Kenyataan kebolehcapaian TradingView

Komitmen kami kepada kebolehcapaian

Di TradingView, kami komited untuk memastikan produk digital kami adalah boleh diakses kepada semua pengguna, tidak mengira pengalaman, perspektif atau keperluan akses mereka. Kami memahami kepentingan mencipta persekitaran atas talian yang inklusif dan komited untuk terus menambah baik kebolehcapaian platform kami kepada semua.

Kami memahami bahawa produk kami adalah kompleks dan kaya dengan ciri, dan mencapai kebolehcapaian penuh untuk semua orang adalah satu perjalanan yang masih jauh. Proses reka bentuk dan pembangunan kami adalah dipandu oleh amalan dan piawaian terbaik, termasuk Section 508 dalam U.S. Rehabilitation Act and the Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) 2.2. Kami mensasarkan untuk memenuhi standard minimum kriteria kejayaan Level AA seperti yang ditakrifkan oleh WCAG 2.2.

Penambah baikan

Kami mematuhi standard kebolehcapaian laman web yang diiktiraf peringkat antarabangsa, termasuk Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) 2.2. Sasaran kami adalah memastikan laman web dan platform kami boleh dilihat, dikendalikan dan difahami untuk semua pengguna.

  • Ujian dan penilaian berterusan. Kami sentiasa menilai dan menguji platform kami untuk kebolehcapaian, menggunakan kedua-dua alatan automatik dan ujian manual. Ini membantu kami mengenalpasti dan menangani isu kebolehcapaian dengan pantas.
  • Maklum balas pengguna. Kami mengalu-alukan maklum balas dari pengguna kami, termasuk golongan kurang upaya, untuk apa-apa halangan kebolehcapaian yang mereka hadapi. Input ini sangat berguna untuk membantu kami melakukan penambah baikan berterusan.
  • Ciri kebolehcapaian. Kami telah melaksanakan pelbagai ciri-ciri kebolehcapaian pada platform kami, termasuk sokongan navigasi papan kekunci, teks alternatif untuk imej dan keserasian dengan pembaca skrin.
  • Latihan dan kesedaran. Pasukan kami menerima latihan tentang amalan terbaik kebolehcapaian untuk memastikan kandungan dan ciri kami adalah dibangunkan dengan mengambil kira kebolehcapaian.

Laman Web

Laman web kami, tradingview.com, direka bentuk untuk memenuhi standard WCAG 2.2 Level AA. Kami senantiasa menambah baik pengalaman pengguna dan aliran kerja, dengan ciri kebolehcapaian berikut:

  • Navigasi papan kekunci. Semua elemen di laman web kami adalah boleh diakses melalui navigasi papan kekunci, membenarkan pengguna melayari menggunakan kekunci Tab dan Shift + Tab. Kami juga telah mewujudkan satu butang "Langkau Kandungan" untuk memintas blok pengepala berulang dan memfokuskan secara terus kepada kandungan utama.
  • Keserasian pembaca skrin. Laman web kami adalah serasi sepenuhnya dengan pembaca-pembaca skrin, yang memastikan pengguna dapat mengakses kandungan dalam format audio. Pengepala yang jelas dan berstruktur menambah baik lagi navigasi untuk pengguna yang bergantung kepada pembaca skrin.
  • Kebolehcapaian multimedia. Semua GIF dan video pada laman web kami mengandungi satu butang jeda, memberikan pengguna kawalan untuk animasi dan menambah baik keseluruhan kebolehcapaian untuk kandungan multimedia.

Carta

Kami secara aktif berusaha untuk menjadikan carta kami lebih mudah diakses dan mematuhi standard WCAG 2.2. Usaha terkini kami termasuk:

  • Navigasi papan kekunci. Kami telah melaksanakan ciri-ciri navigasi papan kekunci yang membenarkan pengguna menavigasi menerusi pelbagai elemen antara muka menggunakan kekunci Tab. Kefungsian ini merangkumi bar atas, panel lukisan, panel kanan dan bawah, membenarkan pengguna melakukan perkara asas menggunakan pintasan papan kekunci.
  • Kontras warna. Kami memfokuskan kepada membekalkan kontras warna yang mencukupi untuk kedua-dua tema gelap dan cerah untuk menambah baik kebolehbacaan. Ini memastikan kandungan mudah dibezakan dan boleh diakses oleh pelbagai pengguna.
  • Kebolehlihatan fokus. Kami mengutamakan keadaan kebolehlihatan fokus untuk memastikan pengguna papan kekunci dapat mengenal pasti dengan mudah di mana mereka berada pada antara muka dan berinteraksi dengan lebih berkesan.
  • Keserasian pembaca skrin. Platform kami adalah direka bentuk untuk bekerja dengan lancar bersama-sama pembaca skrin, memastikan pengguna dapat mengakses kandungan dalam format audio, menjadikannya lebih mudah diakses untuk individu yang cacat penglihatan.

Widget

Kami memahami kepentingan memastikan kebolehcapaian dalam semua widget kami, dan kami secara aktifnya berdedikasi untuk mempertingkatkan navigasi untuk memastikan kefungsian widget yang lancar di laman web anda.

Pada masa ini, kami telah maju secara ketara dalam mencapai kebolehcapaian penuh untuk beberapa widget kami, menjadikan mereka serasi sepenuhnya dengan papan kekunci dan penggunaan pembaca skrin. Untuk widget yang lain, kami berusaha keras untuk membawa mereka kepada standard kebolehcapaian yang sama, dengan kemajuan berterusan dalam usaha kami ini. Keterangkuman dan kemudahan penggunaan laman web anda kekal menjadi keutamaan kami.

Hubungi kami untuk maklum balas

Kami melihat kebolehcapaian sebagai satu perjalanan yang berterusan, dan maklum balas anda adalah sangat penting dalam proses ini. Sekiranya anda menjumpai apa-apa isu kebolehcapaian atau mempunyai cadangan untuk penambah baikan, sila hubungi kami melalui e-mel di accessibility@tradingview.com. Nota: e-mel ini hanya untuk isu kebolehcapaian. Semua soalan lain hendaklah dihantar terus kepada Pusat Bantuankami.

Di TradingView, kami komited untuk mencipta satu platform yang boleh diakses dan inklusif untuk semua pengguna kami. Terima kasih untuk sokongan dan perkongsian anda dalam mencapai matlamat ini.