Breakout
SIRI PINE SCRIPT - Label pada punca paling tinggi dan rendahSaya cuma tukar kedudukan x pada label dan pindahkan kepada punca harga tertinggi dan terendah.
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2020.
PREVIOUS HIGH - penerangan dan kegunaanSaya buat satu script mudah untuk tandakan aras tertinggi harga untuk harian, mingguan dan bulanan.
Penerangan dalam video di atas dan ianya open script.
Boleh cuba buat sendiri dan letak penambahan ikut selera masing-masing.
* berkenaan monthly chart, saya akan betulkan kemudian *
Hafal pattern di timeframe berbezaSecara ringkasnya , tujuan kita melihat time frame yang berbeza adalah untuk
- melihat trend (higher timeframe)
- mencari signal entry dan exit lebih awal (lower timeframe)
Apa saja teknik yang kita belajar di carta daily, guna pakai konsep sama untuk semua timeframe.
Dah tinggi ? Cuba playback dan hafalSelalu kita dengar dah tinggi, dah tinggi,tunggu pullback, tunggu retrace, tunggu oversold..menyebabkan kita jadi takut nak layan carta yang "nampak naik tinggi"..ada mental block kat situ..
Saya cadangkan, bukak mana-mana carta dan gunakan fungsi pullback untuk kembali ke masa "dah tinggi" tu..
Ingat dan hafalkan ciri-ciri harga ketika breakout, ketika pullback, ketika breakout sekali lagi dan ketika kita kata dah tinggi sangat..
Kemaskini terbaru Trendband Guide - part 2Bahagian terakhir penerangan ringkas kemaskini terbaru trendband guide.
Antara perkara yang perlu diberikan perhatian :
- candle breakout dan pullback breakout hanya muncul pada carta yang tradingview sertakan volume sahaja.
- label hanya muncul sekali mengikut bentuk candle
- input untuk candle breakout yang boleh diubah
Semoga terhibur.
Minggu pertama selepas cuti rayaDengan kenaikan mendadak pada hari isnin lepas, ada carta yang meneruskan kenaikan dan ada yang naik kejap lepas tu turun semula.
Untuk minggu depan, boleh fokus kepada carta yang harga tutup mingguan lebih tinggi dari EMA 8 dan buat pelan dagangan sekitar tinggi dan rendah minggu ini.
atau
cari carta yang naik tinggi Isnin lepas dan fokus pada harga tertinggi yang dia naik untuk entri breakout terbaru.
atau
tunggu sehingga indeks berhenti turun dan muncul big candle
atau
tambah ilmu dan belajar dengan pakar bertauliah (ini lebih afdal).
Semoga terhibur
Melihat peluang selepas breakout ke atas garis MA/EMA 200Tempohari kita sudah melihat kepentingan garis ma/ema 200 dan fokus membuat penyaring.
Kali ini, kita lihat pula bagaimana cara berdagang dan bentuk yang selalu muncul selepas breakout ma/ema 200.
Sebagai perbandingan, saya gunakan penyaring di tradingview untuk melihat carta-carta di negara lain dan melihat adakah mereka juga berkongsi bentuk yang sama selepas breakout.
Fokus pada garisan melintangSambung lagi siri breakout..memang nak bagi habis, tapi tak habis2 pulak.
Garisan melintang mungkin nampak mudah, tetapi ianya sangat berkuasa untuk menentukan samada harga hendak naik atau turun.
Seperti alat bantu yang lain, garisan melintang bukanlah penentu naik atau turunnya sesuatu harga, tetapi ianya mampu memberikan kita gambaran awal sambil bersiap-sedia membuat pelan dagangan.
Mula dan tamatnya trend menaikHari ini kita berkongsi lihat bagaimana carta SUPERMAX memulakan trend menaik pada awal Jan 2018 sehinggalah trendnya tamat pda Jul 2018.
Memang betul kata orang, berkahwin biar satu. Jaga lah dan belailah dengan peuh kasih sayang.
# ade jugak yang berkahwin memang satu, bercinta biar ramai..terpulang..