Peraturan Dalaman dan Garis Panduan Komuniti

TradingView ialah platform global untuk menyelidik pasaran kewangan dan memblogkan idea anda. TradingView benar-benar komited untuk menjadi terbuka dan telus tetapi kami menggariskan beberapa jenis tingkah laku tertentu yang menjejaskan pengguna kami, mengancam infrastruktur kami dan merosakkan komuniti kami.

Tujuan TradingView ialah ialah:

TradingView meraikan komunikasi terbuka dan idea kreatif. Selagi anda mematuhi peraturan kami, kami mahu anda meluahkan idea dengan bebas dan menggunakan TradingView untuk berkongsi pandangan, belajar daripada orang lain, berkawan dan berkongsi keseronokan terhadap kewangan.

Garis Panduan

Peraturan Utama

  • Sila gunakan hanya satu akaun - pendaftaran dengan berbilang akaun tidak dibenarkan.
  • Broker & bursa adalah dikehendaki untuk menggunakan akaun korporat. Akaun biasa hanya boleh digunakan oleh pengguna individu. Sila berhubung dengan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Tidak boleh memaparkan pautan atau rujukan kepada kandungan / laman web yang mengandungi virus atau perisian hasad.
  • Dilarang mengadakan ceramah politik yang mempunyai unsur perbalahan, fitnah, pernyataan yang bersifat mengancam atau diskriminasi, ucapan berunsurkan kebencian atau serangan peribadi.
  • Hanya Bahasa Melayu yang boleh digunakan dalam bilik sembang awam utama dan semua komen awam - bertujuan supaya semua individu boleh memahaminya. Mana-mana bahasa boleh digunakan dalam bilik sembang tersuai yang ditetapkan. Sila semak versi TradingView tempatan, di sana terdapat 3 bilik sembang awam utama yang menggunakan bahasa tempatan masing-masing.
  • Jangan siarkan maklumat hubungan peribadi secara luar talian.
  • Dilarang meletakkan pautan / kiriman kandungan yang menyalahi undang-undang, berunsur erotik, pornografi, atau bogel.
  • Jangan menyiarkan kandungan yang bukan kerja asal anda, atau melanggar mana-mana hak cipta pihak ketiga.
  • Tiada iklan, pemasaran terus atau pengumpanan! Untuk mengiklan kepada pengunjung sila hubungi
  • Jangan sebarkan khabar angin, apa-apa maklumat tidak berasas atau berita tidak bersumber. Apa-apa kejadian yang disiarkan dalam berita perlu memaparkan sumber rujukan sebagai bukti.

Cara larangan berfungsi

Anda akan diberi amaran atau dilarang daripada mengakses (dari 5 minit sehingga 1 bulan) jika anda melanggar peraturan seperti yang disenaraikan di atas.

Moderator memilih respons yang sesuai berdasarkan pelanggaran dan sejarah larangan terdahulu. Amaran atau larangan singkat kebiasaannya dikeluarkan untuk kali pertama atau pelanggaran kecil. Setiap pelanggaran yang berturut-turut mungkin akan menyebabkan tempoh larangan yang lebih lama, sehingga mencecah 1 minggu dan kemudiannya 1 bulan. Kedua-dua langkah ini diperlukan sebelum pengguna dilarang menyertai buat selamanya. Terdapat 4 pengecualian yang akan menyebabkan akaun dilarang menyertai selamanya dengan serta-merta:

  • Akaun pendua
  • Akaun yang digunakan untuk penspaman
  • Akaun yang menyebarkan perisian hasad
  • Akaun dengan pelan dinaik taraf yang memulakan caj balik melalui PayPal tanpa sebab yang sah
  • Penerbitan skrip yang tidak sesuai dan diciplak

Sila ambil perhatian bahawa pengguna dengan langganan berbayar boleh diberi amaran dan dilarang daripada menerbitkan kandungan dan berinteraksi dengan individu lain seperti mana-mana pengguna lain. Tidak akan ada layanan istimewa untuk pengguna berbayar apabila ia berkaitan dengan aktiviti sosial mereka di laman web.

Maklumat Peribadi

TradingView berhak menetapkan semula avatar yang tidak sesuai. Ahli yang melakukan kesalahan akan kehilangan keupayaan menetapkan avatarnya sendiri.

