Tambahkan Tweet kepada Carta Anda

Anda kini boleh menambahkan tweet kepada carta anda! Prosesnya sangat mudah dan kami akan menjelaskan setiap langkah:

Langkah 1 - Mencari tweet yang anda minati dan salin pautannya. Pautan Twitter kelihatan seperti berikut: twitter.com/tradingview/status/1405233801299648521

Langkah 2 - Buka carta anda dan tampalkan tweet tersebut. Tweet tersebut akan dimasukkan pada carta mengikut cap masa pada carta. Platform kami akan melakukan kerjanya untuk ada. Pro tip : alat ini boleh digunakan untuk mana-mana rangka masa atau jenis carta. Anda boleh melihatnya di carta harian atau 30-minit, carta candlestick atau garis.

Langkah 3 - Apabila anda menyalin dan menampalkan tweet pada carta anda, anda boleh menarik naik atau turun untuk meletakkan di tempat yang dikehendaki. Pro tip: tukar skala harga atau masa anda dengan mengklik, menahan, dan menarik skala untuk memanjangkannya. Ini akan menjadikan saiz tweet anda sesuai dengan carta.

Carta dalam contoh di atas menunjukkan modal pasaran Dogecoin dengan empat tweet daripada Elon Musk. Setiap tweet disalin dan ditampal pada carta menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan. Ia amat cepat, mudah dan dimuatkan mengikut cap masa yang tepat di mana harga dan tweet berlaku.

Kami berharap anda menikmati alat baru ini. Sila hubungi kami jika anda mempunyai sebarang soalan dan komen. Terima kasih kerana menjadi ahli TradingView.
Beyond Technical AnalysisTradingView Tips

Share TradingView with a friend:
tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: tradingview.com/blog/en/
Juga pada:

Penafian