Teknikal analisis Usdchf 29 Oktober 2018Pada jumaat lepas Usdchf telah membuat rintangan yang besar pada zon kotak berwarna di antara julat 1.0006-1.0025 Matawang ini juga berjaya menembusi garis sokongan pada garis biru yang ditandakan pada titik 0.9990 dan dijangka ia bakal turun sehinggalah ia menemui titik sokongan kedua pada titik 0.9948
2018
Analisa teknikal Eurgbp Isnin 22 Okt 2018Eurgbp pada Jumaat lepas telahpun memecah rintangan kecil (garis putus merah) pada 0.8815 Ini memberi satu indikasi awal kepada pemain pasaran untuk terus mengukuhkan belian. Selagi pasaran masih berada pada garis sokongan biru S1 yang wujud pada titik 0.8770 maka faktor belian masih lagi relevan untuk digunapakai. Ia akan terus mencari titik rintangan R1 yang terletak pada garis merah di 0.8910 Namun sekiranya garis sokongan S1 yang terletak pada titik 0.8770 ini pecah, maka pencarian ke arah titik sokongan kedua 0.8731 iaitu S2 menjadi relevan serta membatalkan sama sekali analis ini.
Analisa teknikal Audusd Isnin 22 Okt 2018Jumaat lepas Audusd telah membuka pasaran dengan memecahkan garis sokongan biru S1 pada titik 0.7096 Ini terbukti jelas jika dilihat pada candlestick H4. Namun candlestick H4 tersebut ditutup pada aras atas titik sokongan S1 bahkan menutup pasaran secara keseluruhan Jumaat pada 0.7118 Ini jelas memberi indikasi kepada kita bahawa tujahan momentum ke bawah adalah lemah. Ini memberi kelegaan kepada pemain pemain pasaran yang masih lagi terikat kepada belian. Pasaran dijangka menaik sekurang kurangnya mencuba untuk mencecah garis rintangan merah R1 pada titik 0.7157 sebelum pergi ke aras rintangan kedua iaitu garis merah R2 pada titik 0.7230 Analisa ini bakal terbatal sepenuhnya jika pasaran berjaya menembusi secara agresif di titik sokongan biru S1 0.7096 sebelum pergi menjunam ke arah garis sokongan kedua biru S2 pada titik 0.7040