantu pengkod-pengkod lain dalam Pine Script™.

Pembekal terbaik untuk BacktestRookies.com yang dipenuhi dengan banyak pemahaman yang praktikal, telah membantu beribu-ribu pengguna belajar kaedah untuk menguji strategi dan meningkatkan penunjuk mereka. Beliau adalah salah seorang ahli pasukan yang berpusatkan masyarakat di Pine Script™!

Kodify adalah otak di belakang kodify.net yang merupakan perkara yang terdekat di dunia kepada buku skrip Pine Script™ for Dummies dan bertanggungjawab sebahagiannya untuk peningkatan minat dan kepakaran di dalam skrip Pine Script™. Umumnya adalah lebih sukar untuk belajar skrip Pine Script™ sebelum dia ada dan kami tabik kepakaran dia!

KivancOzbilgic adalah pemimpin komuniti Turki di TradingView dan pendidik yang tidak kenal penat dalam memberikan petunjuk dan strategi praktikal untuk dagangan. Pengeluaran ideanya yang produktif adalah berdasarkan pada teknik perdagangan yang terbukti tepat pada waktunya, namun dia sering menambahkan sentuhan baru yang bagus untuk memperbaikinya.

LonesomeTheBlue telah menggunakan fungsi TradingViewers dengan alatan dagangan kreatifnya. Dia merupakan satu pusat kuasa kod yang elegan. Apabila dia tidak mencipta sesuatu alatan yang baru, dia sibuk meletakkan konsep perdagangan klasik. Dia adalah seorang yang baik dan suka membantu, seorang pengaturcara yang berpengalaman dan memberikan inspirasi bagi banyak pengekod-pengekod baru.

ImmortalFreedom adalah seorang pengekod terbaik yang menerbitkan pengubahsuaian permata-permata yang sempurna yang memaksimumkan apa yang beliau panggil "kuasa Pine Script™". Beliau merupakan seorang ahli matematik yang juga mengeluarkan visual-visual penunjuk yang hebat. Seorang lelaki budiman dan seorang inovator berkuasa, beliau selesa bekerja di belakang tabir, menyumbang kepada ciri-ciri Pine Script™ baru yang memudahkan kehidupan semua pengekod Pine Script™.

Skrip "Garisan Arah Aliran" miliknya adalah satu legenda di Skrip Komuniti, tetapi Duyck mempunyai banyak petunjuk-petunjuk lain yang pintar. Sebarang penerbitan skrip dengan tajuk "JD" pada umumnya adalah pemenang, jadi tidak hairanlah bahawa Duyck telah menjadi rujukan untuk pedagang-pedagang dan pengekod-pengekod. Dia adalah seorang lelaki yang bertimbang rasa, seorang pengekod yang rajin dan antara pemikir paling kreatif kami.

Bagi mana-mana pedagang berorientasikan matematik, membuka halaman profil DonovanWall adalah seperti melawat satu galeri seni halus. Seorang pendidik yang bijak, dia berjaya menerapkan konsep yang kompleks ke dalam satu bentuk yang jelas, kreatif dan dengan visual yang menakjubkan. Kualiti penerbitan skripnya menetapkan standard untuk pengarang-pengarang lain, namun semua itu hanyalah satu titik puncak. DonovanWall juga merupakan salah satu penyumbang utama di belakang tabir kepada komuniti pengaturcara-pengaturcara dan pedagang-pedagang kami di TradingView.

Dalam fikiran ramai pengguna-pengguna TradingView, konsep-konsep seperti anjakan Fibonacci, kipas Gann dan penunjuk pitchfork telah dikaitkan secara kuat dengan nama dgtrd. Keghairahan dan kreativiti yang beliau letakkan di dalam kerjanya benar-benar menakjubkan. Tidak hairanlah bahawa banyak alatnya adalah antara yang paling banyak digunakan di platform.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa setiap skrip rumpypumpydumpy yang dicipta meneroka sempadan apa yang boleh dilakukan oleh kod Pine Script™. Sama ada ia satu variasi inovatif penunjuk teknikal tradisional atau satu instrumen asli sepenuhnya, karya beliau ialah satu contoh utama Pine Script™ berkualiti tinggi di TradingView. Dia juga menghabiskan banyak masanya untuk membantu pengaturcara-pengaturcara Pine Script™ yang lain.

Dengan kunjungan sebanyak skrip yang dia telah terbitkan, lelaki ini merupakan satu anomali yang menarik. Kod janaannya yang sempurna, beserta visual dan penjelasan menunjukkan sifat kreativiti yang luar jangkaan dan profesionalisme beliau. Jika ini masih belum mencukupi, ditambah dengan kegigihan beliau menjawab pelbagai soalan setiap minggu di dalam forum Soal Jawab kami, ia menunjukkan pengetahuan mendalam beliau dalam Pine Script™ dan telah memberikan sumbangan tidak ternilai untuk pengaturcara-pengaturcara dari setiap tingkatan kemahiran.

Pada tahun 3000, senarai penerbitan fikira akan berkemungkinan digunakan untuk mempelajari sejarah Pine Script™, kerana dia telah meletakkan ciri-ciri baru secara sistematiknya untuk digunakan di dalam skrip pendidikan, eksperimen atau praktikal. Dia juga memainkan peranan utama di dalam forum-forum Soal Jawab kami dan menjadi wira dibelakang tabir, membuktikan dia bukan sahaja seorang pengekod yang unggul, tetapi juga seorang pendidik yang terbilang.

Beliau merupakan seorang penulis yang terkenal dengan pelbagai skrip yang kreatif, berguna dan unik. Hasil kerja beliau boleh dipercayai disebabkan sifat kekemasan dan ketelitian yang ada dalam dirinya. Beribu-ribu pengaturcara telah mendapat manfaat dari sumbangan beliau dalam forum Soal Jawab kami, di mana beliau telah menjawab pelbagai soalan-soalan selama bertahun-tahun. Nasihat beliau juga telah menjadi rujukan penting untuk memandu pasukan PineCoder semenjak ia ditubuhkan.

Seorang penulis yang banyak mengeluarkan karya, beliau boleh menganggap dirinya sebagai raja ZigZag di TradingView. Bukan sahaja beliau popular dengan pedagang-pedagang dan pengaturcara-pengaturcara yang lain, dia juga sering menerbitkan idea-idea pendidikan dan berkongsi penguasaan beliau dalam Pine Script™ dengan pengaturcara-pengaturcara yang lain di dalam forum Soal Jawab kami. Di belakang tabir, beliau merupakan penyumbang tidak ternilai untuk banyak projek-projek PineCoder. Beliau mewakili gambaran bagaimana menjadi seorang ahli komuniti yang terulung.

Pasukan LuxAlgo adalah satu kuasa besar dalam lanskap skrip Komuniti TradingView yang sentiasa berkembang, dengan konsistennya mengeluarkan skrip-skrip sumber terbuka dengan kualiti dan utility hebat yang merangkumi spectrum konsep yang pelbagai dan asli. Sumbangan LuxAlgo telah menjadi kegemaran pedagang dan pengaturcara yang mencari skrip-skrip serba boleh peringkat teratas.

Skrip KioseffTrading mendefinasikan semula estetika carta. Beliau dikenali untuk penvisualan profil volum dan delta volum, pengaturcara yang berkemahiran tinggi ini secara berseni, telah menggabungkan seni dengan analitik untuk mengeluarkan skrip-skrip berguna dengan visual menawan. KioseffTrading merupakan seorang penyumbang aktif kepada aktiviti-aktiviti PineCoders, dengan meninggalkan jejak kekal pada projek-projek yang memberikan manfaat kepada semua pengguna TradingView.