Mampukah GD Express mula mengorak langkah (0078.kl)?Pemerhatian:
a) Peringkat Pasaran:
- Harga berada pada tahap Stage 1 (Accumulation).
b) Trend Line:
- Harga bergerak secara sideways dari pertengahan Mei'19 sehingga sekarang.
- Harga disokong antara aras 27sen dan 30.5sen.
c) Harga & Volume:
- Tanda-tanda SOS lebih kuat daripada tanda-tanda SOW.
- Harga cuba melonjak tinggi pada pertengahan Jul'19 tetapi tidak berjaya. Ini kerana terdapat banyak jualan saham.
- Hal yang sama berlaku pada awal Sep'19 dengan harga melonjak tinggi sebelum tutup dibahagian bawah spread harga. Vol. juga sangat tinggi, menandakan terdapat jualan saham yang banyak.
Berdasarkan pemerhatian diatas, saya akan tunggu beberapa bar sebelum membuat keputusan.
Saham ini juga boleh ditrade kerana harga tutup pada 11/10 (28sen) berdekatan dengan aras Support (27sen) manakala aras Resistance pada 30.5sen, menjadikan ia sesuai untuk keuntungan cepat.
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa setiap trading adalah 50-50 dan perlunya ada Trading Plan untuk kita ikuti.
Akandatang
Permulaan bagi Advancecon (5281.kl)?Pemerhatian:
a) Peringkat Pasaran:
- Harga berada pada penghujung Stage 1 (Accumulation) / awal Stage 2 (Mark-Up).
b) Trend Line:
- Harga bergerak secara sideway (Mei hingga awal Okt'19) dengan beberapa kali cucian.
c) Harga & Volume:
- Terdapat tanda-tanda SOS yang kuat dari Sep'19, diikuti dengan sokongan harga pada aras 40sen.
- Vol. juga rendah sebelum harga melonjak naik dan ditutup tinggi pada 7 & 8 Okt'19.
Berdasarkan pemerhatian diatas, saya akan trade saham ini melalui partial entry dan selebihnya ketika pullback.
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa setiap trading adalah 50-50 dan perlunya ada Trading Plan untuk kita ikuti.