Pemberitahuan pada fungsi alert()

Dalam Pine Script®, ada fungsi tambahan yang membenarkan anda mengkonfigurasikan pemberitahuan — ia dipanggil fungsi alert() dan anda dapat melihatnya dalam kod apabila ia dikonfigurasikan. Dari Carta Super, anda boleh mencipta pemberitahuan menggunakan dialog "Cipta pemberitahuan" dan pilih penunjuk atau strategi dalam ruangan "Syarat".

Tidak seperti jenis pemberitahuan lain, frekuensi pencetusan dan mesej adalah ditentukan oleh panggilan skrip alert() — bukannya oleh dialog tetapan.

Untuk mencipta pemberitahuan berasaskan alert() untuk satu penunjuk:

  1. Pilih skrip dalam ruangan "Syarat" dalam dialog “Cipta Pemberitahuan”
  2. Pilih "Mana-mana panggilan fungsi alert()" (pilihan pertama)

Ppemberitahuan skrip pada strategi boleh mengandungi keadaan isian pesanan, keadaan panggilan fungsi "alert()" atau kedua-duanya.

  • "Isian pesanan dan panggilan fungsi alert()": Pemberitahuan tercipta akan tercetus pada kedua-dua isian pesanan dan keadaan "alert()"
  • "Isian pesanan sahaja": Pemberitahuan tercetus hanya pada isian pesanan, seperti pemberitahuan strategi standard
  • "Panggilan fungsi alert() sahaja": Pemberitahuan tercetus hanya pada keadaan "alert()", sama seperti pemberitahuan pada penunjuk

! Nota: Jika pemberitahuan skrip tercetus lebih daripada 15 kali dalam tiga minit, ia akan terhenti secara automatik.

Lebih maklumat menggunakan fungsi "alert()" dalam skrip boleh ditemui dalam Manual Rujukan Pine dan Manual Pengguna Pine.

Juga baca: