Teknikal Analisis Usdcad 5 November 2018 Jika dilihat pada garis masa yang besar, tentulah dapat dipastikan bahawa pasangan ini dilihat dalam keadaan menaik. Namun setiap kenaikan akan ada penarikan balik sebelum membuat tujahan yang lebih besar. Seperti yang ditandakan pada kotak berwarna di atas merupakan rintangan besar yang berada pada julat 1.3128-1.3168 Kami menjangkakan pasangan ini akan turun dan mencuba untuk melepasi garis sokongan yang ditandakan pada titik 1.3060 sebelum menyasar dan menyentuh TP pada garis 1.3005 Namun jika pasangan ini mampu melewati kotak rintangan berwarna tersebut, maka pasaran akan menguji untuk menuju hinggalah ke garis 1.3241
5nov
Teknikal Analisis Gold 5 November 2018Emas yang ditunjukkan seperti graf di atas kini berada di bawah rintangan besar. Kotak berwarna di antara julat 1235-1243 merupakan rintangan besar yang perlu ditembusi sekiranya ingin menyasar ke atas. Kami mengandaikan emas bakal jatuh menuju titik sokongan sekurang kurangnya menjejak pada titik 1214. Sekiranya emas berjaya menembusi garis sokongan besar kotak berwarna di atas, maka analisis ini terbatal dan emas bakal mencapai titik tertinggi pada 1258.00
Teknikal Analisis Gbpusd 5 November 2018Gbpusd dilihat bakal membuat penarikan koreksi ke bawah setelah memecut ke atas hingga mencipta garis rintangan berwarna yang ditandakan antara titik 1.3030-1.3040 Dijangkakan pasaran yang kini di 1.2962 akan cuba menguji garis putus rintangan merah pada 1.3005 yang sebelum ini bertindak sebagai garis sokongan. Setelah itu pasaran akan terus menjunam sebagai koreksi sekurang kurangnya menjejak pada titik 1.2844. Jualan hanya dapat dipastikan sekiranya garis putus putus biru yang terletak pada titik 1.2957 itu pecah sebelum menuju ke titik TP 1.2844