FRONTKN- 3 askar putihSektor/Bidang perniagaan:
- Teknologi, Semikonduktor, pembuatan chip
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- FRONTKN membuat paten 3 askar putih di mana salah satu paten tanda bullish dan menunjukan momentum yang kuat. Paten ini terjadi apabila membentuk 3 candle morubozu secara terus.
- FRONTKN juga membuat breakout pada paras struktur Low High pada paras harga 3.14.
- Dari sudut chart, FRONTKN akan menguji rintangan yang pertama iaitu pada paras harga 3.55 dan rintangan seterusnya iaitu 3.62.
Dari sudut fundamental
- Secara keseluruhannya, syarikat FRONTKN merupakan salah satu syarikat yang mempunyai potensi kewangan yang kukuh berdasarkan prestasi kewangan semasa. Ianya hasil daripada jualan produk yang memberangsangkan.
- Jualan serta keuntungan yang berganda merupakan hasil permintaan yang tinggi terhadap semikonduktor iaitu chip.
- Perbandingan Q1 2021 menunjukkan FRONTKN mengalami pengurangan keuntungan iaitu sebanyak 22.9M juta berbanding Q4 2020 iaitu sebanyak 23.3 juta. Kemungkinan disebabkan musim covid-19 dan cataylst yang buruk hasil daripada berita syarikat TSMC.
- EPS semasa syarikat iaitu 5.56 membuktikan stok FRONTKN adalah stok undervalue .
Highlight
- Untuk mengetahui lebih terperinci tentang corak paten 3 askar putih , boleh klik pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.