Avatar yang tidak sesuai:

  • Bersifat diskriminasi
  • Bersifat politik secara terang-terangan
  • Menyamar atau mencemuh orang lain
  • Mengandungi karya erotik atau lucah;
  • Menyinggung perasaan orang lain

Nama pengguna awam hanya boleh dipilih apabila menyertai dan hanya boleh ditukar sekali selepas itu. Perlu diingatkan bahawa pihak kami tidak membenarkan pengguna mempunyai lebih dari 1 akaun di TradingView, jadi sekiranya anda ingin menukar nama pengguna awam anda, tetapi anda tidak dapat berbuat demikian, dinasihatkan anda tidak membuat akaun TradingView yang lain, kerana ia adalah tidak dibenarkan.

TradingView berhak menetapkan semula nama akaun anda jika ia:

  • Mengandungi laman web, alamat e-mel atau maklumat untuk dihubungi;
  • Menyamar orang lain
  • Menyatakan anda adalah moderator, pekerja TradingView atau diambil bekerja oleh sebuah broker atau pertukaran kripto (sedangkan anda bukan)
  • Menyinggung perasaan

Sembang Awam & Komen

  • Sebaik sahaja pengguna berdaftar yang baharu mengesahkan nombor telefon mereka, mereka akan boleh memberikan komen mengenai idea yang diterbitkan oleh individu lain. Untuk menyertai sembang awam, pengguna juga perlu memperoleh 20 mata reputasi. Keperluan ini diperlukan untuk usaha mengatasi spam dan mengekalkan persekitaran yang mesra komuniti untuk perbualan yang matang dan bermakna.
  • Hormati ahli lain walaupun anda tidak bersependapat, tidak perlu sampai bermusuhan.
  • Elakkan daripada bersembang dengan individu yang tidak melakukan dagangan.
  • Jangan memonopoli atau menguasai perbincangan.
  • Dilarang mengeluarkan kata-kata yang kesat atau boleh menyinggung perasaan.
  • Dilarang menyiarkan kiriman, dinding teks, dinding emoji dan dinding carta yang berlapis atau menggunakan SEMUA HURUF BESAR.
  • Jangan mempertikai moderator atau mengkritik penyederhanaan yang dilakukan dengan terbuka secara umum - sila hantar mesej peribadi sekiranya anda tidak bersetuju dengan sesuatu perkara.
  • Jangan menyiarkan kiriman panggilan dagangan tanpa sama ada syot kilat atau carta yang diterbitkan untuk menunjukkan analisis.
  • Jangan spam carta (menyiarkan carta yang sama secara berulang kali tanpa apa-apa perubahan).
  • Jangan bercakap gah atau bermegah tentang keputusan, biarkan analisis menunjukkan semua butiran secara terperinci.
  • Tidak dibenarkan melambakkan idea. Jangan menyiarkan kiriman idea yang diterbitkan untuk bersembang melainkan jika ia menyokong perbincangan antara diri anda dan pengunjung sembang lain.
  • Tiada pautan ke tapak sesawang, blog, media sosial, aplikasi kiriman, saku kripto, servis berbayar atau percuma, nama syarikat, pemberian hadiah, hadiah peraduan atau pengumuman.
  • Gunakan ciri Abaikan jika perlu, tetapi janganlah membuat pengumumana bahawa anda telah berbuat demikian - ini adalah kurang matang dan tidak wajar.

Ulasan pembrokeran

Anda boleh meninggalkan ulasan anda untuk memberitahu semua orang tentang pengalaman anda. Anda perlu mempunyai akaun langsung dengan broker atau bursa untuk meninggalkan ulasan anda.

  • Sila ambil perhatian bahawa anda tidak dibenarkan untuk meninggalkan ulasan sekiranya anda bekerja dengan broker atau mempunyai hubungan langsung dengan mereka.
  • Ulasan anda tidak sepatutnya mengandungi bahasa yang boleh dipertuduhkan atau dilihat sebagai mengapi-apikan, termasuk kenyataan yang menjatuhkan, atau sekiranya ia melanggar peraturan rumah kami atau undang-undang terpakai.
  • Bahasa kasar atau ganas dan juga berbaur perkauman dan seksis adalah dilarang.
  • Kandungan ulasan anda tidak boleh kelihatan seperti menjurus kepada etikal dan/atau pendapat politik.
  • Kajian anda tidak boleh memasukkan maklumat peribadi tentang individu lain, seperti nama, alamat, nombor telefon, e-mel, maklumat kad kredit atau apa-apa maklumat lain yang boleh digunakan untuk mengesan, mengenal pasti, menghubungi atau menyamar sebagai seseorang.
  • Ulasan anda tidak boleh mempunyai rujukan kepada apa-apa promosi atau pautan.

