ACO
ACO yang dilupai ?Ada aco telah dilupakan? ACO merupakan salah satu pemain yang hebat suatu ketika dahulu. Adakah aco bersedia untuk membuat comeback? Support terdekat dapat dilihat di 0.385 dan support kuat berada di 0.355. rintangan yang perlu dilepasi berada di 0.41 dan seterusnya 0.42. ACO bakal menjadi lagi kuat sekiranya berjaya melepasi 0.46 dan kekal berada di tahap itu. BB juga semakin mengecil ! Bakal ada letupan akan berlaku. TAYOR !
ACO: Volume Overtake (Semakin menghampiri ex-date dividen)Suatu ketika dahulu di awal kemunculannya, Kaunter ini merupakan IPO baru yang sangat digemari, kenaikan mendadak dengan volume yang rancak menyenaraikan ia dalam most activ evolume dalam berberapa minggu. Kini mungkin bermula kembali. Kaunter yang memberikan bonus dan dividen menrupakan kaunter yang agak kuat dari segi fundamentalnya. Dividen yang ditawarkan adalah pada harga 0.30 seunit (ex date 13/11/2020), dengan harga terkini agak berbaloi untuk dibeli.
Strategi pembelian:
EP: 0.395 (buyer side ema5)
TP1: 0.410
TP2: 0.430
TAYOR
ACO: Bullish Engulfing! Adakah ini suatu pengakhiran bagi siri kejatuhan?
TA:
1. Hollow candlestick bullish yang membentuk engulfing, menunujukkan kekuatan minta belian
2. Berjaya melepasi golden ratio 0.618, dan harga kini berada pada paras 0.500 dan berkemungkinan besar akan bermula pada harga yang melepasi paras tersebut untuk memmecahkan rintangan yang agak lemah.
TP1: 0.510
TP2: 0.555
TP3: 0.635
TAYOR!
ACO Cubaan Membuat PullbackACO memantul (rebounce) di garisan EMA50 dan bertahan selama beberapa untuk tidak bocor. Permulaan untuk membuat signal pullback. Jika dimasukkan indicator Bollinger Band, candle ACO ditutup diatas middle bollinger. Jika berjaya membuat pengesahan pullback, ACO berpotensi untuk mencari semula aras tertinggi sebelum ini iaitu di aras 0.705. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
ACO | Membuat tujahan cemerlang!Cikgu Khairil dari TCT mengatakan; kaedah Anjakan Fibonacci menterjemah kehidupan.. ACO ni penyedia perkhidmatan pengagihan barangan ya.
- Jika kenaikan menepati skala Fibonacci, maka tampanlah saham itu!
- Lihat kenaikan setiap harga pada TF30 minit, hampir tepat sekali menepati skala kehidupan saham ini. Magis apakah ini?
- Volume juga cemerlang dengan transaksi hampir 57 juta!
- En Ichimoku mengatakan, kalau nampak awan nipis tu, cantiklah ia. Moga esok masih ada sinar harapan.. kerana di TF30 minit wujudnya awan landasan.
- Jadi apa harga target esok? mungkin 0.530? 0.580? Sama-sama kita nantikan.. janji jaga support!
Sahaja aku bersaham dengan ACO, moga banyaklah zakat tahun ini ke atasku..