UNTUK YANG SABAR SAHAJA, STRATEGI YANG BERI 50%-200% 1 TAHUNUNTUK YANG SABAR SAHAJA, STRATEGI YANG BERI 50%-200% 1 TAHUN
Untuk memperoleh hasil dan menggandakan pelaburan/dagangan, setiap pedagang perlu merancang strategi dan teknikal yang baik. " yang baik " di sini bermaksud kondisi yang memberi peluang yang tinggi berasaskan fundamental dan teknikal.
Pengetahuan fundamental yang diadun pula dengan analisis teknikal akan memberi input yang sangat signifikan sebagai elemen dalam perancangan strategi. Kemudian ia disematkan dengan kawalan emosi yang mantul akan membuahkan hasil tanpa diduga. Sedikit usaha perlu dikerahkan bagi seorang pedagang atau pelabur.
Tekadkan fokus. Tidak mustahil. Dengan izin Allah.
1) Prospek syarikat>kewangan>good/positive earning
2) Fasa pengumpulan/sideway>watchlist( rujuk pautan analisis )
3) Isyarat masuk>patient>taking zone>holding power( kawalan emosi)
*Isyarat entry ( EP ) adalah menggunakan indicator GCOV4 melalui swing mode.
REVIEW KAUNTER YANG TELAH MEMATUHI SOP SEHINGGA HARGA TERAKHIR.
Dan banyak lagi kaunter lain yang mana sekarang ini dalam fasa accumulation, Cuma menunggu isyarat dan kesabaran Sahaja.
Pautan ke skrip terbitan indicator GCOV4
www.tradingview.com
www.tradingview.com
PENAFIAN:
CATATAN INI BUKANLAH PANGGILAN BELI/JUAL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN. SEGALA RISIKO ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.
Accumulation
HLAL (Wahed Invest - Prestasi Cemerlang)Ketika dunia dilanda Covid-19, Wahed turut terkesan dan menunjukkan penurunan. Ramai pelabur² menjual pegangan mereka dan berlaku panic selling ketika ini. Walaubagaimanapun, setelah pulih daripada Covid-19, Wahed terus meningkat dan meneruskan kenaikan di atas trend line. Baru-baru ini juga Wahed telah memecahkan resistance setelah fasa accumulation (pengumpulan).
Petunjuk/ Nota tambahan:
* #1 = Fasa Penurunan (Ketika dunia baru dilanda Covid-19)
* #2 = Fasa Kenaikan (Ketika dunia semakin pulih daripada Covid-19)
* #3 = Fasa Accumulation (Fasa pengumpulan)
Melihat carta lama dan cadangan idea di tradingviewMenjadi pedagang yang konsisten bukan sekadar datang kelas dan terus jadi pandai. Ianya memerlukan banyak lagi masa dan latihan yang berterusan.
Antara latihan yang saya rasakan sangat baik,
1. Rujuk kepada cadangan-cadangan atau idea dagangan yang ada di tradingview
- lihat dan ikuti setiap cadangan atau idea dagangan yang diberikan
- boleh buat papertrading jika perlu
- sila tekan butang like sebagai penghargaan kepada penulis
2. Hasil carian google
- cari istilah yang kita mahukan
- fokus pada imej atau video
- bandingkan hasil yang muncul di google dengan carta sebenar di tradingview
- latih mata untuk melihat corak-corak harga yang terjadi
Semoga terhibur.