Teknikal analisis Usdcad 22 Oktober 2018Usdcad pada waktu ini adalah pada 1.3105 Terdapat rintangan yang ditandakan kotak berwarna di dalam graf yang saya tandakan. Stochastic oscillator pada H1 telahpun mencapai 100. Ini menandakan pasaran belian sudah lemah untuk naik ke atas. Apa jua kenaikan yang melebihi kotak berwarna di atas adalah tidak lagi relevan apabila melebihi 1.3131 Malah kami positif ia akan menjunam menemui garis sokongan di 1.3045 Semoga berjaya!
22okt
Teknikal analisis Eurjpy 22 Okt 2018Eurjpy pada masa saya menulis sekarang berada pada titik 129.74 Ia dikatakan sedang mengalami penarikan balik ke arah rintangan merah 130.00 yang sebelum ini bertindak sebagai garis sokongan. Potensi amat baik untuk para pemain pasaran untuk menjual dan mengambil keuntungan pada titik 128.50 Sekiranya berlaku timbal balas ke atas dan memecah rintangan merah di 130.00 maka pasaran akan menuju hingga ke 131.00
Analisa teknikal gold 22 Oktober 2018Gold telah mencuba untuk melepasi rintangan pada carta di atas selama 5 hari di antara julat yang diwarnakan pada graf. Terdapat dua rintangan yang wujud dan ianya terletak di antara 1228.00 hingga 1233.00 Namun pemain pemain pasaran gold perlu membuat keputusan sekurang kurangnya sebelum penutupan bar harian hari selasa ini.
Dalam jangka waktu itu pasaran bakal membuat keputusan untuk bertindak dan kami melihat peluang jualan amat positif. Garis sokongan dapat dilihat terbuka luas dengan carian titik 1187.00 sebagai sasaran pertama! Jika pasaran mampu juga menembusi rintangan berwarna di atas, maka gold dilihat bakal terbang tinggi ke sekitar 1259.00
Analisa teknikal Gold 22 Oktober 2018Gold telah mencuba untuk melepasi rintangan pada carta di atas selama 5 hari di antara julat yang diwarnakan pada graf. Terdapat dua rintangan yang wujud dan ianya terletak di antara 1228.00 hingga 1233.00 Namun pemain pemain pasaran gold perlu membuat keputusan sekurang kurangnya sebelum penutupan bar harian hari selasa ini.
Dalam jangka waktu itu pasaran bakal membuat keputusan untuk bertindak dan kami melihat peluang jualan amat positif. Garis sokongan dapat dilihat terbuka luas dengan carian titik 1187.00 sebagai sasaran pertama! Jika pasaran mampu juga menembusi rintangan berwarna di atas, maka gold dilihat bakal terbang tinggi ke sekitar 1259.00
Analisa teknikal Eurgbp Isnin 22 Okt 2018Eurgbp pada Jumaat lepas telahpun memecah rintangan kecil (garis putus merah) pada 0.8815 Ini memberi satu indikasi awal kepada pemain pasaran untuk terus mengukuhkan belian. Selagi pasaran masih berada pada garis sokongan biru S1 yang wujud pada titik 0.8770 maka faktor belian masih lagi relevan untuk digunapakai. Ia akan terus mencari titik rintangan R1 yang terletak pada garis merah di 0.8910 Namun sekiranya garis sokongan S1 yang terletak pada titik 0.8770 ini pecah, maka pencarian ke arah titik sokongan kedua 0.8731 iaitu S2 menjadi relevan serta membatalkan sama sekali analis ini.
Analisa teknikal Audusd Isnin 22 Okt 2018Jumaat lepas Audusd telah membuka pasaran dengan memecahkan garis sokongan biru S1 pada titik 0.7096 Ini terbukti jelas jika dilihat pada candlestick H4. Namun candlestick H4 tersebut ditutup pada aras atas titik sokongan S1 bahkan menutup pasaran secara keseluruhan Jumaat pada 0.7118 Ini jelas memberi indikasi kepada kita bahawa tujahan momentum ke bawah adalah lemah. Ini memberi kelegaan kepada pemain pemain pasaran yang masih lagi terikat kepada belian. Pasaran dijangka menaik sekurang kurangnya mencuba untuk mencecah garis rintangan merah R1 pada titik 0.7157 sebelum pergi ke aras rintangan kedua iaitu garis merah R2 pada titik 0.7230 Analisa ini bakal terbatal sepenuhnya jika pasaran berjaya menembusi secara agresif di titik sokongan biru S1 0.7096 sebelum pergi menjunam ke arah garis sokongan kedua biru S2 pada titik 0.7040