Polisi Kuki ("Polisi Kuki") menjelaskan mengenai kuki dan teknologi-teknologi lain yang ada di dalam TradingView, Inc. ("TradingView", "kami", "kita" atau"kita") menggunakan di laman web ("Laman") dan pilihan-pilihan yang pengguna boleh dapati. Polisi Kuki ini adalah sebahagian daripada Polisi Kerahsiaan TradingView.
Semasa pertama kali melawat Laman web ini, anda akan diminta untuk memberikan persetujuan penggunaan kuki sesuai dengan Polisi Kuki ini. Sekiranya anda bersetuju, kami akan menyimpannya di komputer anda.
'Cookie' adalah maklumat yang dihantar ke pelayar anda oleh laman web yang anda lawati. Laman Web akan menggunakan kuki pihak pertama (ini telah ditetapkan oleh laman web yang dikunjungi oleh pengguna pada masa itu. Contohnya, kuki melalui www.tradingview.com) dan juga kuki pihak ketiga (ditetapkan oleh domain yang berbeza), sebagaimana terangkan di bawah.
Kuki boleh disimpan di dalam komputer anda untuk pelbagai tempoh masa. Mereka boleh berada dalam bentuk samada "kuki sesi" atau "kuki berterusan." Satu sesi kuki hanya bertahan selama mana sesi layar digunakan dan akan dipadamkan secara automatik apabila anda menutup pelayar. Satu kuki berterusan akan tinggal selepas pelayar ditutup dan akan kekal berada sehingga ia tamat tempoh (seperti yang ditentukan oleh pihak ketiga yang meletakkannya) atau sehingga anda memadamkan kuki itu. Kuki berterusan adalah digunakan untuk membantu laman mengenal komputer anda apabila anda membuka pelayar dan melayari Internet sekali lagi.
Data yang telah dikumpulkan melalui kuki berkemungkinan merangkumi alamat IP (Protokol Internet) peranti anda, jenis pelayar intranet, bahasa, sistem operasi, negeri atau negara dari mana anda telah mengakses laman ini, tarikh dan waktu lawatan anda), bilangan pautan yang anda klik di laman ini, fungsi-fungsi yang anda gunakan, carian yang anda mohon, dan data yang anda telah simpan semasa menggunakan laman ini. TradingView boleh menggunakan maklumat yang telah dikumpulkan untuk pelbagai keperluan, untuk tujuan yang sah, termasuk pengesahan pengguna, penyesuaian antara muka pengguna, keselamatan, penyelidikan dan analisisa untuk meningkatkan fungsi laman kami, dan tujuan pengiklanan (untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana kami menggunakan data anda, sila baca Dasar Privasi kami).
Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kuki (termasuk cara melihat atau menguruskannya) di laman web Semua Tentang Kuki atau AboutCookies.org .
Aturan ini menunjukkan bagaimana kami menggunakan kategori kuki yang berlainan, beserta maklumat mengenai pilihan untuk anda dalam menguruskan tetapan anda untuk data yang dikumpulkan oleh teknologi-teknologi ini:
Untuk penyemak imbas yang lain, sila rujuk dokumentasi yang disediakan oleh pengeluar pelayar anda.
Maklumat lebih lanjut mengenai penggunaan kuki kami boleh didapati dalam jadual di bawah:
Web beacons, juga dipanggil piksel penjejakan, adalah grafik kecil dengan pengecam unik yang membolehkan penjejakan corak penggunaan, menghitung pengguna yang telah mengunjungi halaman tertentu, tayangan iklan dan klik (reaksi iklan), dll. Web beacons hanya dapat mengumpulkan maklumat yang terhad, termasuk nombor cookie, masa dan tarikh paparan halaman, dan keterangan halaman di mana web beacon berada. Beacon ini tidak membawa data peribadi dan hanya digunakan untuk mengesan keberkesanan Laman web dan untuk menunjukkan iklan berdasarkan minat pengguna. Kami menggunakan web beacons yang berkaitan dengan Google Analytics dan perkhidmatan iklan termasuklah Snowplow Tracker kami. Maklumat yang dihasilkan berkaitan dengan laman web kami digunakan untuk pelbagai tujuan yang perlukan dan adalah sah, termasuk pembuatan laporan mengenai penggunaan laman web ini serta pengembangan, pengujian, dan peningkatan perkhidmatan. Google akan menyimpan maklumat mengenai tindakan pengguna di Laman TradingView dan kesemuanya akan dikumpulkan oleh perkhidmatan Google. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penggunaan data Google untuk tujuan pemasaran dan analisis, sila lihat Iklan - Privasi & Syarat dan Polisi Privasi Google.
Kami mungkin mengubah jenis penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang meletakkan kuki di Laman kami dan mengubah Dasar Kuki ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan versi yang dipinda di Laman kami. Kecuali adanya pemberitahuan atau persetujuan tambahan diperlukan oleh undang-undang yang sedia ada, notis ini akan berfungsi sebagai pemberitahuan rasmi anda mengenai perubahan-perubahan ini.