Peraturan Dalaman TradingView

Selamat datang ke TradingView, rangkaian pedagang dan pelabur yang terbesar di dunia. Seperti yang anda ketahui, mengurus satu komuniti yang mempunyai jutaan ahli memerlukan beberapa peraturan tertentu untuk mengelakkan daripada terjadinya huru-hara yang lebih laju daripada lepasan kentut di dalam lif. Peraturan-peraturan ini perlu dipatuhi oleh semua, termasuk anda dan ia digubal untuk mendorong tingkah laku mesra dan beretika; mendorong kepada perbincangan dan debat yang sihat dan — paling penting — melindungi ahli-ahli kami daripada kemudaratan.
Jika anda mendaftar, anda sudah bersetuju untuk mematuhi peraturan ini. Jangan abaikan mereka. Akan tetapi, bantu kami mencipta satu persekitaran yang kolaboratif di mana semua pedagang dialu-alukan. Mari kita membina, bukan memecahkan barang ya semua orang.

Peraturan

  1. Jadikan idea boleh difahami. Apabila menerbitkan kandungan, pastikan anda menulis tajuk yang mudah dibaca dan penjelasan yang bernas supaya semua orang dapat memahami kandungan penerbitan anda dan maksud di sebaliknya. Jika idea tidak mempunyai maksud, mungkin anda tidak sepatutnya menerbitkannya.
  2. Semua kandungan hendaklah tidak mempunyai iklan. Ini bukan Craigslist, jadi berhenti menjadikan kandungan TradingView seperti kandungan pengiklanan peribadi anda. Semua kandungan hendaklah bebas daripada promosi. Di sini, 'kandungan' adalah termasuk semua jenis penerbitan dan kemas kini, komen, mesej laman sembang awam dan peribadi, skrip, kod sumber terbuka, nota keluaran skrip dan banyak lagi. Untuk menjadikan semua ini jelas sepenuhnya, sekatan ini meliputi: semua pengiklanan, logo, pautan atau rujukan kepada mana-mana laman web, media sosial, hubungan mesej atau e-mel, nama syarikat, alamat dompet, pemberian hadiah, pertandingan dengan hadiah atau apa-apa jenis pengumuman atau permintaan lain.

    Satu-satunya pengecualian untuk peraturan ini adalah untuk pelanggan Premium, yang dibenarkan untuk memasukkan kenalan, pautan dan pengumpanan ke dalam ruangan Tanda Tangan, yang muncul di bawah setiap idea atau skrip yang telah diterbitkan.

  3. Tiada kutipan derma. Tiada permintaan kutipan dema atau permintaan wang dibenarkan di mana-mana di TradingView, itu sahaja. Kami adalah tempat untuk berkongsi pemikiran pasaran, bukan penghantaran permintaan wang, jadi sila bawa permintaan berkenaan ke platformn yang sesuai di tempat lain.
  4. Terbitkan dalam bahasa mengikut tapak yang anda gunakan. Menulis dalam satu bahasa apabila khalayak membaca dalam bahasa lain adalah satu perbuatan sia-sia, jadi pastikan anda mengikut bahasa subdomain TradingView yang anda berada. Jika anda mahu menerbitkan atau bersembang dalam bahasa lain, sila klik pada pilihan bahasa pada menu bar atas dan pilih bahasa yang anda mahukan.

    Pengecualian: tajuk skrip mestilah dalam bahasa Inggeris dan keterangannya mesti bermula dengan bahasa Inggeris, kemudian diikuti oleh bahasa lain.

