Dasar Kerahsiaan

Secara ringkas: Kami adalah TradingView Inc. ("TradingView," "kami"). Kami menghormati privasi anda dan bekerja keras untuk melindungi kerahsiaan maklumat yang anda berikan. Kami hanya akan berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga dalam keadaan di mana ia diperlukan untuk penyediaan perkhidmatan dan data yang anda telah pinta (dijelaskan dengan lebih lanjut dalam polisi privasi ini).

Tentang Kami

TradingView adalah berfungsi sebagai pengawal data yang bertanggungjawab untuk data peribadi anda dan merupakan pemilik tunggal laman web TradingView.com ("Laman Web") dan semua maklumat yang dikumpulkan di dalamnya. TradingView mengumpul maklumat dari pengguna dalam beberapa cara melalui Laman Web (yang dijelaskan secara terperinci dalam dasar privasi ini).

Dasar privasi ini adalah terpakai kepada data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda apabila anda melawat Laman Web ini atau mencipta akaun ("anda" atau "kepunyaan anda" yang ditafsirkan dengan sewajarnya). Ia memberikan maklumat tentang jenis data peribadi yang kami kumpulkan, mengapa kami mengumpulkan data peribadi, bagaimana ia digunakan, dasar undang-undang yang sah mengenai cara data peribadi anda diproses, bagaimana ia disimpandan bagaimana kami berkongsi maklumat itu.

Seperti yang digunakan dalam dasar kerahsiaan ini, "data peribadi" bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan dengan anda yang membolehkan anda dikenal pasti.

Dengan menggunakan Laman Web kami atau memberikan data peribadi anda, anda dianggap menerima syarat-syarat dasar kerahsiaan ini, jadi sila baca dengan teliti.

Kemas Kini

Kami boleh mengemas kini dasar kerahsiaan ini mengikut budi bicara kami dari masa ke masa dengan menyiarkan versi baharu di Laman Web kami. Anda hendaklah menyemak Laman Web kami sekali-sekala untuk memastikan perubahan yang dibuat sesuai untuk anda. Anda akan dimaklumkan mengenai apa-apa perubahan ketara yang dibuat terhadap dasar kerahsiaan.

The current version of this privacy policy was modified on April 19, 2024.

Data peribadi yang kami kumpulkan

Tidak perlu membuat akaun apabila mencari dan melihat maklumat dari pasaran tertentu, seperti simbol, sebut harga, data kewangan termasuk idea dan data awam yang tersedia untuk pengguna TradingView.

Data yang kami terima daripada anda

Akaun Pengguna

Sekiranya anda memutuskan untuk membuat akaun, anda perlu memberi kami beberapa data peribadi agar kami dapat memberi anda akses kepada perkhidmatan tambahan kami yang dapat memberikan manfaat kepada pengguna. Anda juga boleh memilih untuk memberi kami maklumat tambahan mengenai anda, seperti yang dijelaskan di bawah.

Semasa pendaftaran anda akan diperlukan untuk memberi kepada kami sama ada:

  • nama pengguna anda, alamat e-mel;
  • maklumat akaun anda dengan salah satu daripada perkhidmatan Internet sosial berikut: Facebook, Twitter, Google, Yahoo!, LinkedIn, Apple; dan
  • sekiranya anda ingin membeli langganan, kami memerlukan nama pertama, nama keluarga dan alamat surat-menyurat anda.

Di dalam beberapa kes, anda mungkin perlu menyediakan dan mengesahkan nombor telefon anda. Anda juga boleh menambah maklumat tambahan mengenai diri anda dalam tetapan profil, namun ini tidak diwajibkan:

Informasi ini akan dipaparkan kepada umum:

  • nama pengguna, imej yang anda telah pilih untuk digunakan sebagai avatar pengguna anda, tandatangan, "mengenai saya", pemegang Twitter, pautan saluran YouTube, nama pengguna YouTube, profil Facebook, profil Instagram dan laman web, tarikh sertai, tingkatan langganan.

Maklumat ini tidak akan dipaparkan secara umum:

  • nama pertama dan akhir anda, nombor telefon dan e-mel.

Jika anda mendaftar sebagai pengguna Akaun Essential/Plus/Premium/Expert/Elite/Ultimate (seorang "Pengguna Berbayar"), pemproses pembayaran pihak ketiga kami akan turut memproses maklumat mengenai kad pembayaran dan akaun bank anda atau maklumat akaun pembayaran yang kami perlukan untuk tujuan merekod dan memproses pendaftaran akaun anda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada bahagian di bawah bertajuk "Maklumat pembayaran", di bawah bahagian bertajuk, "Apabila kami berkongsi maklumat peribadi anda."

Data hubungan

Kami juga memproses mana-mana data peribadi yang anda pilih untuk diberikan yang bersesuaian dengan kami melalui telefon atau e-mel atau sebaliknya dengan melawat dan berinteraksi dengan Laman Web ini atau laman web lain yang kami operasikan.

By providing your phone number, you agree to receive text messages from us. Message and data rates may apply. Message frequency varies. We will not share your contact phone number with any other parties unless explicitly specified by this policy.

Data rakan kongsi

Kami juga memproses data peribadi yang anda pilih untuk berikan semasa pendaftaran dan sambungan kepada Program Rakan Kongsi (untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Peraturan Program Rakan Kongsi).

Kuki dan teknologi lain

Kami menggunakan kuki pelayar (teks kecil yang diletakkan pada peranti anda) untuk mentadbir Halaman kami, mengumpul dan menganalisa maklumat statistik, memastikan keselamatan, melawan spam dan untuk tujuan pengiklanan. Kuki membenarkan kami memberikan anda pengalaman pengguna yang lebih baik apabila anda melayari Laman Web kami dan jugaa membantu menambah baik ciri-cirinya. Maklumat lanjut mengenai penggunaan kuki boleh didapati pada Polisi Kuki kami.

Kami juga menggunakan mata arah web (grafik kecil dengan pengecam unik) untuk tujuan analisis dan pengiklanan dan untuk membangun, menguji dan meningkatkan perkhidmatan kami dengan lebih lanjut, seperti yang diterangkan dalam Polisi Kuki kami.

