photo1photo2photo3photo4photo5

Kami adalah TradingView, platform analisa kewangan terbesar di dunia – digunakan oleh 100 juta pengguna, di dalam 180 negara berbeza. Termasuklah di Antartika.

Bekerja untuk sesuatu yang bererti

Laman web pelaburan #1

Kami merupakan laman web terbesar di dunia untuk semua perkara berkaitan pelaburan. Kami lebih disukai daripada Pinterest, Spotify dan juga PornHub.

Jadilah pemuat tinggi yang sebenar

Trilion peristiwa diproses

Kami menganalisa lebih daripada 900,000 simbol beberapa kali dalam sesaat, menambahkan sehingga 360 juta sebut harga masa nyata untuk setiap minit. Dan teknologi kami menghantar data itu kepada lima juta pengguna aktif atas talian. Kami telah berjaya menghantar lebih daripada satu trillion pemberitahuan tahun lepas. Fuh!

Dipandu oleh UX

Beribu-ribu cara boleh digunakan

Kami memikirkan semula antara muka terminal analisis klasik, menjadikan perkara yang rumit bertukar menjadi sangat mudah untuk berjuta-juta pengguna. Reka bentuk, UX dan bahagian hadapan bukan hanya perkataan untuk kami, tetapi perkara yang menjadikan produk kami terkenal seantero dunia.

Kami membina satu ruang di mana sesiapa sahaja boleh memaksimumkan peluang kejayaan mereka dalam pasaran kewangan, kerana mereka mempunyai semua alat dan data terbaik di hujung jari mereka.

Kami adalah organisasi sejagat yang sebenar, berpangkalan di 26 negara seluruh dunia, dengan lima pejabat.

Kami menyelesaikan masalah kompleks — bukan dengan penyelesaian untuk semua. Bekerja di TradingView adalah satu peluang untuk memberikan sumbangan kepada produk yang digunakan oleh berjuta manusia dan mencari jawapan bukan konvensional untuk cabaran bukan konvensional.