  5. Jangan plagiat. Tolong, tolong, tolong hanya cipta dan kongsi kandungan yang unik kepada anda dan anda sahaja. Jangan menyalin atau menggunakan kandungan orang lain tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu dan mengkreditkan mereka. Pastikan anda mendapat hak undang-undang untuk menggunakan semula kandungan. Sama seperti di sekolah, plagiat akan menyebabkan tahanan, sekatan dan juga penyingkiran.
  6. Jadi seorang yang baik. Sukar untuk mempercayai yang kami akan menyebut perkara ini, tetapi ya, sila layan yang lain sebagaimana anda mahu orang lain melayan anda. Hormat-menghormati, baik hati, bertoleransi dan konstruktif, walaupun anda tidak bersetuju. Tiada ruang untuk perkara negatif, menyumpah, troll atau konflik di sini: ia membuang masa dan adalah sifat orang yang bodoh.
  7. Jangan jadi orang bodoh. Kami mempunyai polisi toleransi sifar untuk wacana politik berbar, fitnah, ugutan atau ucapan diskriminasi, ucapan kebencian atau serangan peribadi. Pengguna kami adalah keutamaan kami dan kami tidak akan membenarkan sesiapa membuli atau memperkecilkan mereka.
  8. Terbitkan dengan bernas. Jangan berkongsi kandungan yang berbahaya, mengelirukan, tidak berkaitan dan tidak sesuai. Elakkan teks, emoji atau dinding carta, ALL CAPS, lapisan siaran atau berkongsi kandungan yang sama secara berulang.
  9. Jangan melawan moderator. Mereka adalah sukarelawan barisan hadapan yang melakukan yang terbaik dan pada masa yang sama menderita dari lontaran batu dan anak panah dari pasukan troll dan spam. Jangan jadikan hidup mereka lebih sulit dengan bergaduh secara terbuka dengan mereka atau mengkritik moderasi secara am. Jika anda ada aduan, sila hantarkan melalui mesej peribadi (dalam cara terhormat). Tidak menghormati moderator, sama ada dalam mesej awam atau peribadi, boleh menyebabkan anda mengalami sekatan sementara atau kekal pada akaun anda dari mana-mana ciri sosialnya.
  10. Jangan cipta akaun pendua. Atau akaun palsu, spam atau akaun yang menyalahgunakan sekatan. Hanya gunakan akaun asli anda untuk mengelakkan kami menggantung anda.
  11. Jangan cuba mempermainkan sistem penarafan. Sistem reputasi kami adalah penting untuk menentukan nilai sumbangan penulis kepada komuniti. Segala bentuk manipulasi reputasi, termasuk dan tidak terhad kepada skim suka untuk suka dan ikut untuk ikut, menyukai dan mengomen sembarangan, atau menggunakan beberapa akaun untuk meningkatkan reputasi seseorang secara palsu adalah tidak dibenarkan.
  12. Ikuti prosedur pengiklanan yang betul. Untuk mengiklan bersama kami, anda perlu menghubungi pasukan kami di sini.
  13. Broker memerlukan akaun istimewa. Jika anda adalah brokeraj, institusi atau bank yang menggunakan TradingView, satu jenis akaun tertentu adalah diwajibkan. Disebabkan itu anda hendaklah menghubungi pasukan kami di sini.
  14. Laporkan penyalahgunaan. Jika anda menjumpai kandungan yang dengan jelas melanggar mana-mana Peraturan Dalaman kami, sila gunakan fungsi melaporkan untuk memberitahu moderator. Jangan terlibat dalam perbincangan — biar moderator mengendalikannya.
  15. Menerima (kadang-kala) pengecualian. Sangat jarang kami akan membenarkan atau menyerlahkan contoh yang boleh membengkok atau mematahkan satu daripada peraturan-peraturan di atas. Kami melakukan semua ini mengikut budi bicara kami sendiri, kerana kami percaya dengan melakukan sebegini akan menambahkan lebih nilai kepada komuniti kami secara keseluruhan. Ini adalah BUKAN, kami ulang BUKAN jemputan untuk anda melakukan pelanggaran sendiri — melanggar peraturan kami adalah cara paling pantas untuk disekat. Percayalah kami: terima pengecualian dan jangan lakukannya di rumah.
  16. Jadi seorang wira. Hidup ini singkat dan tiba-tiba, saudara-mara anda sudah bersedia untuk mengangkat keranda anda. Jadi, adakah anda benar-benar mahu membuang masa berharga anda di dunia ini dengan melakukan perkara sia-sia, menipu dan kemarahan yang selalunya diabaikan oleh kebanyakan orang? Untuk bahagian kami, kami berjanji untuk sentiasa berusaha memberikan ganjaran kepada sesiapa yang melawan kuasa kegelapan, dan yang membantu secara aktif untuk menjadikan komuniti kami sebagai contoh gemilang dan terbilang untuk kebaikan Internet sebenar.
  17. Memberikan jaminan. Anda menjamin maklumat yang dicipta dan diterbitkan oleh anda di TradingView adalah tidak dilarang, tidak berupa nasihat pelaburan dan tidak dicipta hanya untuk pelabur yang layak.
Peraturan ini harus dipatuhi untuk setiap sudut laman web kami. Peraturan lain — yang lebih khusus — peraturan ini termaktub kepada penggunaan pelbagai ciri di laman web kami. Ingatlah, ini adalah tanggungjawab anda untuk memahaminya SEBELUM anda menggunakan ciri-ciri ini. Ketahui lebih lanjut mengenai mereka di sini:
Akhir sekali, teks ini tidak terhad dan kami berhak mengambil sebarang tindakan sewajarnya kepada tindakan pengguna yang tidak disenaraikan dalam Peraturan Dalaman. Seperti yang anda bayangkan, ini adalah untuk menjaga fungsi yang betul, dan sifat mesra dan profesional di TradingView. Harus diingati, penggunaan sumber komuniti dan menerbitkan kandungan bukanlah hak mutlak yang diberikan secara automatik: ia adalah satu hak istimewa yang diberikan kepada ahli-ahli yang menghormati nilai kami dan mematuhi peraturan kami.

Terima kasih kerana membaca,

Pasukan TradingView