Log fail

Seperti kebanyakan laman web, kami menggunakan fail log pelayan web. Rekod dalam fail log kami adalah termasuk alamat protokol internet (IP) (sila rujuk "Informasi peranti" di bahagian bawah untuk maklumat yang lebih terperinci), jenis pelayar, penyedia perkhidmatan internet (ISP), halaman rujukan, halaman keluar, jenis platform dan tarikh/waktu. Kami menggunakan fail log untuk mentadbir laman web tersebut, memberikan maklumat trafik meluas untuk tujuan perancangan laman web, dan untuk memastikan bahawa terma perjanjian perkhidmatan kami dipatuhi. Sila maklum bahawa alamat IP tidak terikat kepada data peribadi di dalam fail log pelayan web kami.

Maklumat peranti

Kami mengumpulkan maklumat berikut mengenai peranti yang anda gunakan untuk berinteraksi dengan perkhidmatan kami: alamat IP peranti (yang mana kami juga ketahui dari negara mana anda berada), jenis peranti, sistem operasi, versi aplikasi dan pelayar. Kami mengumpulkan maklumat untuk menghalang spam dan penyalahgunaan perkhidmatan kami. Alamat IP boleh dikira sebagai data peribadi dalam bidang kuasa tertentu, dan akan dikendalikan mengikut polisi privasi ini.

Analitik

Apabila anda menggunakan Laman Web, aplikasi mudah alih dan desktop, atau widget yang kami sediakan ke laman web lain, kami mungkin dapat mengumpulkan maklumat analisis secara automatik. Maklumat ini mungkin merangkumi maklumat peranti umum anda, pengecam peranti (misalnya, ID Iklan Google, sekiranya anda menggunakan peranti Android, atau Pengenal Iklan (IDFA), sekiranya anda menggunakan peranti iOS), maklumat rangkaian, laman web dan aplikasi peristiwa interaksi. Kami mengumpulkan data nama samaran sahaja dan maklumat analitik ini tidak termasuk maklumat peribadi dari profil anda. Kami menggunakan maklumat ini untuk menganalisis dan meningkatkan mutu kerja perkhidmatan dan aplikasi kami, dan untuk mengembangkan, menguji dan meningkatkan perkhidmatan kami untuk lebih baik. Bagi tujuan ini, kami mungkin menggunakan analitik dalaman dan juga penyedia perkhidmatan pihak ketiga. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penggunaan penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami, sila rujuk bahagian penyedia Analitik di bawah.

Data yang kami terima daripada pihak ketiga

Apabila anda masuk ke akaun anda menggunakan kelayakan perkhidmatan internet anda (Facebook, Twitter, Google, Yahoo!, LinkedIn, Apple), perkhidmatan ini menghantar kepada kami nama pengguna dan alamat e-mel anda yang dikaitkan dengan kelayakan yang anda gunakan. Kami tidak mengawal atau mengambil apa-apa tanggungjawab untuk cara pihak ketiga memberikan maklumat mengenai anda dan/atau memproses data peribadi anda.

Cara maklumat peribadi digunakan

Kami menggunakan data peribadi anda dalam pelbagai cara yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta kami berikan, bagi kepentingan sah tertentu dan sebagaimana perlu untuk mematuhi undang-undang yang terpakai, seperti diterangkan di bawah.

Kami tidak bergantung kepada kebenaran anda untuk memproses data peribadi anda jika terdapat peruntukan sah yang tersedia. Jika kami bergantung kepada kebenaran anda, kami akan maklumkan kepada anda dengan jelas.

Profil

Profil ialah set maklumat untuk setiap pengguna individu yang memperinci keutamaan melihatnya. Kami tidak menggunakan tetapan pengguna yang disimpan untuk tujuan pemasaran. Tetapan pengguna (tetapan carta, bar alat, butang dan sebagainya) disimpan semata-mata untuk tujuan menyesuaikan pengalaman pengguna apabila menggunakan Laman web. Kami tidak berkongsi tetapan profil peribadi anda bersama mana-mana pihak ketiga.

Sila fahami bahawa apabila anda membuka satu akaun di Laman Web, pengguna-pengguna lain atau pengunjung ke Laman Web mungkin boleh mengakses profil umum anda dan melihat apa-apa maklumat peribadi yang anda telah letakkan secara umum.

Akaun pengguna dan operasi profil

Kami akan menggunakan butiran hubungan anda, seperti nama pengguna, alamat e-mel atau nombor telefon, dengan cara berikut:

  • untuk mengesahkan akaun pengguna anda, memastikan keselamatannya bersama dengan keselamatan perkhidmatan kami dan untuk mencegah spam, penipuan dan penyalahgunaan;
  • untuk mengakui, sahkan dan uruskan akaun pengguna anda;
  • untuk menghantar kepada semua pengguna baharu e-mel pengaktifan selamat datang bagi mengesahkan alamat e-mel mereka;
  • (Untuk Pengguna Berbayar) untuk memberi anda perkhidmatan langganan dan menghubungi anda mengenai penggunaan perkhidmatan tersebut. Ini perlu bagi kami untuk melaksanakan permintaan anda; dan
  • Pengguna Berbayar juga menerima e-mel notifikasi dari pemproses pembayaran kami jika ada isu mengenai pengebilan kad untuk langganan pembaharuan automatik. Pengguna tidak boleh memohon keluar dari mesej ini, akan tetapi mereka boleh memadamkan akaun mereka.

Akaun pengguna dihapuskan

Anda boleh menolak untuk menggunakan Laman Web dan / atau aplikasi kami dan boleh meminta kami untuk menghapus akaun anda di Tetapan profil . Akaun anda akan dihapuskan selepas 30 hari. Dalam masa ini, anda boleh menghentikan proses penghapusan pada bila-bila masa.

Sila ambil maklum bahawa jika anda telah memohon supaya akaun anda dipadamkan, kami akan memadamkan data peribadi seterusnya yang anda telah berikan kepada kami. Beberapa data, seperti idea/skrip yang sudah diterbitkan dan mesej yang dihantar kepada pengguna lain, akan disimpan kerana ia telah diintegrasikan ke dalam sistem kami. Data ini hendaklah disimpan untuk mengekalkan integriti platform.

Untuk proses perniagaan yang sah dan pematuhan kepada kewajipan undang-undang, termasuk undang-undang cukai, audit dan keselamatan, kami hendaklah mengekalkan data tertentu untuk satu tempoh masa yang panjang. Data ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, log transaksi, laporan kewangan, alamat dan butiran pekerjaan. Tempoh masa pengekalan untuk setiap jenis data akan mematuhi keperluan undang-undang khusus, sehingga 10 tahun.

Sila ambil perhatian bahawa enjin carian, serta pihak ketiga boleh menyimpan salinan maklumat umum yang tersedia setelah akaun anda dipadamkan. Sila ambil perhatian juga bahawa idea yang diterbitkan akan kekal berada di laman web ini dan mesej yang dikirimkan kepada pengguna lain tidak boleh dipadamkan.

Pemasaran

Kami mungkin akan menghantar e-mel pemasaran mengenai produk atau perkhidmatan kami yang serupa dengan produk atau perkhidmatan yang anda langgani sekarang, termasuk maklumat mengenai acara dan promosi lain yang kami rasa mungkin menarik minat anda. Perkara ini akan dilakukan oleh pihak kami kecuali anda telah awalnya menyatakan kepada kami bahawa anda tidak mahu menerima komunikasi dengan cara ini. Kami akan menghantar maklumat promosi lain kepada anda melalui e-mel hanya dengan persetujuan anda, yang diberikan pada masa anda memberikan data peribadi anda kepada kami. Pengguna dapat memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran pada bila-bila masa dengan mengklik "berhenti melanggan" di salah satu e-mel (untuk maklumat lebih lanjut mengenai hak anda, sila lihat bahagian " Hak pengguna " di bawah).

Notifikasi Sosial

Kami boleh memberitahu anda melalui e-mel mengenai pengguna baru yang telah mengikuti anda, menyukai idea, idea baru pengguna yang anda ikuti, dan sebagainya. Anda boleh menolak untuk menerima pemberitahuan tersebut pada bila-bila masa sahaja dengan mengubah tetapannya Tetapan Profil anda.

Pengumuman Berkaitan Perkhidmatan

Pada keadaan yang jarang berlaku, ia adalah perlu untuk menghantar pengumuman berkaitan perkhidmatan. Sebagai contoh, sekiranya perkhidmatan kami terganggu untuk tempoh yang berpanjangan atau fungsi naik taraf utama dilepaskan, kami mungkin akan menghantar semua pengguna mesej dalam bentuk e-mel.

Perkhidmatan Pelanggan

Apabila anda membuka tiket sokongan di laman web kami, kami menggunakan maklumat perhubungan anda termasuk informasi peranti anda, log pelayar, penjelasan masalah, bersama-sama dengan lain-lain bahan sokongan (video, gambar, dll.) untuk membantu anda menyelesaikan isu tersebut.

API

Sekiranya anda menggunakan API (perkhidmatan antaramuka pengaturcaraan aplikasi) kami (seperti Perpustakaan Carta, Terminal Dagangan, API REST) ​​maka kami boleh memproses data peribadi anda untuk proses menyediakan dan menyokong perkhidmatan tersebut.

Kepentingan yang sah

Kami akan memproses data peribadi anda sebagaimana yang diperlukan untuk kepentingan perniagaan tertentu yang sah, termasuk yang berikut:

  • di mana kami diminta untuk menjawab sebarang pertanyaan, komen, atau rungutan anda;grievances grievances;
  • untuk mentadbir Laman Web kami supaya lebih memahami bagaimana pengunjung berinteraksi dengan Laman Web ini dan memastikannya dipersembahkan dengan cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer / peranti anda;
  • untuk membangunkan dan menambahbaik aplikasi mudah alih kami;
  • untuk berkongsi data peribadi dengan rakan perniagaan kami untuk tujuan pentadbiran, menyediakan servis langganan, dan di dalam aktiviti berkaitan jualan dan pemasaran kami, kecuali di mana kami memerlukan pengizinan daripada anda, seperti yang dijelaskan di atas;
  • untuk menghantar anda maklumat mengenai produk atau perkhidmatan kami yang serupa dengan produk atau perkhidmatan yang anda langgani (melainkan anda telah menolak atau memilih untuk tidak menerima e-mel ini pada masa anda memberi kami alamat e-mel anda atau anda telah menyatakan kepada kami bahawa anda tidak mahu menerima komunikasi dengan cara ini). Kepentingan kami yang sah adalah untuk memastikan kesemua pemasaran kami adalah relevan dengan anda, jadi kami dapat memproses data anda untuk mengirimkan maklumat mengenai produk atau perkhidmatan kami yang secara khusus disesuaikan dengan minat anda;
  • kami mungkin tidak menamakan, agregat dan tidak mengidentifikasikan data yang kami kumpulkan dan menggunakan data yang tidak dikenali, agregat dan tidak dikenal pasti untuk tujuan perniagaan dalaman kami sendiri, termasuk berkongsi dengan rakan kongsi perniagaan kami, perniagaan gabungan kami, ejen dan pihak ketiga yang lain untuk tujuan penyelidikan, perdagangan dan statistik, sebagai contoh membenarkan pihak-pihak berkenaan menganalisis corak di kalangan kumpulan manusia, dan menjalankan penyelidikan mengenai demografi, minat dan tingkah laku;
  • untuk operasi dalaman perniagaan / operasi teknikal, termasuk penyelesaian masalah, analisis data, pengujian, penyelidikan, statistik dan tujuan tinjauan, dan sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menjaga laman web ini, rangkaian, dan sistem keselamatan maklumat; dan
  • kepada (a) mematuhi obligasi undang-undang, (b) bertindak balas kepada permintaan daripada pihak berkuasa; (c) menguatkuasakan Syarat Penggunaan atau Peraturan Dalaman kami; (d) melindungi operasi kami atau mana-mana perniagaan gabungan kami; (e) melindungi hak, keselamatan atau harta kami dan / atau perniagaan kami, anda atau orang lain; dan (f) menguatkuasakan atau mempertahankan hak undang-undang, atau mencegah kerosakan. Ini bermakna kami boleh menyimpan dan mendedahkan maklumat anda kepada pihak berkuasa undang-undang, agensi kerajaan atau negeri jika kami mendapati bahawa pendedahan tersebut adalah perlu untuk pematuhan undang-undang. Ini termasuk tindak balas kepada perintah mahkamah atau sepina serta proses perundangan atau peraturan yang lain.