Menerbitkan Idea

Menerbitkan idea meletakkannya di blog / profil peribadi anda. Semua idea yang anda terbitkan boleh diakses di halaman blog / profil anda dan dengan pautan langsung. Pengikut anda mendapat notifikasi bahawa anda menerbitkan idea baharu. Semua idea yang diterbitkan diindeks oleh penapis di laman web ini. Idea terbaik berada di bahagian paling atas halaman depan sebagai idea Popular.

Untuk menjadi terbaik, sesuatu idea hendaklah sangat bermanfaat - terperinci, deskriptif dan menarik.

Idea dengan rangka masa yang kurang daripada 15 minit, hanya akan diterbitkan secara peribadi atau dihantar ke dalam sembang. Apa-apa yang kurang daripada 15 minit dianggap sebagai tempoh yang terlalu pendek dan kebanyakan individu tidak akan dapat bertindak balas dengan secukupnya kepada idea anda sebelum ia kehilangan punca. Anda boleh menerbitkan syot kilat kepada sembang.

Idea awam boleh diedit atau dikeluarkan hanya dalam tempoh 15 minit setelah diterbitkan. Selepas itu, ia mustahil untuk mengedit atau menghapuskannya.

Moderator akan menyembunyikan idea yang diterbitkan (tidak kira sama ada idea bertulis atau idea bervideo) jika ia melanggar mana-mana tujuh (7) peraturan berikut. Nota akan sentiasa dihantar kepada pengarang dalam hal tersebut. Penerbitan hendaklah:

  • Menjadi bahasa utama di bahagian laman web (untuk versi setempat). Bahasa Inggeris, untuk orang Inggeris, Bahasa Jepun untuk orang Jepun dan sebagainya. Bahagian utama ialah dalam Bahasa Inggeris.
  • Berbincang mengenai topik atau perkara berkaitan dengan dagangan / pasaran kewangan.
  • Mengandungi kandungan kerja asal anda.
  • Tiada iklan, logo, pautan ke mana-mana laman sesawang, media sosial atau aplikasi penghantaran. saku kripto, nama syarikat, pemberian, hadiah pertandingan atau apa jenis pemberitahuan adalah dibenarkan pada carta, tajuk ide, penerangan ide, komen atau pengemaskinian status ide. Ide dari video tidak menunjukkan atau menggalakkan mana-mana lamas sesawang luar dan hanya boleh berasaskan kepada carta dari platform kami sahaja. Pemegang pelan premium adalah dibenarkan melakukan beberapa rujukan didalam bahagian Signature, yang mana bole dikemaskini di dalam Profile Settings dan muncul di bawah setiap ide yang telah disiarkan. Untuk pengumuman kecil, status peribadi boleh digunakan untuk memberikan kemaskini kepada semua pengikut.
  • Bukan diguna untuk menyuarakan aduan, keluhan atau pertikaian dengan dasar, menghina atau mencemuh ahli lain, atau mewujudkan konflik dalam komuniti. Ini termasuk mengejek, mencerca atau menyalahgunakan idea atau analisis yang diterbitkan secara langsung mahupun tidak langsung.
  • Kemas kini status idea hendaklah berkaitan secara langsung dengan idea yang diterbitkan. Kemas kini yang tidak berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada pautan ke webinar, video YouTube, halaman Facebook atau halaman yang memerlukan pendaftaran atau menawarkan isyarat percuma tidak dibenarkan.
  • Bukan sekadar mengulangi maklumat pasaran asas yang telah tersedia melalui TradingView seperti kejadian berita, kalendar ekonomi atau tajuk berita. Ini hanya dibenarkan jika ia sebahagian daripada idea dagangan sebenar dengan kecenderungan yang jelas.

Mana-mana kandungan yang melanggar peraturan ini boleh menyebabkan pengarang mendapat amaran, idea yang diterbitkan akan disembunyikan dan/atau mengehadkan pengarang daripada menyiarkan lebih banyak idea.

