Jutaan laman web masih menggunakan gambar statik untuk menunjukkan carta kewangan. Cara lama ini adalah tidak interaktif dan tidak berskala terus dengan pelbagai peranti. Gambar-gambar selalunya mempunyai kelebihan besar dalam bentuk saiz kecil dan pemuatan pantas - namun tidak lagi untuk masa sekarang!
Perpustakaan Pencartaan Ringan memberikan kegunapakaian yang menakjubkan tanpa penurunan prestasi. Dengan DNA yang sama dengan produk terunggul kami, perpustakaan JS / TypeScript ini beratnya hanya 40 Kb dan ia adalah sumber yang percuma dan terbuka.
Teknologi HTML5 Canvas adalah tidaklah lebih besar daripada fail standard GIF.
Data terkini dipaparkan dalam masa-nyata tanpa memerlukan anda memuat semula paparan.
Carta disesuaikan sepenuhnya & percuma, ia tidak mengandungi iklan yang tersembunyi. Sumbangan anda adalah dialu-alukan!
Dibina untuk pemaju, oleh pemaju. Carta adalah kaya dengan pelbagai ciri-ciri dan mudah diintegrasikan - supaya anda boleh mengintegrasikan dengan sangat mudah.
Pencartaan adalah intipati syarikat kami. Carta TradingView telah digunakan oleh berpuluh ribu laman web, aplikasi dan portal kewangan, serta berjuta-juta pedagang di seluruh dunia. Anda boleh memastikan bahawa kami telah memasukkan semua yang anda perlukan, bermula dari jenis carta yang popular sehingga skala harga termaju.
Penyelesaian carta kami telah dilakukan dari awal untuk bekerja dengan tatacara data yang besar. Carta tetap kekal responsif dan lancar walaupun dengan ribuan bar dan dengan kemas kini yang berbilang kali dalam masa sesaat dengan tik baru.
Kesemuanya direka untuk bijak menyesuaikan diri dengan mana-mana peranti. Carta direka dengan berhati-hati untuk mendapatkan interaktiviti yang terbaik, samada untuk komputer berkuasa dengan tetikus, ataupun sentuhan yang dioptimumkan untuk tablet dan telefon.
Tukar rupa dan rasa standard agar ianya sesuai dan sempurna dengan gaya anda. Terdapat banyak contoh yang ada untuk anda salin & tampal.
Berikut adalah beberapa kes penggunaan popular yang menunjukkan kepelbagaian gaya & penyesuaian sebagai contoh mengenai apa yang anda boleh lakukan dengan perpustakaan carta JavaScript ini. Kesemua carta HTML5 ini adalah secara interaktif, seret atau klik pada tajuk untuk mendapatkan kod.