Seperti yang dinyatakan di dalam dasar privasi ini, "kepentingan yang sah" bermaksud kepentingan TradingView dan perniagaan sekutu kami dalam menjalankan dan menguruskan perniagaan. Apabila kami memproses data peribadi anda untuk kepentingan sah kami, kami telah memastikan untuk mempertimbangkan dan mengimbangkan apa-apa kesan yang berpotensi terjadi kepada anda, dan semua hak-hak anda di bawah undang-undang perlindungan data. Kepentingan sah kami tidak secara automatik mengatasi kepentingan anda. Kami tidak akan menggunakan data peribadi anda untuk aktiviti di mana kepentingan kami mempunyai pertindihan dengan kesan kepada anda, melainkan jika kami mendapat persetujuan anda atau aktiviti tersebut diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang. Anda mempunyai hak untuk membantah pada bila-bila masa tindakan kami memproses data peribadi anda berdasarkan kepentingan sah kami, berdasarkan alasan tertentu anda (untuk maklumat lebih lanjut mengenai hak-hak anda, sila lihat seksyen " Hak pengguna " di bawah).

Apabila kami boleh berkongsi maklumat peribadi

Kami berkongsi data peribadi anda kepada pihak ketiga dalam situasi berikut:

  • Pembekal perkhidmatan: TradingView seperti kebanyakan perniagaan, kadang-kadang akan melibatkan pihak ketiga terpilih yang bertindak bagi pihak kami untuk menyokong operasi kami, seperti (i) pemprosesan kad atau perkhidmatan pembayaran (lihat maklumat di bawah " Maklumat pembayaran "), (ii) pembekal dan kontraktor IT (contohnya pembekal hosting atau rakan kongsi penyedia data) yang diperlukan untuk menyediakan sokongan IT dan membolehkan kami menyediakan perkhidmatan langganan dan barangan / perkhidmatan lain yang tersedia di Laman Web ini atau kepada pengguna, (iii) penyedia analisis web dan mudah alih, (iv) pembekal perkhidmatan pengiklanan digital dan (v) penyedia penyelesaian perisian pemasaran dan penjualan. Selaras dengan arahan kami, pihak-pihak ini boleh mengakses, memproses atau menyimpan data peribadi anda semasa menjalankan tugas mereka kepada kami dan hanya untuk melaksanakan perkhidmatan yang kami telah arahkan untuk diberikan.
  • Maklumat pembayaran Pengguna Berbayar hendaklah memberikan maklumat pembayaran (nama, alamat surat-menyurat, maklumat kad pembayaran atau maklumat akaun pembayaran). Maklumat ini digunakan untuk tujuan pengebilan sahaja dan diproses oleh pemproses pembayaran kami. Apabila anda melakukan pembayaran, kami tidak mempunyai akses kepada maklumat kad pembayaran anda. Sekiranya kami mengalami isu dalam memproses satu pesanan, alamat e-mel yang anda telah berikan akan digunakan untuk menghubungi anda. Untuk lebih maklumat mengenai jenis maklumat yang dikumpul oleh pemproses pembayaran kami, sila baca polisi privasi mereka:
  • Penyedia Kandungan Pihak Ketiga: Apabila anda membeli data pasaran dari ICE atau mana-mana bursa saham, kami memberikan mereka butiran hubungan anda (nama, nombor telefon, alamat dan e-mel) dan anda menandatangani perjanjian. Data ini juga diproses oleh ICE atau mana-mana bursa saham untuk memberikan anda akses kepada bursa.
  • Perniagaan gabungan TradingView: Untuk menyediakan perkhidmatan yang anda kehendaki daripada kami, perniagaan gabungan kami perlu untuk dapat mengakses dan memproses maklumat yang kami kumpulkan dari anda untuk tujuan yang dijelaskan di atas, termasuk menawarkan produk dan perkhidmatan kepada anda. Perniagaan gabungan kami hanya akan menggunakan data anda untuk tujuan kami mengumpulkan data tersebut pada awalnya.
  • Penyedia analitik: Kami mungkin menggunakan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk memantau dan menganalisa penggunaan perkhidmatan kami dan aplikasi mudah alih/atas meja. Kami menggunakan maklumat ini untuk menganalisa dan menambah baik kerja perkhidmatan kami dan aplikasi mudah alih.
    • Kami mungkin menggunakan Google Analytics sebagai perkhidmatan analitik web di Laman Web, aplikasi mudah alih dan bersama-sama dengan widget yang kami sediakan. Untuk lebih maklumat mengenai amalan privasi Google Analytics, anda boleh melihat di sini.
    • Perkhidmatan analitik untuk aplikasi mudah alih dan atas meja yang kami gunakan:
      • Firebase — sebuah platform analitik dan pembangunan yang disediakan oleh Google. Untuk lebih maklumat mengenai jenis maklumat yang dikumpulkan, sila lawati laman web Firebase.
      • Flurry Analytics — menyediakan kepada kami alatan dan sumber untuk memahami kelakuan pengguna aplikasi mudah alih kami. Untuk maklumat lanjut mengenai pengendalian data pengguna pada Flurry Analytics, sila rujuk Polisi Privasi mereka.
      • Visual Studio App Center — dimiliki oleh Microsoft. Penetapan perlindungan data yang digunakan oleh mereka boleh disemak di bawah Pernyataan Privasi Microsoft.
      • AppsFlyer — servis analitik untuk mengira dan menganalisa keberkesanan kempen pemasaran dan pengiklanan kami, termasuk juga dalam sesetengah peristiwa dan aksi di dalam aplikasi. Untuk maklumat lanjut bagaimana AppsFlyer berfungsi dan apakah data yang dikumpul, sila lihat Dasar Kerahsiaan Servis AppsFlyer.
      • Sentry — sebuah platform penjejakan ralat dan pemantauan prestasi yang membantu kami melakukan diagnosis, membaiki dan mengoptimumkan prestasi platform kami. Untuk lebih maklumat mengenai data yang dikumpulkan oleh Sentry, sila lihat Polisi Privasi Sentry.
  • Pemindahan perniagaan: Sekiranya kami menjual perniagaan kami atau aset syarikat kami dibeli oleh data peribadi pihak ketiga yang dipegang oleh kami mengenai pengguna akaun umum kami, pengguna akaun langganan atau pelanggan mungkin merupakan salah satu aset yang akan dipindahkan.
  • Sebab-sebab pentadbiran dan perundangan: sekiranya kami perlu mendedahkan data peribadi anda (i) untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan/atau prosiding kehakiman atau pengawalseliaan, perintah mahkamah atau proses undang-undang yang lain. (ii) untuk menguatkuasakan Syarat Penggunaan kami, Peraturan Dalaman atau syarat kontrak yang lain yang anda tertakluk kepadanya atau (iii) untuk melindungi kami atau kontraktor kami daripada kerugian atau kerosakan. Ini termasuk (tanpa batas) bertukar maklumat dengan pihak polis, mahkamah atau organisasi penguatkuasaan undang-undang.
  • Pengiklanan: Kami memaparkan iklan pada laman web dan mengunakan ciri pemasaran semula dan penjejakan. Ciri pemasaran semula membolehkan kami memaparkan iklan dengan kaedah yang lebih menyasar dengan bertujuan untuk membentangkan iklan berdasarkan minat pengguna, berdasarkan aktiviti mereka di laman web. Ciri penjejakan membolehkan kami mengumpul maklumat mengenai impresi, iklan di klik dan sebahagian tidak balas pengguna melalui laman web kami. Data ini membantu kami untuk menilai prestasi kempen pengiklanan tersebut. Sila maklum bahawa kami mengumpul data samaran sahaja. Kami boleh menggunakan perkhidmatan tesebut untuk tujuan pengiklanan, pemasaran semula, dan tujuan penjejakan:
    • Google Ad Manager dan Google Ads - mereka menolong kami berkhidmat dan mengukur kejayaan untuk pengiklanan pada laman web kami.