Menerbitkan Skrip

Menerbitkan skrip meletakkannya di bawah tab Skrip pada profil peribadi anda dan di dalam skrip Perpustakaan Awam to TradingView . Walaupun anda mungkin membuat keputusan untuk tidak membuat kod skrip anda boleh diakses, huraian dan carta skrip anda akan menjadi umum dan boleh dilihat oleh semua ahli TradingView dan mana-mana pengguna Internet yang mempunyai akses kepada pautannya.

Apabila anda menerbitkan sesuatu skrip, anda juga membuat keputusan tentang keterlihatannya: terbuka (semua orang boleh menggunakan, melihat dan mengakses kod sumber), dilindungi (semua orang boleh menggunakannya, tetapi hanya anda boleh mengakses kod sumber) atau undangan sahaja (anda mengawal yang boleh menggunakannya dan hanya anda yang boleh mengakses kod sumber). Anda boleh membaca tentang skrip penerbitan di Manual Pengguna Pine . TradingView menggalakkan penerbitan skrip sumber terbuka kerana ia membolehkan pedagang lebih memahami peralatan yang mereka gunakan.

Perpustakaan Awam adalah perkara biasa untuk semua versi bahasa di dalamTradingView. Ini bertujuan supaya semua ahli mendapat manfaat daripada semua skrip yang diterbitkan, bahasa Inggeris mesti digunakan untuk nama skrip dan penjelasan, dan ia mesti menjadi dominan. Teks dalam bahasa lain juga boleh disertakan selepas bahagian Bahasa Inggeris.

Sebelum anda menerbitkan skrip di TradingView, sila pertimbangkan bahawa anda berkongsi skrip ini kepada komuniti yang luas secara kolektif menggunakan sumber awan TradingView. Oleh itu, skrip anda haruslah berguna kepada komuniti. Sama ada anda memilih untuk menyiarkan dalam sumber terbuka, format yang dilindungi atau jemputan sahaja, penjelasan terhadap skrip anda adalah peluang anda untuk menerangkan kepada masyarakat bagaimana ia boleh digunakan. Sekiranya keterangan anda tidak membenarkan moderator TradingView memahami bagaimana skrip anda adalah karya asli dan berguna, ia akan disembunyikan dan tidak lagi kelihatan kepada sesiapa kecuali anda.

Untuk menjadikan skrip itu berguna, ia haruslah inovatif dan berfungsi, jadi pemulihan idea-idea lama dengan hanya menukar warna atau versi yang sedikit diubahsuai dari penunjuk popular seperti WaveTrend, itu tidak dianggap berguna. Walaupun sedikit perubahan pada penunjuk sedia ada adalah cara yang baik untuk mempelajari Pine dengan sendiri, penggunaan cara sebegini tidak akan menambah pengetahuan pada Tradingview. Sila pertimbangkan semula setiap penunjuk seperti: semakin banyak usaha yang anda lakukan, akan semakin bermanfaat skrip anda kepada umum.

Semua skrip sumber terbuka yang tidak menyebut lesen sumber terbuka tertentu di dalam komen mereka adalah dilesenkan di bawah Lesen Awam Mozilla 2.0. Mengikut peraturan Lesen Mozilla, sebarang skrip yang menggunakan kod sumber terbuka yang asalnya diterbitkan oleh orang lain mestilah datang dari sumber terbuka juga, melainkan penulis mendapat kebenaran khusus daripada pengarang asal.

Skrip yang diterbitkan di TradingView hendaklahmenepati semua kriteria berikut:

  • Jadilah berguna, asli dan jangan membuat tuntutan tidak berasas, sebagaimana yang dikehendaki oleh moderator kami.
  • Mempunyai tajuk berbahasa Inggeris dan penerangan utama di dalam bahasa Inggeris
  • Mempunyai keterangan terperinci dan bermakna yang membolehkan pengguna memahami mengenai skrip anda, cara menggunakannya, jenis pasaran yang dimaksudkan dan di bawah keadaan bagaimana. Semakin jelas penggunaan bahasa, semakin baik pengguna antarabangsa akan memahami skrip anda. Penerangan skrip mestilah bersifat mandiri dan tidak boleh bergantung kepada delegasi kepada kandungan lain melalui pautan untuk menjadikan penerangan skrip anda lebih jelas.
  • Carta yang digunakan untuk menerangkan mengenai penunjuk mestilah jelas daripada mana-mana lukisan atau penunjuk lain yang tidak berkaitan dengan skrip yang anda mahu terbitkan. Ini untuk memudahkan pedagang untuk memahami dengan tepat skrip anda.
  • Kod, tajuk, penjelasan, carta atau nota pelepasan mungkin mengandungi sebarang nama syarikat, pengumuman, permintaan, iklan, pautan / rujukan kepada laman web, media sosial, aplikasi messenger, dompet crypto atau maklumat hubungan seperti e-mel, nombor telefon, media sosial akaun dan lain-lain. Pengecualian untuk peraturan ini hanya dikenakan ke atas akaun Premium yang menyediakan akses berbayar kepada skrip jemputan sahaja. Skrip ini mungkin termasuk satu sebutan mengenai nama syarikat dalam tajuk dan penjelasan mereka. Akaun Premium ini juga boleh menggunakan pautan ke laman web mereka sendiri dalam bahagian Tanda Tangan mereka, di mana pelanggan yang berpotensi boleh diarahkan dalam keterangan skrip jemputan sahaja untuk mendapatkan akses kepada skrip. Akaun premium tanpa tapak web boleh menggunakan keterangan skrip jemputan mereka hanya untuk pengguna terus dengan memaklumkan kepada pengguna untuk menghubungi mereka melalui pesanan peribadi di TradingView. Penulis tidak boleh menghantar mesej peribadi yang tidak diminta kepada ahli TradingView untuk menjual skrip atau perkhidmatan mereka.
  • Tidak menggunakan semula material yang mempunyai hak cipta.
  • Jika skrip anda menggunakan semula kod sumber terbuka, ia mestilah mematuhi pertaturan berkaitan dengan penggunaan semula:
    • Anda hendaklah mendapatkan kebenaran daripada penulis sebenar.
    • Skrip anda hendaklah diterbitkan di dalam format sumber terbuka kecuali anda mendapat kebenaran khas daripada penulis sebenar.
    • Komen dan/atau penerangan skrip anda mestilah menyatakan pengarang asal dan menyediakan pautan untuk ke kod yang asal.
    • Anda mestilah membuat penambahbaikan yang bermakna kepada kod asal atau ia mestilah hanya sebahagian kecil daripada skrip anda.

Moderator akan menyembunyikan skrip yang diterbitkan sekiranya ia melanggar sebarang peraturan kami. Pelaku berulang akan disekat. Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai sebab kenapa satu daripada skrip-skrip anda disembunyikan, anda boleh menghubungi moderator akaun PineCoders.

Menciplak kod sumber terbuka dianggap sebagai satu kesalahan yang serius dan boleh mengakibatkan pengguna akan mendapat pengharaman selama-lamnya. Sekiranya moderator mengesyaki terdapatnya skrip sumber tertutup menggunakan semula kod sumber terbuka tanpa kebenaran, keputusan untuk memberikan penjelasan dan bukti adalah jatuh kepada penulis. Sekiranya penulis gagal berbuat demikian, skrip tidak akan dipaparkan.

See our Terms of Use, Policies and Disclaimers for the legal implications of publishing scripts on TradingView.

Cara menyiarkan analisis yang menarik & menarik perhatian ramai

Semua Analisis

Seimbang - jelas, tidak semak, profesional, tidak berlebihan.

Analisis Teknikal

Termasuk lukisan yang menjelaskan idea tersebut. Sekurang-kurangnya dua (2) alat analisis atau 2 sebab. Misalnya, tahap sokongan dan corak candlestick, atau garis arah aliran dan 1 penunjuk, dan sebagainya. Gunakan secukupnya, tetapi tidak terlalu banyak!

Idea dagangan

Masukkan kecenderungan tertentu pada titik pembelian / penjualan dan tidak sah (iaitu tempat ia berakhir!).

Analisis Fundamental & Komentar Pasaran

Menyediakan arah aliran umum dan menganggarkan harga berdasarkan pada sebab yang munasabah.

Kiriman siaran yang berpendidikan

Penjelasan kaedah untuk analisis teknikal, fundamental atau makro secara terperinci.

Analisis Antara-Pasaran

Ini termasuk analisis Overlay atau Nisbah. Menyarankan gerakan berarah dengan penjelasan yang mencukupi.

Analisis Teks

Hendaklah berguna dan bermaklumat kepada komuniti. Sebagai contoh, bahan, lajur atau pengalaman peribadi yang berpendidikan.

