NKE: Mendatar

Saham syarikat Nike dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Jika diperhatikan, pergerakan harga dilihat seakan bergerak mematuhi corak carta segi tiga simetri
Kemuncak jualan dilihat telah berlaku sekitar bulan Jun lalu disertai dengan volum jualan yang tinggi
Pergerakan harga selepas itu dilihat bergerak mendatar dan belum menunjukkan kecenderungan halatuju
Namun, analisa candlestick harian mendapati masih terdapat minat belian dengan terbentuknya 'hammer' beberapa hari lalu
Candlestick mingguan pula dilihat membentuk 'morning star' pada minggu dagangan sebelum ini
Selagimana harga belum memecahkan corak carta masih terlalu awal untuk membuat andaian pergerakan harga
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga memecahkan corak carta dengan volum

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Candlestick AnalysisTriangleVolume

Penafian