      Untuk maklumat lanjut berkenaan penggunaan data oleh Google, sila rujuk dokumen Terma & Privasi mereka termasuk Polisi Privasi Google. Anda boleh memilih untuk tidak menyertai dengan melayari laman keluar dari Inisiatif Rangkaian Pengiklanan atau dengan menutup personalisasi pengiklanan Google melalui laman Tetapan Pengiklanan mereka.

    • Pixel Meta — membenarkan kami mengukur, mengoptimumkan dan membina khalayak untuk kempen pengiklanan kami.

      Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai polisi data Metadi sini. Anda boleh menguruskan tetapan peribadi anda untuk pengiklanan di Facebook pada Your Ad Preferences. Sekiranya anda tiada akaun Facebook, anda boleh menggunakan laman web Your Online Choices atau DAA's WebChoices Tool untuk menguruskan pengalaman pengiklanan anda.

    • Twitter Conversion Tracking (Twitter Pixel) — membantu kami untuk mengukur hasil daripada perbelanjaan pengiklanan.

      Untuk maklumat lanjut berkaitan pemprosesan data Twitter, sila lihat polisi Privasi mereka. Anda boleh mengatur tetapan di profil Twitter peribadi anda dan memilih untuk mendapat pengiklanan. Jika anda tidak memiliki akaun Twitter, anda boleh gunakan laman web Your Onlince Choices atau DAA's WebChoices Tool untuk mengatur pengalaman pengiklanan anda.

    Sila maklum bahawa kami tidak kongsikan sebarang maklumat peribadi dengan pengiklan kami. Mereka hanya berupaya mendapatkan statistik umum yang termasuk bilangan impresi iklan yang telah mereka hasilkan termasuklah bilangan klik.

  • Google reCAPTCHA: Kami menggunakan reCAPTCHA untuk memeriksa sama ada data telah dimasukkan oleh seorang manusia atau oleh program automatik. Kami menggunakan perkhidmatan ini untuk melindungi perkhidmatan kami dari spam, penipuan dan penyalahgunaan. reCAPTCHA menganalisa kelakuan pelawat menggunakan pelbagai ciri dan menilai pelbagai maklumat untuk tujuan analisis (seperti alamat IP, tempoh lawatan atau klik tetikus pengguna). Analisis ini bermula secara automatik, sebaik sahaja pelawat laman web mengakses laman web, dan berkerja di belakang. Pelawat tidak diberitahu bahawa satu analisa sedang dijalankan. Data yang direkodkan semasa analisis kemudiannya dihantarkan ke Google. Lebih maklumat mengenai Google reCAPTCHA dan Polisi Privasi Google boleh ditemui dalam pautan berikut: Polisi Privasi Google dan Apakah reCAPTCHA?.
  • Perkhidmatan API YouTube: Kami menggunakan API YouTube untuk berkongsi idea-idea video pilihan anda dan penstriman video kepada akaunYouTube anda. Apabila anda menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu log masuk ke dalam akaun anda dengan akaun Google anda dan memberikan kami kebenaran untuk mengakses akaun YouTube anda. Kami hanya akan menggunakan akses ini untuk memuat naik video-video yang anda pilih untuk dikongsikan dengan kami. Kami tidak akan menyimpan, mengubah, memadam atau melihat apa-apa data lain dari akaun YouTube anda. Kami juga tidak akan berkongsi maklumat akaun Google anda dengan mana-mana pihak ketiga. Anda boleh menarik akses kami kepada akaun YouTube anda pada bila-bila masa dengan melawat halaman tetapan keselamatan Google. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda telah bersetuju untuk terikat dengan Terma Perkhidmatan YouTube.

Maklumat awam di laman web kami

Profil Awam

Apabila anda mencipta profil anda pada Perkhidmatan kami, pengguna lain atau pelawat boleh mengakses profil awam anda dan melihat maklumat yang anda tunjukkan mengenai diri anda. Apabila melayari untuk idea dagangan, mereka akan hanya dapat melihat maklumat pasaran anda (seperti idea dan skrip yang telah diterbitkan, peruntukan pasaran, Simbol yang paling banyak disebut dll), maklumat sosial (seperti senarai pengikut dan diikuti bersama-sama idea yang anda ikuti dan memberikan komen), maklumat hubungan (seperti bahagian Tentang anda, avatar, pautan kepada akaun media sosial anda, laman web dll), status komuniti anda (seperti lencana Moderator atau Pro, maklumat statistik seperti mata reputasi, lihatan, suka, pengikut, tarikh pendaftaran, termasuk tarikh terakhir anda melawat). Alamat e-mel anda, bagaimanapun, tidak akan kelihatan (kecuali anda memilih untuk menunjukkannya).

Isi kandungan awam

Laman web kami membenarkan mereka yang mempunyai satu akaun pengguna berdaftar untuk berkongsi carta-carta mereka dengan petunjuk dan komen yang dapat ditambahkan, skrip "idea", strim dan kandungan lain mereka, dengan seluruh internet melalui ciri-ciri penerbitan kami.

Dengan menggunakan ciri-ciri penerbitan, anda memberikan kami satu lesen yang tidak dapat ditarik balik, berkekalan dan bebas royalti untuk menerbitkan dan mendedahkan kandungan, beserta nama pengguna untuk pengarang, yang akan membuat anda dapat dikenali.

Anda juga boleh menerbitkan kandungan anda sebagai "peribadi". Ini bermaksud bahawa kandungan tersebut tidak akan ditampilkan di profil atau senarai idea, skrip, strim, dll., Juga tidak akan diindeks oleh enjin-enjin pencari. Namun, pengguna yang mempunyai pautan langsung ke kandungan anda akan dapat melihatnya. Perhatikan bahawa anda boleh mengawal siapa / pengguna yang mempunyai akses ke sesuatu pautan.

Apabila anda memberikan komen pada kandungan di Laman Web kami, kami juga menerbitkan maklumat tertentu mengenai komen anda: ini termasuk tarikh, waktu dan aplikasi (seperti "TradingView untuk iOS" jika anda memberikan komen dari salah satu aplikasi kami).

Sembang dan Mesej Peribadi

Apabila anda berkomunikasi dengan pengguna lain dalam sembang awam dan peribadi, kami menyimpan dan memproses mesej dan maklumat anda yang berkaitan. Kami menyemak pautan untuk memastikan bahawa tiada kandungan yang berniat jahat serta mengesan spam dan imej yang dilarang. Apabila anda menggunakan mesej peribadi untuk berkomunikasi ingatlah bahawa penerima mempunyai salinan mesej anda yang saling diutuskan. Ini akan berlaku walaupun anda menghapuskan mesej tersebut dari akaun anda. Penerima boleh menyalin, menyimpan atau berkongsi semula mesej ini. Sila sentiasa berjaga-jaga tentang perkara ini.

Keselamatan maklumat peribadi

Kami menggunakan perlindungan teknikal dan organisasi untuk melindungi data peribadi anda dan memerlukan kerjasama pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama.

Kami menggunakan teknologi penyulitan Transport Layer Security (TLS) untuk melindungi maklumat tertentu yang anda hantar kepada kami. Teknologi ini melindungi anda daripada sesiapa sahaja untuk memintas maklumat anda semasa dihantar ke TradingView atau PayPal. Semasa berada di halaman yang selamat, seperti borang pesanan kami, ikon "kunci" di tetingkap penyemak imbas akan keluar, yang mengesahkan bahawa sambungan yang selamat dan disulitkan telah terjalin didalam Laman Web. Kami bekerja keras untuk memastikan bahawa Laman Web kami selamat dan memenuhi standard industri. Kami juga menggunakan perlindungan lain, seperti tembok api, sistem-sistem pengesahan (seperti kata laluan dan nombor pengenalan peribadi), dan mekanisma kawalan akses untuk mengawal akses yang tidak dibenarkan ke dalam sistem dan data. Sekiranya anda memilih untuk membuat akaun, anda bertanggungjawab untuk melakukan kesemua yang anda boleh lakukan untuk memastikan rahsia maklumat akses anda adalah rahsia. Anda tidak boleh berkongsi maklumat ini dengan orang lain.

Kami juga melakukan yang terbaik untuk melindungi maklumat pengguna di luar talian. Semua maklumat peribadi pengguna kami terhad kepada pejabat kami. Hanya pekerja yang perlu melihat maklumat tersebut yang melaksanakan tugas mereka dibenarkan mengaksesnya.

Pelayan yang menyimpan data peribadi terletak dalam persekitaran yang selamat di dalam kawasan yang terkunci.

Kami terus memperbaiki cara kami menyelamatkan, menyimpan, dan memproses data yang kami kumpulkan, termasuk penambahan langkah-langkah keselamatan fizikal yang membantu kami mengatasi akses tanpa izin ke sistem kami. Walau bagaimanapun, tiada kaedah penghantaran elektornik atau penyimpanan yang 100% selamat. Oleh itu, kami tidak menjamin keselamatan secara mutlak.

