KEYASIC (0143) adalah salah satu kaunter penny kegemaran ramai pada tahun lepas walaubagaimanapun, terdapat ramai trader yang tersangkut di pucuk, ada yang sudah mengambil tindakan untuk CL dan ada yang telah bertukar mazhab trader kepada mazhab investor
Apakah arah KEYASIC yang seterusnya? BULL atau BEAR? siapakah akan menang diantara lembu dan beruang?
Analisis Fundamental Kalau dilihat dari segi 10 tahun kebelakang, kaunter ini tidak mempunyai kekuatan FA yang kuat Walaubagaimanapun, Profit dan Revenue semakin bertambah baik dalam 2 tahun terakhir akah ini memnandakan perubahan dalam syarikat ini? Sila baca dan bedah sendiri potensi syarikat ini Apa yang boleh diperkatakan, syarikat ini semakin baik, tetapi, masih banyak lagi syarikat yang baik Mungkin boleh diperhalusi jika pada tahun ini dan tahun depan semakin bertambah baik
Analisis Teknikal Jika dilihat dari corak zig-zag, ataupun paras tinggi atau rendah setiap gelombang, KEYASIC masih berada pada trend BULLISH garisan sokongan masih bertahan pada 0.190
Perlu dipastikan untuk memecahkan aras rintangan pada 0.225 dan 0.245, Jika gagal, perlu berhati2 supaya aras sokongan 0.190 tidak dipecahkan
Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.