Lebih banyak cadangan khusus untuk jenis Analisis Teknikal yang tertentu

Corak harmonik

Harga mestilah sekurang-kurangnya melepasi titik B semasa melalui C ke D. Atau mesti terdapat alat teknikal lain yang menyokong pandangan tersebut. Sila gunakan alat terbina dalam TradingView untuk menunjukkan nisbah Fibonacci. Pautan berguna: http://www.harmonictrader.com/

Double tops

Itu tidak melengkapkan puncak kedua dan ia menuju ke arah garisan leher tidak memenuhi syarat sebagai double top. Ia juga benar untuk double bottoms.

Head and Shoulders

Itu tidak melengkapkan bahu kanan dan menuju ke arah garisan leher tidak layak. Ia juga benar untuk Kepala dan bahu terbalik.

Analisis yang berdasarkan penunjuk sahaja.

Elliott Wave

Hendaklah mengikut peraturan yang boleh didapati di www.elliottwave.com. Ini ialah sumber paling biasa dan digunakan secara meluas.

TradingView tidak memadam analisis yang diterbitkan. Kenapa?

Semua analisis yang diterbitkan di TradingView kekal kepada umum secara kekal, tidak ada pengguna atau kakitangan yang boleh memadamkan idea itu sebaik sahaja ia diterbitkan. Sekiranya anda tidak bersetuju, JANGAN SIARKAN ANALISIS DI TRADINGVIEW!

Sebabnya - ia adalah sebahagian daripada falsafah dan misi TradingView. Kami berusaha membawa lebih banyak ketelusan dan kebertanggungjawapan terhadap perbincangan pasaran kewangan di laman web.

Dalam perkara yang lebih terperinci, bekerja dengan pasaran kewangan sebahagiannya ialah seni, sains dan nasib. Ini bermaksud bahawa kadang-kadang setiap individu akan menerima sesuatu yang salah. Naluri semula jadi ialah sesuatu yang hanya menunjukkan perkara terbaik anda - tetapi ia tidak benar-benar adil, bukan? Menjadi lebih baik pada sesuatu memerlukan kejujuran tentang kejayaan dan kegagalan, pertama sekali ialah diri anda sendiri. Anggapnya sebagai jurnal - apabila anda menerbitkan beberapa analisis, anda boleh kembali selepas beberapa minggu, bulan atau tahun dan belajar daripadanya.

Kemudian terdapat bahagian rekod awam. Semua individu mempunyai maklumat yang sama, anda tahu bahawa anda boleh mempercayai perkara yang dilihat pada blog individu lain. Ia bukan sekadar kandungan yang baik, tetap segalanya. Berdasarkan maklumat tersebut, terpulang kepada anda untuk membuat keputusan sendiri sama ada anda suka atau tidak perkara yang anda lihat.

Moderator

Moderator ialah sukarelawan dari komuniti TradingView yang menyumbangkan masa mereka untuk memastikan bahawa TradingView kekal berguna dan fokus. Mereka tidak mendapat bayaran untuk masa yang mereka luangkan. Kami semua AMAT berterima kasih dengan semangat dan dedikasi yang ditunjukkan oleh mereka!

TradingView mahu masyarakatnya bertindak secara profesional dan saling menghormati supaya moderator tidak perlu menguatkuasakan Peraturan Rumah. Objektif mereka adalah untuk mengekalkan kualiti kandungan yang diterbitkan dan mengekalkan perbualan menjadi teratur.

Apabila mana-mana kandungan atau pengguna melanggar Peraturan Rumah, moderator akan bertindak dengan pantas. Mereka mempunyai saluran komunikasi terbuka dengan pengurusan TradingView dan merupakan wakil TradingView yang rasmi di laman web ini.

Pengurusan TradingView mengadakan mesyuarat berkala dengan kakitangan moderator, menyemak semula keputusan yang dikehendaki dan membuat perubahan yang sewajarnya. Sekiranya anda mempunyai perbezaan pendapat dengan moderator - sila hantar mesej peribadi dan berbincang mengenainya. 99% pertikaian boleh diselesaikan secara berkesan dan lancar dengan kaedah ini.

Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Rancangan Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Harga Peraturan Dalaman Moderator Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Perpustakaan Pencartaan yang Ringan Pusat Bantuan Rujuk rakan Permintaan Ciri Blog & Berita Soalan Lazim Wiki Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Rujuk rakan Tiket Sokongan Saya Pusat Bantuan Idea yang diterbitkan Pengikut Mengikut Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar