Redtone membentuk Cup & Handle Berjaya Memecah 'Neckline' !Redtone: Sektor Telekomukasi & 5G
Merupakan kaunter yang sukar dimanipulasi.
Redtone telah berjaya memecah paras harga neckline 445. Sekiranya tidak mampu bertahan, redtone mungkin jatuh ke paras harga sekitar 425.
Redtone perlu bertahan di atas paras neckline 445 tersebut untuk meneruskan kenaikan. Seterusnya perlu memecahkan tahap resistance 465.
Entry yang selamat adalah di paras harga 470 atas RBS.
Target cup & handle untuk swing adalah pada 32% kenaikan iatu pada harga sekitar 59 sen. #tayor
Gann Support: 0.46/0.43 | Resistance: 0.49/0.53
ATR Support : 0.465/0.42 | Resistance : 0.47/ 0.48
MACD berada di atas paras kosong.
Penafian: Ini adalah untuk tujuan pembelajaran & kajian chart sahaja bukan buycall, hanyalah sekadar pandangan.
Saya tidak bertangungjawab di atas untung dan rugi tuan-puan #TAYOR.
5g
OCK (Kembali Mengaum Setelah Berehat di atas Tiga Persinggahan)Sektor:
- Trading & Services, Power Utilities, IT Solutions/ IT Product, M&E, Telco, Green Tech, 5G, Telecommunications & Media, Telecommunications Service Providers.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, OCK dilihat konsisten membuat keuntungan. Walaubagaimanapun, keuntungan OCK QoQ dan YoY adalah menurun masing² sebanyak -15.5% dan -8.67%. Hasil (revenue) OCK juga menurun YoY sebanyak -0.13% tetapi meningkat QoQ sebanyak 12.44%.
- Dari sudut Teknikal, OCK telah berjaya breakout dengan memecahkan resistance RM 0.470.
- Kemudian OCK membentuk descending triangle dengan menjadikan RBS dan Fibo 0.382 sebagai support.
- Jika mengikut teori descending triangle, harga kebiasaanya akan breakdown iaitu memecahkan support dan meneruskan penurunan tetapi berlaku sebaliknya pada OCK.
- OCK berjaya rebound di atas tiga garisan:
1) Fibo 0.382.
2) RBS.
3) Trend line.
- Rebound yang berlaku di atas fibo 0.382 memberi signal bahawa kekuatan uptrend OCK adalah lemah (weak).
- Selepas rebound, OCK BDTL dengan volume signifikan iaitu 3 kali ganda daripada volume sebelumnya. MACD juga membuat golden cross menunjukkan signal buy.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di
atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga
akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Golden cross = 'Line MACD' (rujuk garisan berwarna biru) cross up 'line signal' (rujuk garisan berwarna merah) di atas paras 0.
* Untuk maklumat tambahan mengenai descending triangle dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
MESTRON(240221): Dari Pandangan Mata Kasar Trader Baru.Mestron ni Company tiang lampu, electric dan tiang telco. Kita menuju ke arah 5G.
Dia semestinya terlibat dalam pembuatan tiang tiang 5G di Malaysia.
Pandangan Chart:
Pada 22/02/21 dia memecahkan harga ATH dengan volume.
Biasa dah pecah. sky is the limit. (Kalau dapat bertahan atas 0.245)
Trading Idea:
EP ada dua pilihan. tunggu di harga tertinggi lama (0.245) atau tunggu di fibo retracement 0.382 (0.23)
TP: Lihat pada line merah
P/S: Line merah lurus Strong S&R.
Sekian,
Pandangan dari trader baru.
TM: Mampukah Mencapai Jangkaan Corak Carta?TM adalah salah satu daripada saham syarikat yang pautan kerajaan (Government Link Company). Ia adalah satu kaunter GLC yang paling sihat pada ketika ini yang terdapat dalam Bursa Malaysia. Ini disebabkan bisnes mereka berada dalam sektor yang trend berbanding GLC dalam sektor yang lain.
ANALISA FUNDAMENTAL
1. Faktor utama adalah kerana terdapat banyak benda baru yang menanti dalam teknologi, seperti kedatangan teknologi 5G dan permulaan era baru Pengkalan Data Berpusat (Data Centric). Ini membina lebih banyak ruang untuk naik (upside) kepada TM.
2. Jumaat yang lepas, Perdana Menteri telah melancarkan MyDigital di mana TM memainkan peranan penting dalam agenda baru negara.
3. TM satu-satunya syarikat tempatan yang terlibat menyediakan prasarana 'Servis Cloud Provider' yang dilantik bersama-sama Microsoft, Amazon dan Google.
4. Pelancaran MyDigital ini akan merancakkan proses pendigitalan secara besar-besaran dan proses ini akan berjalan menyeluruh menjelang tahun 2030.
5. Jadi, ini dilihat ada banyak lagi ruang untuk harga saham TM meneruskan kenaikan menjelang peluang jangka masa panjang yang ada kira-kira 10 tahun ke hadapan.
6. Dari segi prestasi Qr juga, TM menunjukkan peningkatan yang baik pada 3 QR terakhir sejak mencatat kerugian 51juta pada Q4 19:
Q1 20 mencatat keuntungan 153juta, 6% daripada 2.56Billion pendapatan
Q2 20 mencatat keuntungan 275juta, 10.6% daripada 2.59Billion pendapatan
Q3 20 mencatat keuntungan 329juta, 12.2% daripada 2.69Billion pendapatan
ANALISA TEKNIKAL
1. Dapat dilihat pada pergerakan Harga TM, sejak ia berjaya memanjat ke atas MA200 pada Jun 2019, ia sudah berjaya terus kekal dia atas MA200, MA50 dan MA20 untuk mengekalkan momentum uptrend.
2. Sebanyak 3 kali Dinamik Support diuji (Anak panah kuning) namun ia berjaya kekal untuk berada di atas MA200 menunjukkan Dinamik Support MA200 dianggap support yang kuat ketika ini.
3. Sejak harga mula jatuh di bawah MA200 pada Oktober 2017, ia telah jatuh dan membentuk kawah pada kedalaman 63.55%. Kini TM berjaya memanjat semula pada Harga asal sekitar 5.89.
4. Dengan pembentukan semi parabolik yang telah lengkap, dijangka TM akan berjaya meneruskan momentum dengan disokong oleh beberapa pemangkin faktor MyDigital.
5. Dengan menggunakan jangkaan corak carta (chart pattern), ia dijangka mampu mendaki setinggi kedalaman kejatuhan 63.55%.
6. Jika dilhat anggaran Sasaran Harga melalui chart pattern ia mampu mencapai sekitar 8.23, bersamaan 63.55%.
7. Dari segi volume, secara perbandingan, Pembeli lebih ramai menguasai pasaran berbanding penjual, menunjukkan momentum uptrend agak kukuh.
8. Kini, RSI Stoch sudah berada dalam zon oversold, kemungkinan bersedia membuat satu lagi pusingan kenaikan.
Khairul Hafiz
XOX - adakah positif untuk reboundXOX, selepas 3 hari koreksi telah mencapai harga terendah pada aras 0.2 (juga merupakan aras rintangan sebelum ini). Membentuk lilin hammer dengan price rejection yang agak tinggi.
Telah mampu rebound pada aras RBS 0.2 dan tutup pada aras sokongan pertama pada kawasan 0.24
Petanda sokongan kuat, dan penolakan harga rendah dengan sokongan volume yang agak signifikan
Harga/carta masih lagi uptrend, trending pada atas key SMA 200 dan EMA 50
Telah membentuk rintangan kukuh pada kawasan 0.31-0.32, rintangan yang perlu direntasi untuk melakar harga yang lebih tinggi untuk tahun ini
Capaintan seterusnya pada aras 0.42 yang merupakan ATH pada tahun 2013
Sokongan boleh dirujuk pada aras 0.24 dan 0.2 seterusnya
Harga kini berada pada paras oversold dan baik untuk pengumpulan unit
Mempunyai sentimen/outlook yang baik selepas mengumumkan partnership dengan Wetek (eWallet) dan perkongsian baru dengan syarikat JSAM-CL (shanghai based) dalam explorasi penyebaran mobile 5G di masa terdekat
Petanda baik untuk ROHASROHAS kini telah kembali dengan volum dagangan rekod tertinggi setakat ini, akhirnya telah berjaya untuk melepasi garis SMA200 dengan rintangan yang kuat.
-Rohas, berkait rapat dengan industri 5G kini dalam pelan untuk membida kontrak 1Bil pembinaan 300 telco tower di Sarawak (EPCC)
-pembelian Global Tower Corp (Cambodia), juga membuka peluang untuk Rohas dalam penceburan kontrak EPCC membina telco towers
-Rohas hydropower 7MW dijangkakan akan siap 4Q19, dengan pulangan hampir RM4 Mil setahun
-harga kini menghampiri kawasan rintangan kuat, 0.66. Jika lepas, destinasi utama adalah untuk mengatasi harga tertinggi FY19 (0.68)
-sokongan bole dirujuk pada harga semasa 0.59
-WL untuk Rohas, dan monitor untuk momentum pembelian seterusnya
DUFU - masih gagal untuk positif rallyDUFU, telah membuat siri koreksi yang sebelumnya telah membuat lilin ‘hammer’ -masih gagal untuk terus rally, selepas penjual masih lagi mendominasi.
-penjual masih lagi menjadi alpha selepas harga gagal untuk melepasi rintangan sebelumnya pada aras 1.90, jumaat lepas.
-1.90 merupakan rintangan signifikan untuk DUFU, selepas telah membuat ringtangan kuat sebanyak 3 kali sebelum ini, dan juga pernah menjadi aras sokongan.
-harga juga masih gagal untuk menembusi rintangan semasa pada 2.06 (double top untuk masa kini)
-kita akan expect harga mungkin akan berada dlm short term konsolidasi, sebelum meneruskan kenaikan dan cuba untuk mengatasi rintangan tersebut
-secara keseluruhan, harga masih lagi berada dalam kawasan uptrend d mana SMA200 belum lagi pernah di sentuh. EMA50 juga masih lagi menyokong harga, dan potensi untuk rally juga adalah masih tinggi.
*sentimen untuk teknologi belum lagi signifikan buat masa ini, tetapi kita tunggu berita seterusnya mengenaik rangkaian baru 5G, yang mungkin juga akan menjadi pemangkin untuk keperluan cakera keras, hard disk.