Tindakan pengesahan anda menggunakan laman web kami di www.tradingview.com (dan semua laman-laman yang berkaitan dengannya) atau perkhidmatan ("TradingView") menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan terma penggunaan berikut("Terma Penggunaan"). Sekiranya anda tidak bersetuju, jangan gunakan TradingView. TradingView merupakan milik TradingView Inc. ("TradingView" atau "Kami" atau "Kita")
Kami boleh mengubah Terma Penggunaan ini pada bila-bila masa. Sekiranya anda bercadang untuk terus menggunakan TradingView selepas kami menyiarkan perubahan pada Syarat Penggunaan ini, ini menandakan penerimaan anda terhadap terma baru ini. Anda akan sentiasa mempunyai akses kepada Syarat Penggunaan kami dan akan dapat menyemaknya pada bila-bila masa. Dengan memuat semula halaman ini, anda akan mempunyai versi yang terkini untuk pengguna TradingView.
Kami boleh menghentikan atau mengubah sebarang perkhidmatan atau ciri-ciri pada TradingView pada bila-bila masa tanpa notis. Kami tidak menjamin keserasian kebelakang perkhidmatan kami dan Application Programming Interface (API) dalam kes ini.
Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua hakmilik, tajuk dan minat untuk TradingView, dan semua maklumat yang tersedia didalam TradingView atau perkhidmatan kami, dalam semua bahasa, format dan media di seluruh dunia, termasuk;ah semua hak cipta dan tanda perdagangan di dalamnya, adalah hak eksklusif TradingView, sekutu kami atau Penyedia Data kami seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 6 (penafian mengenai kandungan) di bawah.
Semua hakcipta, tajuk dan kepentingan di dalam dan kepada mana-mana data atau/dan maklumat lain yang disediakan oleh Data Interaktif (IDCO) dan semua data/maklumat yang disediakan oleh Data Interaktif (IDCO) melalui TradingView atau perkhidmatan-perkhidmatan kami, dalam semua bahasa, format dan media di seluruh dunia, termasuk kesemua hak cipta dan tanda perdagangan di dalamnya, adalah dikategorikan sebagai hak milik Data Interaktif (IDCO), iaitu sekutu kami atau Penyedia Data kami (seperti yang berkenaan).
TradingView berdedikasi untuk membekalkan pengguna dengan satu platform yang selamat dan mudah diakses untuk paparan data pasaran, carta, berita dan maklumat kewangan lain. Disebabkan ini, pengguna dilarang sama sekali untuk menggunakan apa-apa kaedah pengumpulan data secara automatik, termasuk tetapi tidak terhad kepada skrip, API, pengikisan skrin, perlombongan data, robot atau alat pengumpulan dan pengeluaran data lain, tanpa mengira tujuan asal. Penggunaan mana-mana teknologi untuk memintas mekanisma perlindungan yang direkabentuk untuk menghalang pengeluaran semula atau pengedaran kandungan TradingView yang tidak mendapat kebenaran adalah dilarang sama sekali.
Kandungan pada platform TradingView, termasuk data pasaran dan maklumat lain, adalah tersedia untuk tujuan paparan hanya dalam lingkungan laman web atau antaramuka pengguna aplikasi mudah alih. Pengaturan perlesenan kami dengan Penyedia Data tidak membenarkan muat turun, sublesen, menyerahkan, memindahkan, menjual, meminjamkan, atau mengedarkan kandungan TradingView untuk pembayaran tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari TradingView. Pengguna-pengguna dikehendaki menghormati terma-terma ini kerana ia digubal untuk melindungi kepentingan TradingView, penyedia datanya, dan komuniti penggunanya, untuk memastikan satu platform yang selamat dan boleh dipercayai untuk semua.
Pelanggaran peraturan ini boleh mengakibatkan akibat yang serius termasuk sekatan pengguna atau pelawat, pembatalan akaun mereka dan kemungkinan penalti. TradingView juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pengguna-pengguna yang dikesan melakukan pelanggaran terma-terma ini, untuk memastikan integriti platform dan kepentingan penyedia data dan komuniti penggunanya dilindungi.
Kecuali dalam keadaan yang dibenarkan secara nyata dalam perenggan sebelumnya, anda bersetuju untuk tidak menjual mana-mana perkhidmatan atau bahan-bahan dalam apa jua keadaan atau untuk apa jua tujuan, tanpa mendapatkan kebenaran bertulis yang dinyatakan terlebih terdahulu dari TradingView dan/atau Penyedia Data kami. Sebagai tambahan, anda tidak boleh, tanpa kebenaran bertulis yang dinyatakan terlebih terdahulu dari TradingView dan Penyedia Data berkaitan, membuat salinan untuk mana-mana perisian atau dokumentasi yang mungkin disediakan sama ada secara elektronik atau sebaliknya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, terjemahan, dekompil, perungkaian atau penciptaan hasil derivatif.
Kecuali jika dibenarkan secara jelas dengan perjanjian tambahan, kami tidak membenarkan penggunaan komersial dari mana-mana perkhidmatan atau API kami. Kami tidak memberi jaminan dan tidak menanggung sebarang tuntutan atau liabiliti untuk perkhidmatan atau perisian pihak ketiga. Sila lihat bahagian 21 (perisian pihak ketiga) di bawah untuk maklumat lanjut.
Untuk maklumat lanjut mengenai persoalan komersil dan rakan kongsi dengan kami, sila pergi ke halaman Hubungi.
TradingView membenarkan semua pengguna Tradingview.com dan semua versi lain dari laman web ini menggunakan gambar carta TradingView dalam analisis, siaran akhbar, buku, artikel, pos blog dan penerbitan lain, termasuk juga menggunakan TradingView dalam sesi pendidikan, pemaparan carta TradingView semasa siaran video, termasuk gambaran keseluruhan, berita, analisis dan sebaliknya menggunakan atau mempromosikan carta TradingView atau sebarang produk dari laman web TradingView dengan syarat bahawa atribusi TradingView mestilah dapat dilihat dengan jelas pada setiap masa carta dan produk sedemikian digunakan.
Atribusi mesti merujuk kepada TradingView, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang diterangkan di sini.
Penggunaan carta TradingView semasa promosi video atau promosi lain di mana atribusi TradingView tidak kelihatan haruslah disertakan dengan keterangan produk yang digunakan di dalamnya. Sebagai contoh: "Penanda platform yang digunakan untuk analisis ini disediakan oleh TradingView", atau hanya ayat "Carta oleh TradingView", saiz fon tidak boleh lebih rendah daripada 10 PT = 13PX = 3.4MM.
Anda boleh menggunakan butang "Syot kilat" di bar alat yang berada di bahagian atas carta untuk mencipta fail gambar carta semasa anda dengan serta-merta. TradingView secara automatik akan mengambil gambar dengan semua atribusi yang diperlukan dan akan menyediakan pautan di mana anda boleh melihat carta anda, memuat turun atau mengongsikannya. Penggunaan mana-mana produk TradingView di luar laman web TradingView tanpa mendapat pengesahan yang sah dari TradingView adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk semua alatan (seperti widget) yang didapati daripada laman web TradingView dan digunakan pada sumber-sumber luaran di mana atribusi hendaklah kekal seperti yang direkacipta dan dimaksudkan seperti asal. Pengguna yang tidak mematuhi peraturan atribusi ini mungkin akan diharamkan secara kekal dan tindakan undang-undang lain boleh diambil untuk memastikan pematuhan ini berjalan. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, amaran tangguh-dan-berhenti, perintah mahkamah, injunksi, denda, bayaran ganti rugi dan sebagainya.
TradingView boleh memasukkan pautan ke laman web pihak ketiga. Sebahagian daripada laman web ini mungkin mengandungi bahan yang tidak menyenangkan, menyalahi undang-undang, atau tidak tepat. Anda bersetuju bahawa TradingView tidak akan dipertanggungjawabkan untuk apa-apa aktiviti dagangan atau aktiviti lain yang berlaku di mana-mana laman web yang anda akses melalui pautan di TradingView. Kami menyediakan pautan ini sebagai kemudahan dan tidak menyokong kandungan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh laman web lain ini. Apa-apa urusan yang anda miliki dengan pengiklan yang ditemui di TradingView adalah antara anda dan pengiklan tersebut dan anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau tuntutan yang anda mungkin ada terhadap pengiklan.
Mencari pelanggan tanpa kebenaran di TradingView dilarang keras dan boleh dikenakan penalti, termasuk tetapi tidak terhad kepada, larangan sementara atau kekal terhadap akaun yang didapati melanggar dan apa-apa tindakan undang-undang yang sewajarnya dan sedia ada untuk ganti rugi kewangan dan lain-lain.
TradingView tidak boleh dan tidak mewakili atau menjamin sebarang informasi yang disediakan melalui perkhidmatan kami atau pada Tradingview adalah tepat, boleh dipercayai, terkini, lengkap dan sesuai untuk kegunaan anda. Pelbagai informasi yang tersedia melalui perkhidmatan kami atau pada TradingView mungkin didapati secara khas oleh TradingView dari badan dan syarikat profesional seperti Bursa, pemberita, penyedia datapasaran dan lain-lain penyedia kandungan (contohnya, Cboe BZX dan kemungkinan bursa-bursa lain seperti New York Stock Exchange, NASDAQ, New York Mercantile Exchange dan Dow Jones), yang diyakini merupakan sumber maklumat yang boleh dipercayai (secara kolektif, "Penyedia-penyedia Data"). Walaubagaimanapun, disebabkan faktor yang pelbagai — termasuk kemungkinan wujudnya ralat yang disebabkan oleh manusia dan kesilapan mekanikal — ketepatan, kesempurnaan, kekinian, hasil yang diperoleh daripada penggunaan dan aturan maklumat yang tersedia melalui perkhidmatan kami dan laman web ini tidak akan dan tidak boleh dijamin oleh TradingView. Kami tidak menjamin dan menganggap tiada kewajipan atau liabiliti untuk skrip, penunjuk, idea dan lain-lain kandungan pihak ke tiga. Sebarang skrip pihak ke tiga, penunjuk, idea dan lain-lain kandungan yang anda gunakan adalah dengan tanggungan risiko anda sendiri.
Keputusan untuk membeli, menjual, memegang atau berdagang dalam sekuriti, komoditi dan pelaburan lain adalah melibatkan risiko dan sebaiknya dibuat berdasarkan nasihat profesional kewangan yang berkelayakan. Mana-mana dagangan dalam sekuriti atau pelaburan lain melibatkan risiko kerugian yang besar. Amalan "Hari Berdagang" melibatkan risiko yang tinggi dan boleh menyebabkan anda kehilangan jumlah wang yang banyak. Sebelum menjalankan sebarang program perdagangan, anda perlu berunding dengan pihak kewangan professional yang berkelayakan. Sila pertimbangkan dengan teliti sama ada perdagangan sedemikian sesuai untuk anda dengan melihat kepada keadaan kewangan anda dan keupayaan anda untuk menanggung risiko kewangan. Dalam apa jua keadaan, pihak kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang anda atau individu lain tanggung hasil daripada sebarang aktiviti perdagangan atau pelaburan yang anda atau sesiapa yang terlibat didalam apa-apa maklumat atau bahan yang anda terima melalui TradingView atau perkhidmatan-perkhidmatan kami.
Hasil prestasi hipotesis mempunyai banyak batasan sedia ada, sebahagian daripadanya disebut di bawah. Tiada perwakilan dibuat bahawa mana-mana akaun akan atau mungkin mencapai keuntungan atau kerugian yang serupa dengan yang ditunjukkan. Sebenarnya terdapat banyak perbezaan yang ketara antara hasil prestasi hipotesis dan hasil sebenar yang kemudian dicapai oleh mana-mana program dagangan tertentu.
Satu daripada batasan hasil prestasi hipotesis ialah bahawa ia kebiasaannya disediakan berdasarkan manfaat pengalaman yang lepas. Di samping itu, dagangan hipotesis tidak melibatkan risiko kewangan dan tiada rekod dagangan hipotesis dapat menjelaskan sepenuhnya mengenai kesan risiko kewangan dalam dagangan sebenar. Sebagai contoh keupayaan untuk menanggung kerugian atau mematuhi program dagangan tertentu walaupun kerugian dalam dagangan merupakan perkara utama, yang juga boleh menjejaskan hasil dagangan. Terdapat banyak faktor lain berkaitan pasaran secara amnya atau pelaksanaan apa-apa program dagangan khusus yang tidak dapat dijelaskan sepenuhnya dalam penyediaan hasil prestasi hipotesis dan semuanya yang boleh menjejaskan hasil dagangan sebenar.
Perkhidmatan tertentu, seperti menyimpan carta, menerbitnya atau keupayaan memberi komen pada carta yang diterbitkan, hanya tersedia untuk pengguna berdaftar di laman web TradingView dan meminta anda mendaftar masuk dengan nama pengguna dan kata laluan untuk menggunakannya. Jika anda mendaftar sebagai pengguna (“Pelanggan”) mana-mana ciri TradingView, semasa proses pendaftaran, anda mungkin diminta mengklik “Daftar Sekarang,” “Hantar” atau butang yang serupa; dengan mengklik pada butang tersebut akan mengesahkan persetujuan anda untuk terikat secara sah dengan Terma dan Syarat ini.
Sebagai pertimbangan dalam penggunaan laman web TradingView, anda menyatakan bahawa anda termasuk dalam umur yang layak untuk mengikat kontrak dan bukan individu yang dilarang daripada menerima Perkhidmatan TradingView di bawah undang-undang Amerika Syarikat atau bidang kuasa berkenaan. Anda juga bersetuju untuk: (a) memberikan maklumat peribadi yang benar, tepat, terkini dan lengkap sebagaimana yang dikehendaki dalam borang pendaftaran TradingView ("Data Pendaftaran") dan (b) memelihara dan mengemas kini dengan segera Data Pendaftaran untuk memastikan ia benar, tepat, terkini dan lengkap. Jika anda memberikan maklumat yang tidak benar, tidak tepat, bukan terkini dan tidak lengkap, atau TradingVIew mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki maklumat tersebut adalah tidak benar, tidak tepat, bukan terkini atau tidak lengkap, TradingView berhak menggantung atau menamatkan akaun anda dan menghalang apa-apa atau semua penggunaan Perkhidmatan TradingView pada masa kini atau akan datang (atau mana-mana bahagian daripadanya)
Anda mewakili dan menjamin bahawa anda mempunyai semua hak harta intelektual termasuklah semua paten, tanda perdagangan, rahsia perdagangan, hak cipta atau hak proprietari yang diperlukan, di dalam dan kepada skrip anda. Sekiranya anda menggunakan bahan pihak ketiga, anda mewakili dan menjamin bahawa anda berhak untuk mengedarkan bahan pihak ketiga dalam skrip. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyerahkan bahan yang dilindungi hak cipta, dilindungi oleh rahsia perdagangan atau sebaliknya tertakluk kepada hak milik pihak ketiga, termasuk hak paten, privasi dan publisiti, melainkan jika anda adalah pemilik hak tersebut atau mempunyai kebenaran daripada pemiliknya yang sah untuk menyerahkan bahan.
Kami mungkin membuang kandungan anda tanpa notis sekiranya kami berpuas hati bahawa anda telah melanggar Syarat Penggunaan kami.
Sebagai seorang penjual data pasaran masa nyata dari pertukaran (cth Nasdaq) untuk pengguna akhir, kami dikehendaki mengenalpasti status 'Bukan Profesional' untuk mana-mana Pelanggan. Dengan memesan satu langganan untuk data pasaran di TradingView, anda mengesahkan perkara ini:
Derivasi proprietari kami menggunakan data pasaran mentah dan melaksanakan proses derivasi 2-faktor untuk menghasilkan harga yang akan ditunjukkan, kemudian akan digunakan oleh mesin harga. Data pasaran yang bersumber diperoleh dan dibekalkan dari pelbagai sumber dan kemudiannya dapat disatukan.
Proses derivasi melibatkan perubahan harga mentah dengan faktor yang ditentukan oleh jumlah perdagangan di pasaran yang mendasari, pemboleh ubah rawak dan jumlah pengimbangan maksimum. Harga data yang diperoleh hanya ditunjukkan kepada pelanggan bukan profesional kami, harga data yang diperoleh kemudian menjadi nilai hak milik organisasi.
Data mentah tidak dapat diakses oleh mana-mana pelanggan, dan data tersebut tidak dapat direka terbalik dengan cara apa pun. Semua pasaran melalui mesin derivasi yang sama.
Anda menerima tanggungjawab untuk kerahsiaan dan penggunaan mana-mana nama pengguna dan alamat e-mel yang anda boleh daftar untuk akses dan penggunaan Perkhidmatan anda. Anda bertanggungjawab untuk memelihara kerahsiaan kata laluan dan akaun dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua aktiviti yang berlaku di bawah kata laluan atau akaun anda. Anda bersetuju untuk (a) memberitahu TradingView mengenai mana-mana penggunaan kata laluan atau akaun anda yang tidak dibenarkan atau mana-mana pelanggaran keselamatan lain dan (b) memastikan anda keluar dari akaun anda pada akhir setiap sesi. TradingView tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kemudaratan yang timbul akibat kegagalan anda untuk mematuhinya.
TradingView menganggap maklumat peribadi di laman web (kod sumber skrip yang dilindungi atau hanya undangan, dll.) adalah dianggap rahsia untuk anda. TradingView melindungi maklumat peribadi tersebut dari penggunaan, akses, atau pendedahan tanpa izin dengan cara yang sama seperti kami melindungi data peribadi (sila rujuk Dasar Privasi kami untuk maklumat lebih lanjut).
Dengan menghantar ide, kandungan, cadangan, dokumen dan/atau cadangan ("Sumbangan") kepada TradingView melalui titik hubungan kami atau maklum balas halaman web, anda telah mengakui dan bersetuju bahawa: (a) Sumbangan anda tidak mengandungi maklumat sulit atau maklumat proprietari; (b) TradingView tidak mempunyai apa-apa kewajipan mengenai kerahsiaan, samada secara nyata atau tersirat, yang berkaitan dengan Sumbangan anda; (c) TradingView berhak untuk menggunakan atau mendedahkan (atau memilih untuk tidak menggunakan atau mendedahkan) Sumbangan tersebut untuk apa-apa tujuan, dalam apa-apa cara, di dalam mana-mana media di seluruh dunia; (d) TradingView mungkin mempunyai sesuatu yang serupa dengan Sumbangan yang sedang dipertimbangkan atau masih dalam pembangunan; (e) Sumbangan anda secara automatik menjadi hak milik TradingView tanpa sebarang kewajipan TradingView kepada anda; dan (f) anda tidak berhak mendapat apa-apa pampasan atau apa-apa pembayaran balik dari TradingView dalam apa jua keadaan.
Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan membenarkan TradingView dan anak-anak syarikat, sekutu, pegawai, ejen, pekerja, rakan kongsi dan pemberi lesen untuk bebas daripada sebarang tuntutan, termasuk yuran peguam yang berpatutan, yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga disebabkan atau yang timbul daripada kandungan yang anda serahkan, siarkan, hantar, ubah suai atau sediakan yang boleh didapati di dalam perkhidmatan TradingView, penggunaan perkhidmatan TradingView anda, sambungan anda kepada perkhidmatan TradingView, pelanggaran anda terhadap Syarat Penggunaan, atau pelanggaran hak anda yang kepada pihak lain.
Atas permintaan anda, akaun anda dibenarkan untuk dipadam daripada TradingView. Anda boleh memadam akaun anda pada bila-bila masa dengan melayari laman Tetapan Profil anda. Jika anda memohon supaya akaun anda dipadamkan, kami akan memadam data peribadi yang berkait dengan akaun anda, walaubagaimanapun sebahagian data peribadi akan dikekalkan sekiranya ia telah diintegrasikan ke dalam data yang integral kepada sistem dan laman ini, termasuk data komunikasi yang anda telah kirimkan melalui laman kami. Data ini perlu dikekalkan untuk integriti data dalam laman ini dan tujuan perniagaan kami yang sah, termasuk mengaudit, keselamatan dan lain-lain kepentingan yang sah (sila rujuk Polisi Kerahsiaan kami untuk maklumat lanjut). Sumbangan anda yang telah diterbitkan akan dikekal di laman ini mengikut pertimbangan kami. Apabila sebuah Sumbangan diterbitkan, ia akan menjadi sebahagian daripada pengetahuan perdagangan komunal dan wajar dikekalkan seperti itu. Polisi ini bertujuan untuk mengelakkan pengguna daripada mengekalkan hanya idea awam yang terbaik, seterusnya menggalakkan semua pengguna bersikap jujur serta memelihara kepercayaan awam kepada reputasi dan integriti laman ini.
Anda bersetuju bahawa TradingView boleh, tanpa memberi notis terlebih dahulu, menamatkan, mengehadkan akses atau menggantung akaun TradingView anda, mana-mana alamat e-mel yang berkaitan dan akses kepada Perkhidmatan TradingView secara serta-merta. Punca atau sebab bagi penamatan, pengehadan akses atau penggantungan hendaklah termasuk, tetapi tidak terhad kepada, (a) pencerobohan atau pelanggaran Terma Penggunaan atau perjanjian atau garis panduan lain yang digabungkan, (b) permintaan oleh penguat kuasa undang-undang atau agensi kerajaan lain, ( c) penamatan atau pengubahsuaian bahan terhadap Perkhidmatan TradingView (atau mana-mana bahagiannya), (d) isu atau masalah teknikal atau keselamatan yang tidak dijangka, (e) tempoh tidak aktif yang lama, (f) dan/atau penglibatan anda dalam aktiviti penipuan atau menyalahi undang-undang. Selanjutnya, anda bersetuju bahawa semua penamatan, pengehadan akses dan penggantungan untuk sesuatu sebab atau punca hendaklah dibuat mengikut budi bicara TradingView sepenuhnya dan TradingView tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk mana-mana penamatan akaun anda, mana-mana alamat e-mel yang berkaitan, atau akses kepada Perkhidmatan TradingView.
Dengan membuka akaun dengan TradingView, anda bersetuju bahawa TradingView boleh menggunakan e-mel anda untuk menghantar bahan pemasaran, notis berkaitan dengan perkhidmatan, pesanan maklumat penting, tawaran istimewa dll. Anda boleh berhenti melanggan daripada ini dengan mengklik pautan yang disediakan di dalam e-mel.
Dengan membuka dan menggunakan akaun di TradingView anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju mematuhi Peraturan Dalaman kami.
Perisian, laman web dan / atau perkhidmatan kami mungkin akan termasuk komponen perisian yang dibekalkan oleh pihak ketiga yang digunakan dengan izin pemberi lesen dan / atau pemegang hak cipta masing-masing atas syarat yang disediakan oleh pihak tersebut ("Perisian Pihak Ketiga"). TradingView dengan jelas menafikan sebarang jaminan atau jaminan lain kepada anda mengenai Perisian Pihak Ketiga. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan Perisian Pihak Ketiga anda akan ditadbir oleh terma dan syarat dasar penggunaan dan kerahsiaan penyedia Perisian Pihak Ketiga dan bukan oleh Syarat Penggunaan ini atau Dasar Kerahsiaan kami.
Anda mewakili dan menjamin bahawa anda mempunyai semua hak harta intelektual termasuklah semua paten, tanda perdagangan, rahsia perdagangan, hak cipta atau hak proprietari yang diperlukan, di dalam dan kepada skrip anda. Sekiranya anda menggunakan bahan pihak ketiga, anda mewakili dan menjamin bahawa anda berhak untuk mengedarkan bahan pihak ketiga dalam skrip. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyerahkan bahan yang dilindungi hak cipta, dilindungi oleh rahsia perdagangan atau sebaliknya tertakluk kepada hak milik pihak ketiga, termasuk hak paten, kerahsiaan dan publisiti, melainkan jika anda adalah pemilik hak tersebut atau mempunyai kebenaran daripada pemiliknya yang sah untuk menyerahkan bahan.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk kesemua skrip yang anda hasilkan. TradingView tidak bertanggungjawab untuk penggunaan atau penyalahgunaan skrip anda oleh mana-mana pengguna. TradingView tidak bertanggungjawab terhadap penggunaan atau penyalahgunaan skrip mana-mana pengguna oleh anda.
Dengan menggunakan ciri skrip terbitan, anda memberi kami lesen yang bebas royalti, tidak boleh ditarik balik, kekal, tanpa royalti untuk:
Kami berhak memadam skrip anda tanpa notis sekiranya kami mempunyai alasan munasabah bahawa anda melanggar terma-terma penggunaan.
Anda boleh menerbitkan skrip di bawah sebarang lesen. Sekiranya anda tidak memasukkan lesen di bahagian komen skrip, anda bersetuju bahawa skrip anda dilesenkan di bawah Lesen Awam Mozilla 2.0.
Maklumat dan penerbitan adalah tidah bermaksud untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView.
Apa-apa pernyataan pandangan (yang boleh berubah tanpa notis) adalah pendapat peribadi penulis, dan penulis tidak membuat pernyataan atau jaminan kepada ketepatan atau kesempurnaan untuk apa-apa maklumat atau analisis yang diberikan.
Penulis-penulis dan TradingView adalah tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian terhasil disebabkan apa-apa pelaburan yang dibuat berdasarkan pada mana-mana pengesyoran, ramalan atau maklumat lain yang dikemukakan di sini.
Kandungan penerbitan-penerbitan ini tidak seharusnya ditafsirkan sebagai satu janji, jaminan, atau petunjuk yang nyata atau tersirat oleh TradingView yang pelanggan-pelanggan boleh mendapatkan keuntungan atau mengalami kerugian yang berkaitan dengan mereka boleh atau boleh dihadkan jika mereka menggunakan maklumat yang diberikan.
TradingView boleh memperbaharui Peraturan-peraturan ini pada bila-bila masa.