Data peribadi kanak-kanak dan sensitif

Laman Web ini tidak ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 18. Kami tidak menghubungi atau mengumpul maklumat peribadi dari kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, atau data peribadi sensitif ("asal-usul kaum atau etnik, pendapat politik, kepercayaan agama atau filosofi, keahlian kesatuan dagangan, pemprosesan data genetik, data biometrik untuk tujuan mengenalpasti secara unik individu asli, data mengenai kesihatan atau kehidupan seks individu asli atau orientasi seksual," dll.). Sila rujuk Art. 9 GDPR untuk lebih maklumat. Jika anda percaya kami secara tidak sengaja mengumpul maklumat berkenaan, sila hubungi kami serta-merta supaya kami boleh mendapatkan kebenaran khas atau memadamkan maklumat berkenaan.

Laman Pihak Ketiga

Dipautkan ke laman web yang lain

Mengikut budi bicara kami, kami berkemungkinan akan menambah pautan (pautan web) ke laman web lain daripada laman web kami. Laman web ini boleh uruskan oleh pihak ketiga secara berasingan dengan dasar privasi yang bebas. Oleh itu, kami tidak mempunyai tanggungjawab dan juga tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kandungan, aktiviti atau dasar privasi dari laman web lain. Kami mencadangkan anda untuk membaca dasar privasi setiap laman web yang anda lawati.

Penyelesaian pencartaan kami yang dihoskan

Sebahagian rakan niaga Tradingview menggunakan penyelesaian carta kami di laman web mereka sendiri. Laman web tersebut mungkin memaparkan mesej seperti "Powered by TradingView" atau yang serupa. Kami tidak mengawal dasar privasi laman web mereka, tidak kira sama ada mesej ini dipaparkan ataupun tidak. Sekali lagi, kami mencadangkan anda membaca dasar privasi setiap laman web yang anda lawati.

Khusus pengguna EEA dan UK

Individu yang tertakluk kepada undang-undang perlindungan data Eropah mungkin mempunyai hak berkaitan dengan data peribadi yang kami simpan pada mereka (dijelaskan secara terperinci di bawah). Ini mungkin, dengan sendirinya, dikenakan had dan / atau sekatan.

Sekiranya anda berada di EEA, sila hubungi kami untuk menggunakan hak anda.

Mengakses data

Sekiranya diminta, kami akan megesahkan sama ada kami akan memproseskan data peribadi anda dan jika demikian, kami akan menyediakan kepada anda salinan data peribadi tersebut bersama dengan lain-lain butiran yang berkaitan. Jika anda memerlukan salinan tambahan, kami mungkin akan mengenakan bayaran dengan jumlah yang berpatutan, tetapi perkara ini boleh dibincang dan bergantung juga kepada keadaan.

Mengehadkan pemprosesan data peribadi

Anda boleh meminta kepada kami untuk menghalang atau 'menyekat' pemprosesan data peribadi anda untuk keadaan-keadaan tertentu, seperti contoh, jika anda mencabar ketepatan data atau objek kepada kami untuk memprosesnya. Kami akan memberitahu anda sebelum kami menarik balik sebarang halangan untuk pemprosesan. Jika kami berkongsi data peribadi anda dengan pihak lain, kami akan seboleh mungkin memaklumkan kepada mereka mengenai halangan tersebut. Sekiranya diminta, dan jika ia munasabah dan menepati undang-undang, kami juga akan memberitahu anda dengan siapa kami telah dan akan kongsikan data peribadi anda supaya anda boleh menghubungi mereka secara terus jika perlu.

Bantahan

Anda boleh:

  • minta kami untuk memberhentikan pemprosesan data peribadi anda pada bila-bila masa, dan kami akan berbuat demikian. Jika kami bergantung kepada kepentingan sah untuk memproses data peribadi anda, ia sepatutnya tidak menjadi masalah kecuali kami menunjukkan hujah-hujah yang berasas dan sah untuk pemprosesan;
  • keberatan untuk meproses data anda bagi tujuan pemasaran secara langsung pada bila-bila masa. Ini dapat dilakukan dengan mengklik butang "berhenti melanggan" di e-mel pemasaran kami; dan
  • menolak untuk menerima perkhidmatan pemberitahuan melalui e-mel (sebagai contoh, apabila seorang pengguna yang anda langgani menerbitkan carta, idea, dll.). Ini dapat diubah di dalam Tetapan Pengguna.

Penarikan balik persetujuan

Jika kami bergantung kepada kebenaran anda untuk memproses data peribadi anda, anda berhak untuk menarik balik kebenaran tersebut pada bila-bila masa. Ini tidak akan mempengaruhi kesahan kami dalam memproses data anda sebelum menerima notis penarikan balik kebenaran anda. Kami ingin menekankan bahawa kami secara umumnya tidak bergantung kepada kebenaran anda untuk memproses data peribadi jika terdapat dasar undang-undang yang lain. Jika kami bergantung kepada kebenaran anda, kami akan memastikan anda jelas mengenainya dalam tempoh masa tersebut.

Melihat dan membetulkan data

Anda berhak untuk membetulkan data peribadi yang tidak tepat atau melengkapkannya jika ia tidak lengkap. Untuk berbuat demikian, setiap pengguna boleh lihat, mengatur dan/atau mengemaskini data peribadi di Tetapan Profil.

Jika kami kongsikan data peribadi anda dengan pihak lain, kami akan maklumkan sebarang pembetulan yang dibuat bila-bila berkesempatan. Jika diminta, serta munasabah dan bertepatan dengan undang-undang untuk berbuat demikian, kami juga akan maklumkan kepada anda dengan siapa kami kongsikan data peribadi anda supaya anda boleh menghubungi mereka secara terus jika perlu.

Memadamkan data

Anda berhak untuk menolak untuk mengguna laman web kami dan meminta kami untuk memadamkan dan membuang data peribadi anda pada keadaan-keadaan tertentu. Jika kami kongsikan data anda dengan pihak lain, kami akan maklumkan kepada mereka perubahan tersebut bila-bila berkesempatan. Sekiranya diminta, serta munasabah dan bertepatan dengan undang-undang untuk berbuat demikian, kami juga akan maklumkan kepada anda dengan siapa kami kongsikan data peribadi anda supaya anda boleh menghubungi mereka secara terus jika perlu.

Sila lihat bahagian "Menghapus akaun pengguna" untuk maklumat lanjut.

