Sektor: - Aluminium, Metals, Industrial Products & Services, Green Tech.
Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) PA berada dalam keadaan uptrend. Peningkatan keuntungan bagi PA QoQ adalah sebanyak 190.23% manakala YoY meningkat sebanyak 225.89%. Hasil (revenue) bagi PA juga meningkat QoQ dan YoY melebihi 30%. - Dari sudut Teknikal, PA dilihat berada di atas MA 50 menunjukkan PA uptrend untuk mid term. - Sebelum ini, PA pernah rebound di atas MA 50. Jadi, MA 50 boleh dijadikan dinamic support untuk PA. - PA juga dilihat berada di dalam uptrend corridor. - Terkini, PA dilihat cuba untuk rebound setelah menerima tekanan jualan tiga hari berturut. - Jika diperhatikan, volume penjualan semakin mengecil menunjukkan minat pembelian semakin berkurang. - Kemudian, muncul volume pembelian menggantikan volume penjualan. PA dilihat membuat rebound di atas support terbarunya iaitu RM 0.450. - Jika harga mampu bertahan di atas RM 0.450 ini, harga berpotensi ke RM 0.560.
Nota kaki: * QoQ = Quarter over Quarter. * YoY = Year over Year. * Rebound = Harga melantun ke atas. * Uptrend corridor = Saluran selari yang menaik.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.