Pengekalan data

Kami akan menyimpan data peribadi anda (1) sehingga anda memutuskan untuk memadam akaun anda (di atas permintaan), atau (2) seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau yang diperlukan untuk tujuan perniagaan yang sah (iaitu cukai, undang-undang, perakaunan, penipuan, atau penyalahgunaan , dan / atau tujuan lain). Data ini dapat disimpan walaupun setelah akaun dipadam.

Setelah tempoh penyimpanan yang berlaku tamat, kami akan menghapuskan data peribadi anda dalam keadaan yang teliti bertepatan dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai. Di sesetengah keadaan kami akan memadamkan identiti anda supaya ia tidak lagi berkaitan dengan anda. Dalam kes sebegini, data tersebut tidak lagi dianggap peribadi.

Sekiranya anda bersetuju untuk menerima komunikasi pemasaran, kami akan menyimpan data anda sehingga anda berhenti melanggan, yang boleh dilakukan melalui butang ‘berhenti melanggan’ di akhir e-mel pemasaran kami. Kaedah lain untuk berhenti melanggan mungkin akan ditambah pada masa akan datang.

Kemudahalihan data

Anda mempunyai hak untuk mendapatkan data daripada pihak kami, iaitu yang anda telah benarkan dan berikan kepada kami sebagai keperluan dalam pertalian kontrak antara pihak kami dan anda. Kami akan berikan data peribadi anda dalam keadaan yang berstruktur, lazimnya telah digunakan, dan dalam bentuk bacaan mudah alih. Anda dibenarkan untuk menggunakannya di tempat lain jika anda mahu.

Ajukan aduan dengan pihak berkuasa perlindungan data

Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai amalan privasi kami, termasuk cara kami mengendalikan atau memiliki data peribadi anda, anda boleh melaporkannya kepada mana-mana pihak berkuasa perlindungan data dari negara anggota Kesatuan Eropah yang diberi kuasa untuk mendengar laporan tersebut (anda boleh dapati maklumat Pihak Berkuasa Perlindungan Data Kesatuan Eropah di sini ) atau ke Pejabat Pesuruhjaya Maklumat (ICO), pihak berkuasa penyelia UK untuk masalah perlindungan data. Sekiranya anda ingin menggunakan mana-mana hak ini, sila hubungi kami. Kami perlu meminta anda maklumat lebih lanjut untuk mengesahkan identiti anda sebelum kami dapat menjawab sebarang permintaan.

Pemindahan data antarabangsa

TradingView Inc. berpangkalan di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Maklumat yang dikumpul melalui Perkhidmatan akan disimpan pada pelayan yang terletak di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan destinasi lain (termasuk di luar EEA), kepada pembekal perkhidmatan dan perniagaan gabungan kami untuk tujuan yang diterangkan di atas. Ini adalah perlu untuk membolehkan anda menavigasi dan menggunakan Perkhidmatan kami. Data mungkin dihantar kepada pembekal perkhidmatan dan ahli gabungan kami yang menyokong operasi perniagaan kami (seperti yang diterangkan di atas).

Sila maklum bahawa negara-negara yang berkaitan berkemungkinan tidak menyediakan standard perundangan yang sama untuk perlindungan data peribadi anda yang terdapat di EEA. Jika kami memindahkan data peribadi anda ke luar negara selain EEA, kami akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan maklumat anda diterima dengan tahap perlindungan yang sewajarnya di mana ia diproses dan hak-hak anda terus dilindungi.

Jika anda ingin menerima lebih banyak maklumat tentang perlindungan yang kami laksanakan, sila hubungi kami.

Hak khusus pengguna California

Sekiranya anda seorang penduduk California yang layak, Akta Kerahsiaan Pengguna California ("CCPA") memberikan anda hak khusus berkenaan dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda. Anda mempunyai hak berikut di bawah CCPA:

  • Hak untuk meminta yang kami dedahkan beberapa maklumat kepada anda mengenai pengumpulan dan penggunaan kami tentang maklumat peribadi anda sepanjang 12 bulan lepas. Senarai kategori-kategori mengenai maklumat peribadi dikumpulkan dan didedahkan mengenai pengguna-pengguna adalah disenaraikan di dalam seksyen 'Data peribadi yang kami kumpul' dan senarai kategori-kategori pihak ketiga di mana maklumat peribadi boleh didedahkan adalah disenaraikan di dalam seksyen 'Bila kami berkongsi maklumat peribadi'. Sila hubungi kami untuk melakukan permintaan satu data mudah alih. Selain itu juga, kami tidak menjual maklumat peribadi anda.
  • Hak untuk meminta menghapus maklumat peribadi yang telah kami kumpulkan dari anda. Sila lihat bahagian "Menghapus akaun pengguna" untuk maklumat lanjut.
  • Hak untuk tidak didiskriminasi mengenai harga dan perkhidmatan semasa anda menggunakan hak anda di bawah CCPA. Kami tidak menawarkan insentif kewangan, perbezaan harga atau perkhidmatan kepada pengguna sebagai pertukaran untuk menjual maklumat peribadi pengguna.

Maklumat untuk dihubungi

Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau cadangan mengenai pemprosesan data peribadi, sila hubungi kami menggunakan borang ini atau melalui pos di:

TradingView.com, Inc.
470 Olde Worthington Rd., Suite 200
Westerville, OH 43082

Sekiranya anda merupakan seorang individu di EEA, anda juga boleh menghubungi salah satu wakil kami, Jasper Ernst, di C / Aragón 643 (Kotak Surat), Peti Surat 194, 08026 Barcelona, ​​Sepanyol, yang telah dilantik oleh TradingView sebagai wakil di EEA, menurut Artikel 27 dari Peraturan Perlindungan Data Umum Kesatuan Eropah mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pemrosesan data pribadi yang berlaku di EEA.

Sekiranya anda seorang individu di UK, anda juga boleh menghubungi kami di:

TradingView Ltd.
Floor 25. The Shard,
32 London Bridge St,
London SE1 9SG.